FOLLOWERS

Showing posts with label MAT SABUN. Show all posts
Showing posts with label MAT SABUN. Show all posts

Tuesday, 30 August 2011

TAKTIK LAMA !!!!!








Selasa, 30 Ogos 2011 02:12 ROSLI ISMAIL . .Tiga hari berlalu sejak kontroversi kenyataan celupar Mohamad Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong dan pertikai sejarah kemerdekaan...anihnya belum ada seorangpun pemimpin PAS lain yang tampil backing Timbalan Presiden PAS.

Jika signal itu tidak cukup,Isnin Pengerusi DAP Karpal Singh tampil dengan satu kenyataan mengakui apa yang dikata oleh rakan politiknya itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

Karpal berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

“Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka. Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden PAS) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar," kata Karpal.

Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

"Kenyataan yang didakwa itu, sekiranya benar, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan," kata Karpal dalam kenyataan.

Katanya adalah salah untuk mengatakan bahawa Onn dan Tuanku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan.-29/8/2011

Penghuni Gua
: Karpal pun bukan ikhlas nak pertahan pejuang ini pun. Beliau kata begini sekadar nak pulih sokongan dan koyak rabak yang telah dibuat oleh Mat Sabu . Itu je. Nak baiki kerosakan yang dibuat oleh Mat Sabu terhadap bantahann yang dibuat oleh rakyat Malaysia terhadap isu ini.

2. Itu aje. Habis isu Mat Sabun dan Karpal ini nak pusing. Selama ini Karpal diam je. Politik punya hal terpaksa " cover Mat Sabu " kerana untuk pancing undi Melayu. PG dan kami di luar ini dah tahu lama dah taktik ini.

3. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan!!!! Puak ini akan lacurkan semua perkara. Janji untung dalam politik. Fikirkan.

Monday, 29 August 2011

ALASAN BODOH !!!!!!!






Ogos 28, 11 11:50am



Kongsi 271Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbar Sinar Harian. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Alasan bodoh. Alasan hanya untuk lepaskan diri. Inilah jadinya kalau banyak sangat bercakap dan nak tunjuk pandai dalam semua perkara. Akhirnya kantoi.

2. Bila dah sedar silap maka alasan yang biasa ialah salah kontak, salah petik, diputar belit dan tak ingat. Itu alasan paling dungu yang diberi oleh seorang pemimpin tertinggi politik. " Low class". Tak gitu ?

Sunday, 28 August 2011

PAKAI KOPIAH MAKAN KEDARAH DUIT HARAM JUGA !!!!!






Ahad, 28 Ogos 2011 01:39 Administrator . .



Kalau mengikut jalan ceritanya ini kes menarik kerana ia melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Prinsip yang mereka digembar gembur selama ini anti-penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Jika betul bagai didakwa ia sudah jatuh kategori cakap tak serupa bikin.

Maka abang Mat dan Lim Guan Eng wajib keluar satu penjelasan segera tentang hal ini.

Ekoran pendedahan dalam laman blog, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Rezal Merican yang mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang Sabtu mendakwa berlaku korupsi dalam pembiayaan bil rawatan Mat Sabu di KPJ Selangor Specialist Hospital yang menelan belanja RM8,434 oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi dan menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520.

Timbalan Presiden PAS itu ialah seorang ahli lembaga pengarah PBA.

Siapa pun tidak berhak mempertikaikan pembayaran bil itu jika ia untuk rawatan sakit biasa.

Apa yang dipertikaikan ialah rawatan berkenaan kerana kecederaan semasa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Ingat kes beliau dakwa dilanggar kereta polis.

Video polis pula menunjukkan beliau terjatuh dari motosikal kerana terlanggar bahu jalan semasa berpatah balik apabila dipintas kenderaan polis di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur hari itu.

Jika merujuk kepada Collective Agreement (CA) PBAPP, terdapat klaus yang menyatakan bahawa syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan tersebut yakni sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya.

Bagi Rezal PBA tidak wajar menanggung pembiayaan bil berkenaan kerana Mat Sabu terlibat dalam satu perhimpunan haram.

Katanya kerajaan negeri jangan memekak tentang ketelusan dalam pentabiranya jika begini halnya.

Ini bukan dakwaan kosong.Pendedahan yang dibuat disertakan dengan bil hospital dan bayaran balik oleh PBA.

Ramai yang terkejut.Bos pembangkang pun rupanya galak juga dengan claim kemudahan sebagai lembaga pengarah.-27/8/2011

Penghuni Gua
: cakap Islam sana sini. Makan kedarah duit haram jugak. Tahi penuh di pungkok , lepas tu nak cap lebih. sudahlah. Fikirkan pengundi muda. Jahanam negara ini dapat pemimpin begini. Penipu lagi. Jatuh sendiri kata dilanggar polis. Kalwat di lepaskan oleh kerajaaan PAS. Komunis dikatakan hero.


2. Semuanya lidah biawak. Tak gitu ?

Tuesday, 12 July 2011

AL JUBURI SENGAJA CARI PASAL !!!!






Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Sengaja nak cari pasal. Dah dirempuh, buat ajelah repot. Kalau polis siasat dan didapati ia hanya kemalangan kerana kecuaian polis , maka polis tersebut akan dikompaunkan. Kalau ada unsur jenayah, maka polis tersbut akan dituduh di bawah kanun keseksaaan. Kalau kemalangan itu, Mat Sabu yang cuai , maka akan di kompaun lah juga.

2. Apa masalanya. Bukan ada isu pun. Sengaja nak cari pasal. Jadi pegawai penyiasat sendiri dan hakim sendiri. Inilah cara Hukum Islam PAS kot? Keterangan sebelah pihak. Adil nya !!!!!!!!!!!!!! kah kah kah kah

3. Mat, Mat, nak cari pasal jugak. Tak ada siu nak reka isu !!!!!!!!!!!!! Kaedah Islam cara PAS !!!!!!!!!!!!!!!!!!

PETA PELAYAR