FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / HUKUMAN. Show all posts
Showing posts with label MLJ / HUKUMAN. Show all posts

Wednesday, 6 July 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : ASAS HUKUMAN !!!!!


[1993] 1 MLJ 45
Public Prosecutor v Ravindran & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL TRIAL NO 45-7-91

Judges VISU SINNADURAI J
Date 24 AUGUST 1992
Citation [1993] 1 MLJ 45



Catchwords:


Criminal Procedure — Sentencing — Plea of guilty — Court’s discretion to grant credit or discount when plea of guilty has been entered — Principles and guidelines followed by the court — Penal Code (FMS Cap 45) ss 34, 302 & 304

Bahasa Malaysia Summary
:

Orang-orang tertuduh telah mengaku bersalah atas homisid salah yang tidak berjumlah kepada pembunuhan, suatu kesalahan di bawah s 304 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45). Si tertuduh dan dua orang yang lain, yang masih bebas, telah menculik si mati dan menikam dan menumbuknya beberapa kali. Mayat si mati kemudiannya di buang ke dalam sebuah anak sungai di Sentul. Si mati mati akibat kecederaan yang dialami.

Diputuskan:
Diputuskan, menghukum orang-orang tertuduh dengan sewajarnya:


(1) Seksyen 304 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) memberi mahkamah budi bicara yang meluas untuk menentukan tempoh pemenjaraan. Walaubagaimanapun, mahkamah mesti bertindak secara bijak dan menurut amalan hukuman yang relevan apabila menentukan hukuman yang patut dikenakan. Suatu aspek penting hukuman adalah kepentingan awam.

(2) Mahkamah juga perlu mengambil berat tentang prinsip atau garis panduan yang sudah diterima supaya tidak terdapat ketaksamaan yang besar dalam hukuman untuk kesalahan yang sama. Garis panduan ini adalah: diskaun atau kredit untuk akuan bersalah; pembandingan hukuman di dalam mahkamah lain di dalam kes yang lain untuk kesalahan yang sama; ketaksamaan hukuman di antara orang-orang tertuduh dan faktor peringanan yang relevan dalam kes ini.

(3) Adalah suatu rukun amalan yang sudah diterima bahawa si tertuduh harus diberi kredit atau diskaun apabila mengaku bersalah. Ini adalah kerana masa dan wang awam akan dijimatkan jika si tertuduh mengaku bersalah. Kredit atau diskaun yang patut diberi kepada si tertuduh bukan ke atas hukuman maksimum yang diberi oleh undang-undang tetapi adalah ke atas suatu hukuman yang akan dikenakan ke atas si tertuduh jika beliau minta bicara dan telah didapati bersalah.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Sunday, 18 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES HUKUMAN


[1992] 1 MLJ 206
Public Prosecutor v Yap Thiang Wah
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHORE BAHRU) — CRIMINAL TRIAL NO 47–7
OF 1989

Judges LC VOHRAH J

Date 26 OCTOBER 1991
Citation [1992] 1 MLJ 206


Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah didakwa di bawah s 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana merampas selaras pistol daripada seorang pegawai penjara dan melepaskan sedas tembakan ke arah pegawai itu yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah dengan maksud beliau boleh melarikan diri daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

Si tertuduh telah lebih awal lagi ditangkap pada 12 Januari 1986 dan didakwa di mahkamah majistret pada 24 Januari 1986 atas empat tuduhan perompakan bersenjata yang berasingan. Dia telah ditahan sehingga 20 Disember 1986 dan pada hari itu dia telah muncul di mahkamah dan mengaku salah atas tuduhan-tuduhan itu.

Pada 27 Disember 1986, majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dan sebat satu pukulan ke atasnya bermula daripada hari penangkapannya berkenaan dengan setiap tuduhan, hukuman dijalanbersama. Si tertuduh menyatakan bahawa semasa dia dibawa ke penjara dia telah membantah bahawa, dengan remitan, dia sudah pun menjalani hukuman tersebut dengan sepenuhnya.

