FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / BIDANG KUASA MAHKAMAH. Show all posts
Showing posts with label MLJ / BIDANG KUASA MAHKAMAH. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : ANAK TAK SAH TARAF / BIDANG KUASA MAHKAMAH !!!!



[1995] 1 MLJ 238
Low Pek Nai v Koh Chye Guan
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (ALOR SETAR) — ORIGINATING SUMMONS NO
                                24–970–1993

                Judges MOHD HISHAMUDIN J

                Date      31 OCTOBER 1994

                Citation                [1995] 1 MLJ 238



Catchwords:

Family Law — Children — Custodianship — Application by natural mother — Whether court has jurisdiction to hear application for custody of illegitimate children under the Guardianship of Infants Act 1961 — Guardianship of Infants Act 1961

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah memohon di bawah Akta Penjagaan Budak 1961 (‘Akta itu’) untuk jagaan dua orang anak tak sah tarafnya yang masih budak. Permohonan itu tidak dicabar kerana defendan gagal memasukkan kehadiran. Mahkamah, walau bagaimanapun, terpaksa memutuskan sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan sedemikian.

Diputuskan:

Diputuskan, meluluskan permohonan itu:Akta itu ada membuat rujukan kepada anak tak sah taraf dan rujukan sedemikian boleh didapati di dalam s 1(3) yang membayangkan bahawa dewan undangan negeri boleh membuat peruntukan supaya Akta itu terpakai kepada kanak-kanak Islam, tidak kira sama ada kanak-kanak itu adalah sah atau tak sah taraf setakat mana pemakaian sedemikian tidak melanggar undang-undang Islam. Jika s 1(3) membayangkan pemakaian sedemikian kepada kanak-kanak Islam, Akta itu mestilah terpakai kepada kanak-kanak secara am, sah atau tak sah taraf. Mahkamah, oleh itu, mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu dan memberikan jagaan kedua orang anak itu kepada plaintif.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

Saturday, 26 May 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES RAKYAT DUA KERAKYATAN / BIDANG KUASA MAHKAMAH !!!!!



[1996] 1 MLJ 454
Tan Keat Seng Kitson v Kerajaan Malaysia
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — ORIGINATING SUMMONS NO
                                24–225 OF 1995

                Judges ABDUL MALIK ISHAK J

                Date      9 DECEMBER 1995

                Citation                [1996] 1 MLJ 454


Catchwords:

Civil Procedure — Originating summons — Declaration — Plaintiff a Singaporean — Plaintiff acquired Malaysian citizenship when he was 15 — Plaintiff requested by Singapore government to join national service — Plaintiff not able to renounce Singapore citizenship until 21 under law of Singapore — Plaintiff sought declarations from Malaysian Court that he was Malaysian citizen and was not obliged to register with national service — Whether court could make such a declaration — Whether plaintiff had any cause of action against Malaysian government — Rules of the High Court 1980 O 18 r 19

Civil Procedure — Jurisdiction — Civil jurisdiction of High Court — Law of foreign sovereign state — Validity of law not an issue incidentally in proceedings in which High Court had undoubted jurisdiction — Whether court had jurisdiction to adjudicate — Courts of Judicature Act 1964 s 23

Civil Procedure — Striking out — Originating summons — General principle — Whether claim was on its face obviously unsustainable — Whether claim disclosed reasonable cause of action — Rules of the High Court 1980 O 18 r 19

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary

Plaintif telah dilahirkan di Singapura pada 17 Disember 1974 dan dia memegang kad pengenalan Singapura dan juga telah diberi pasport terhad Singapura. Bapa pihak plaintif adalah warganegara Malaysia manakala ibunya adalah warganegara Singapura. Setelah mencapai umur lima belas tahun, plaintif, melalui ibunya telah menyampaikan hasratnya untuk melepaskan kewarganegaraan Singapuranya kepada pendaftar warganegara Singapura tetapi dia telah diberitahu bahawa ia hanya boleh dilakukan apabila plaintif mencapai umur lapan belas tahun. Selepas itu, plaintif telah mendapat kad pengenalan Malaysia pada 21 Januari 1990, beberapa hari selepas dia mencapai umur lima belas, dan dia telah memperolehi pasport Malaysia pada 14 September 1992. 

