FOLLOWERS

Showing posts with label MANGKOK SPRM. Show all posts
Showing posts with label MANGKOK SPRM. Show all posts

Sunday, 25 September 2011

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN AKAR-AKAR PADI !!!!!

( Terumbu Kili Pulau Redang )









KOTA BAHARU 25 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 Sept lepas, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terlibat dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.

"SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terlibat dalam perbuatan jenayah.

"Justeru tindakan telah diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 Sept lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Zakaria berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.

Beliau berkata ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29). - Bernama

Penghuni Gua
: Harapkan pagar, pagar makan akar-akar padi. Bukan kecil anak mereka yang melakukan kerja ini. semuanya lepasan Universiti dan bergred pengurusan dan profesional.

2. Apa nak dikata. Bubar aje SPRM ini. Atau balik ke keadaan asal. Biar jabatan / orang luar SPRM menjaga dan mengendalikan SPRM. Dulu PG lihat pegawai kanan dari PDRM yang mengetuainya. Ok juga. Ini sejak SPRM menjaga sendiri, macam-macam hal. Menyusahkan kerajaan ade le !!!

3. Akhirnya kerajaan juga yang dipersalahkan. Tengok-tengok lah sikit orang bawah tu. Kalau ada masalah jangan sapu bawah karpet. Aduan mengenai SPRM " pukul dan bantai orang pun , kerap kali didedahkan. Tapi semuanya habis dan senyap begitu aje.

4. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh tak pulak orang mengata...............



5. Tak gitu ? Tukarkan ketua kepada 3 mangkok ini bagus juga kerana gagal menyelia pegawai bawahanya. Akauntibiliti tetap pada mereka. Bukan main cuci tangan aje !!!!

PETA PELAYAR