Selepas pertanyaan dibuat oleh pihak berkuasa penjara, si tertuduh telah diberitahu oleh seorang pegawai penjara yang hukuman itu dijalankan daripada hari hukuman dijatuhkan dan bukan daripada hari penangkapannya. Si tertuduh tidak dibawa lagi ke hadapan majistret yang telah menjatuhkan hukuman itu.

Si tertuduh kemudiannya telah diterima masuk di bawah kawalan ke hospital untuk rawatan perubatan. Di sana dia telah merampas sepucuk pistol daripada seorang pegawai penjara dan cuba melarikan diri selepas menembak sekali. Si tertuduh menyatakan, antara lainnya, bahawa selepas melarikan diri melalui satu muka pintu, dia tidak melihat sesiapa pun mengikutinya dan telah dengan tidak sengaja menembak sekali di udara ke arah muka pintu itu. Dia menyatakan bahawa dia tidak bermaksud untuk menembak sesiapa oleh kerana dia tidak sedar akan kehadiran sesiapa pun pada masa itu.

Pendaftar mahkamah sesyen menerangkan bahawa mengikut kertas dakwaan dan nota prosiding, majistret telah mengubah tarikh perhukuman penjara supaya hukuman itu bermula daripada 27 Disember 1986. Waran pemenjaraan juga diubah dengan sama. Tiada bukti bahawa perubahan itu telah dibuat sebelum mahkamah habis bersidang pada hari itu atau pada masa hukuman itu dijatuhkan dan di hadapan si tertuduh.

Pihak pembela lantaran itu telah mempertikaibahawa si tertuduh tidak berada di bawah penjagaan yang sah di sisi undang-undang semasa dia melarikan diri dari hospital. Pihak penmempertikaikan bahawa pihak pembela wajib memanggil pengawal kanan penjara untuk menyokong keterangan si tertuduh bahawa hukuman itu telah diubah selepas dia dihantar ke penjara, sesuatu yang telah tidak dilakukan oleh pihak pembela.

Diputuskan:
Diputuskan, menyabitkan si tertuduh:

(1) Perubahan kepada tarikh permulaan hukuman itu sudah tentunya tidak akan dianggap sebagai pembetulan kesilapan yang dibuat oleh kerani yang boleh dibuat pada sebarang masa. Tiada bukti bahawa pembetulan kesilapan yang bukan disebabkan oleh kerani yang dibuat oleh majistret telah dibuat sebelum mahkamah habis bersidang pada hari itu atau semasa hukuman itu dijatuhkan dan dalam kehadiran si tertuduh. Nampaknya daripada rekod bahawa beliau telah membuat pengendorsan menyatakan semula hukuman yang dijatuhkan selepas beliau mengumumkan hukuman itu dan telah menandatangani nota prosiding dan beliau tidak berkuasa melakukanya.

(2) Pihak pembela tidak mempunyai kewajipan di bawah s 103 Akta Keterangan 1950 untuk memanggil pengawal kanan penjara untuk menyokong keterangan si tertuduh bahawa perubahan kepada tarikh permulaan hukuman penjara telah dibuat selepas si tertuduh dihantar ke penjara. Pihak pendakwa semestinya membuktikan setiap unsur penting dalam sesuatu tuduhan.

(3) Terdapat keraguan yang besar sama ada si tertuduh berada di bawah penjagaan yang sah di sisi undang-undang semasa dia melarikan diri dari hospital dan, oleh kerana itu, si tertuduh tidak boleh didapati barsalah atas tuduhan di bawah s 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Akan tetapi mengikut fakta yang telah dibuktikan melebihi keraguan yang munasabah oleh pihak pendakwa, si tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah s 33 Akta Senjata 1960.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari keputusan dan alasan penghakiman ini. Tq

PETA PELAYAR