Melalui sepucuk surat bertarikh 3 March 1994, Kementerian Pertahanan Singapura telah meminta plaintif untuk berkhidmat dalam perkhidmatan nasional, dan jika dia gagal berbuat demikian, dia akan bertanggungan untuk pemenjaraan atau denda atau kedua-duanya sekali. Surat tersebut juga mengatakan bahawa pemerolehan kerakyatan asing tidak membebaskannya daripada liabiliti di bawah Akta Kemasukan Tentera (Bab 93, Edisi 1992) [Enlistment Act (Cap 93 1992 Ed)] Singapura. Plaintif kemudiannya telah menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia untuk meminta penjelasan tentang isu dwi warganegara dan keperluan mandatori untuk menjalankan perkhidmatan nasional oleh Kerajaan Singapura. 

Plaintif menyatakan bahawa arahan jelas tidak diberi oleh Kementerian Dalam Negeri, Malaysia terhadap isu yang dibangkitkan oleh plaintif. Plaintif takut bahawa statusnya sebagai warganegara Malaysia akan terjejas jika dia menjalankan perkhidmatan nasionalnya di Singapura. Menamakan kerajaan Malaysia sebagai defendan, plaintiff memfailkan satu saman pemula untuk deklarasi yang menyatakan bahawa: 

(a) dia adalah warganegara Malaysia; 

(b) sebagai rakyat Malaysia yang setia, Kementerian Dalam Negeri harus mengambil langkah yang sepatutnya terhadap perbuatan ketidaksetiaan yang menyebabkan kehilangan taraf kewarganegaraan Malaysia; dan 

(c) adalah tidak wajib bagi plaintif untuk mendaftarkan diri bagi perkhidmatan nasional Republik Singapura kerana dia adalah warganegara Malaysia. Defendan pula memfailkan saman dalam kamar untuk membatalkan saman pemula plaintif atas alasan bahawa ia tidak menunjukkan kausa tindakan yang munasabah di bawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’).

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan plaintif:

(1) Prosedur terus di bawah A 18 k 19 KMT hanya boleh dipakai dalam kes yang jelas dan nyata — di mana adalah nyata pada zahirnya bahawa tuntutan tidak dapat dikekalkan. Mahkamah boleh membatalkan suatu tuntutan jika ia berpuas hati bahawa tuntutan tersebut tidak memdedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah (lihat ms 462I dan 463A); Sim Kie Chon v Superintendent of Pudu Prison & Ors [1985] 2 MLJ 385 SC diikut.

(2) Sejauh ia adalah berkenaan dengan permohonan plaintif untuk deklarasi bahawa dia merupakan warganegara Malaysia [permohonan (a)], adalah jelas bahawa plaintif sedang memohon sesuatu yang dia sudahpun ada, kerana dia sudahpun menjadi warganegara Malaysia dengan sepenuhnya. Jika mahkamah ini membenarkan deklarasi sedemikian, defendan tidak akan terganggu, kerana defendan telah menyatakan pendiriannya bahawa plaintif merupakan seorang warganegara Malaysia (lihat ms 466F).

(3) Bidang kuasa sivil am mahkamah Malaysia dinyatakan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan adalah jelas bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan perkara yang berkenaan dengan Perlembagaan Republik Singapura dan Akta Kemasukan Tentera (Bab 93, Edisi 1992) [Enlistment Act (Cap 93, 1992 Ed)] Singapura. Maka, mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat deklarasi yang dipohon dalam permohonan (b) dan (c) (lihat ms 465F, 466G dan 479G); Buck & Ors v AG [1965] 1 All ER 882 diikut.

(4) Tidak terdapat kausa tindakan antara plaintif dengan defendan, kerana tidak terdapat keterangan bahawa hak plaintif, sama ada di sisi undang-undang ataupun statut, telahpun dijejaskan oleh tindakan defendan: defendan tidak berniat untuk merampas kewarganegaraan Malaysia plaintif ataupun melucutkan hak plaintif sebagai warganegara Malaysia. Kausa tindakan adalah terhadap Singapura. Oleh itu, permohonan defendan untuk membatalkan saman pemula harus dibenarkan (lihat ms 466C–I dan 465E).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberikan menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Tuesday, 8 February 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : BIDANG KUASA MAHKAMAH !!!!


