FOLLOWERS

Showing posts with label MCA MANGKOK HAYUN. Show all posts
Showing posts with label MCA MANGKOK HAYUN. Show all posts

Sunday, 11 September 2011

ANDA HANYA BUAT SEMAK AJE MCA !!!!!







KUALA LUMPUR 11 Sept – MCA sanggup bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pihaknya bersedia berbuat demikian sekiranya langkah itu dapat memastikan kejayaan lebih besar kepada BN.

"Kita sokong idea itu kerana melihat dalam konteks yang lebih besar iaitu BN dapat membentuk kerajaan,” katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semalam bahawa parti itu bersedia untuk bertukar kerusi dengan parti komponen BN yang lain pada PRU Ke-13.

Dr Soi Lek juga berkata, pemimpin pusat parti itu sedang memberi taklimat kepada pemimpin akar umbi bagi mempersiapkan mereka bagi menghadapi PRU akan datang. – Bernama

Penghuni Gua
: Hotak kau , MCA. Apa nak tukar-tukar. Cermin lah diri dulu. Jangan nak bodohkan oranglah. Cermin diri anda tu. Tukar ?

2. Nak tukar ke mana? Semua tempat pun, kalau MCA bertanding di tempat pengundi Cina akan bungkus. MCA menang hanya majoritinyaMelayu. Melayu yang MCA selalu ejek dan perlekehkan.

3. Mengapa sekarang MCA beriya-iya nak tawar pertukaran tempat? Takut hilang semua kerusi ke. Jangan nak bodohkan BN lah.

4. MCA ini PG cadangkan kepada pengerusi BN, agar di kekalkan semuanya bertanding melawan DAP. Tengok mereka boleh lawan ke tidak. Yang pasti bungkus.

5. Yang baiknya , BN jangan benarkan satu kerusi pun diberi kepada MCA kecuali yang MCA menanginya pada PRU 12. Itu aje kerusi yang layak buat mereka.

6. Satu pertanyaan buat MCA !!!! Apa mereka buat dan apa perancangan yang mereka buat untuk memperbaiki prestasi mereka dan BN sejak PRU 12? Kosong. Hanya perlekeh orang Melayu adalah. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh untuk perolehi kerusi selamat di kawasan Melayu.............

7. Pada PG pun, MCA tak perlu bertanding lagi baik. Begitu juga dengan GERAKAN. Ada pun buat semak, tak ada lagi dan amat, amat, amat baik...............

8. Tak gitu ?

PETA PELAYAR