[1996] 4 MLJ 421
Jayakumari a/p Arul Pragasam v Suriya Narayanan a/l V Ramanathan
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — PETITION NO S5–33–155–96

Judges JAMES FOONG J

Date 29 MARCH 1996
Citation [1996] 4 MLJ 421


Catchwords:

Civil Law Act — Common law — Circumstances under which common law and equitable rights not available — Whether British Domestic Violence and Matrimonial Proceeding Act 1976 and English authorities relating thereto are binding in Malaysia — Civil Law Act 1956 s 3

Civil Procedure — Jurisdiction — Matrimonial causes — Application to evict husband from matrimonial home — Whether court has jurisdiction to make such an order — What principles should be applied in granting such relief

Family Law — Matrimonial property — Application to evict husband from matrimonial home — Factors to be considered

Bahasa Malaysia Summary:

Pempetisyen telah berkahwin dengan responden 19 tahun yang lalu mengikut adat Hindu dan kemudiannya mereka mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’). Mereka memperolehi dua orang anak hasil daripada perkahwinan itu. Keluarga itu menetap di kediaman suami isteri bersama ibu pempetisyen. Pada 27 Februari 1996, pempetisyen telah meninggalkan kediaman suami isteri itu dengan ibu dan anak-anaknya dan menetap sementara di rumah sepupunya kerana penentang telah menyerang dan mengugut untuk membunuh pempetisyen setelah mengetahui bahawa pempetisyen inginkan perceraian.

Pada 4 Mac 1996, peguam pempetisyen telah memfailkan petisyen untuk pemisahan kehakiman dan satu saman dalam kamar (‘lampiran 8’) telah dikeluarkan di mana pempetisyen memohon relief daripada mahkamah iaitu: (i) supaya penentang ditahan sama ada secara sendiri atau melalui wakil atau ejennya daripada mencabul, mengganggu berulang kali, mengugut, mendera, menyerang atau mengacaunya dalam apa-apa cara sekalipun; dan (ii) supaya responden diperintahkan untuk mengosongkan kediaman suami isteri dan tidak memasukinya sehingga diperintahkan sebaliknya. Apabila permohonan ini dihadapkan ke mahkamah pada 18 Mac 1996, mahkamah tanpa apa-apa bantahan daripada penentang menerima persetujuan penentang berkenaan relief pertama yang dipohon oleh pempetisyen mengenai halangan daripada mencabul dan menganggu berulang kali. Walau bagaimanapun, mahkamah perlu memutuskan tentang relief kedua yang dipohon oleh pempetisyen di dalam lampiran 8. Isu-isu yang berbangkit di sini adalah: (i) sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memberi relief jenis ini; dan (ii) apakah prinsip-prinsip yang harus dipakai dalam memberikan relief sebegini.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan untuk relief yang kedua:

(1) Di bawah Akta itu, adalah nyata bahawa tiada peruntukan untuk relief sebegini. Juga, Akta Keganasan Rumah Tangga dan Prosisding Perkahwinan 1976 di United Kingdom dan autoritiautoriti Inggeris yang berkaitan dengannya tidak mengikat mahkamah tempatan kerana kesemuanya berdasarkan undang-undang statutori yang diluluskan pada tahun 1976 manakala s 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan bahawa cuma common law dan ekuiti Inggeris seperti yang digunakan di England pada 7 April 1956 mengikat undang-undang Malaysia (lihat ms 426C–D, H–I, 427A; HG Warren v Tay Say Geok & Ors [1965] 1 MLJ 44 dan Chan Ah Moi v Phang Wai Ann [1995] 3 MLJ 130 tidak diikut).

(2) Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengusir suami dari kediaman suami isteri sementara menunggu kes itu dibicarakan, jika terdapat bukti berdasarkan prinsip-prinsip yang dipertimbangkan untuk berbuat demikian, jika tidak isteri itu akan dibuli daripada memperolehi remedinya atau dihalang oleh kerana tekanan daripada mendapatkan pertolongan mahkamah. Lagipun, seseorang isteri bukannya tidak mempunyai hak dalam kediaman suami isteri walaupun rumah itu kepunyaan suami, dan haknya untuk menetap di situ adalah dianggap di sisi undang-undang sebagai telah dikurniakan ke atasnya oleh suaminya berikutan daripada konsep perkahwinan. Maka, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memberikan relief untuk mengusir suami yang bersalah dari kediaman suami isteri itu (lihat ms 427C–F, 428A; Silverstone v Silverstone [1953] P 174, Bendall v McWhirter [1952] 2 QB 466 dan Gurasz v Gurasz [1969] 3 All ER 822 diikut).

(3) Faktor-faktor atau prinsip-prinsip yang perlu dipertimbangkan dalam tuntutan untuk mengusir seorang suami dari kediaman suami isteri adalah sama ada perintah sebegitu diperlukan untuk melindungi isteri dan dalam mempertimbangkan perkara itu, tingkah laku pihak-pihak yang terlibat serta kedudukan dan kepentingan mereka, termasuk anak-anak (jika ada), mestilah diambil kira. Hanyalah apabila kelakuan dan tingkah laku suami itu adalah begitu keterlaluan sehingga menjadi mustahil untuk kedua-dua pihak hidup bersama permohonan sebegitu akan dibenarkan. Oleh itu, melihat fakta-fakta kes ini, ia adalah jelas bahawa tingkah laku penentang adalah begitu keterlaluan sehinggakan permohonan untuk mengusirnya dari kediaman suami isteri itu boleh dibenarkan oleh mahkamah. Ia adalah mustahil untuk pempetisyen hidup dalam rumah yang sama bersama penentang (lihat ms 428C–I, 429A–C; Akingbehin v Akingbehin(1964) 108 SJ 520, Gurasz v Gurasz [1969] 3 All ER 822, Hall v Hall [1971] 1 All ER 762 dan Jones v Jones [1971] 3 All ER 1201 diikut).

Per curiam

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (‘AKR’) walaupun telah diluluskan oleh Parlimen pada 24 Jun 1994 belum lagi menjadi undang-undang negara ini kerana keperluan dalam s 1(1) AKR itu belum dipenuhi sebab menteri yang bertugas mengimplementasikan AKR itu belum lagi memberikan notifikasi dalam Warta mengenai penguatkuasaan AKR itu (lihat ms 426E–G).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah satu dokumen awam. Ia boleh diakses di laman WEB Badan Kehakiman Malaysia.

Saturday, 22 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BIDANG KUASA MAHKAMAH / ANAK TAK SAH TARAF !


[1995] 1 MLJ 238
Low Pek Nai v Koh Chye Guan
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–970–1993

Judges MOHD HISHAMUDIN J

Date 31 OCTOBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 238


Catchwords:

Family Law — Children — Custodianship — Application by natural mother — Whether court has jurisdiction to hear application for custody of illegitimate children under the Guardianship of Infants Act 1961 — Guardianship of Infants Act 1961

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah memohon di bawah Akta Penjagaan Budak 1961 (‘Akta itu’) untuk jagaan dua orang anak tak sah tarafnya yang masih budak. Permohonan itu tidak dicabar kerana defendan gagal memasukkan kehadiran. Mahkamah, walau bagaimanapun, terpaksa memutuskan sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan sedemikian.

Diputuskan:
Diputuskan, meluluskan permohonan itu
:

Akta itu ada membuat rujukan kepada anak tak sah taraf dan rujukan sedemikian boleh didapati di dalam s 1(3) yang membayangkan bahawa dewan undangan negeri boleh membuat peruntukan supaya Akta itu terpakai kepada kanak-kanak Islam, tidak kira sama ada kanak-kanak itu adalah sah atau tak sah taraf setakat mana pemakaian sedemikian tidak melanggar undang-undang Islam. Jika s 1(3) membayangkan pemakaian sedemikian kepada kanak-kanak Islam, Akta itu mestilah terpakai kepada kanak-kanak secara am, sah atau tak sah taraf. Mahkamah, oleh itu, mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu dan memberikan jagaan kedua orang anak itu kepada plaintif.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR