FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / JAMIN. Show all posts
Showing posts with label MLJ / JAMIN. Show all posts

Sunday, 18 September 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES ROGOL / JAMIN !!!!!!

( Pulau 5 , Pulau Redang Terengganu . 35.9 meter )

[1995] 3 MLJ 461
Moh Ting King v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–03–95–III

Judges ELIZABETH CHAPMAN JC

Date 19 JUNE 1995
Citation [1995] 3 MLJ 461


Catchwords:


Criminal Procedure — Bail — Granting of bail — Pending trial — Interference by appellate court — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:


Pemohon telah memohon untuk jaminan sementara menunggu perbicaraannya atas tuduhan merogol di bawah s 376 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45). Pihak pendakwa telah membantah terhadap jaminan itu atas alasan bahawa kesalahan itu tak boleh jamin, tertuduh menghadapi satu lagi tuduhan merogol di bawah s 376 yang telah ditetapkan untuk pembicaraan pada 26 Jun 1995 dan seterusnya terdapat bahaya bahawa beliau mungkin mengintimidasi pengadu. Mahkamah sesyen pada 20 Mei 1995 telah menolak permohonan beliau dan beliau telah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Adalah mantap bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan dengan penjalanan budi bicara mahkamah bawahan dengan begitu sahaja dan di mana hakim mahkamah sesyen telah menolak permohonan untuk jaminan selepas mempertimbangkan semua keadaan kes itu, Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan kecuali jika ia boleh ditunjukkan bahawa penjalanan budi bicara itu adalah salah.

(2) Adalah jelas bahawa keengganan untuk membenarkan jaminan itu berpunca daripada tertuduh dituduh atas suatu kesalahan merogol yang lain semasa beliau dilepaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 26 Jun 1995. Apabila membuat keputusan sama ada untuk membenarkan atau menolak jaminan, mahkamah akan mempertimbangkan, antara lain, sifat dan keseriusan kesalahan yang dituduh itu, kekerasan dan darjah hukuman yang dijatuhkan atas sabitan, bahaya bahawa kesalahan itu akan diulangi, bahaya bahawa saksi atau keterangan pihak pendakwa akan diusik atau diubah, peluang tertuduh untuk menyediakan pembelaannya dan tempoh tahannya. Jaminan tidak akan ditolak semata-matanya sebagai suatu hukuman dan keperluan untuk jaminan adalah untuk memastikan kehadiran seseorang tertuduh di perbicaraan.

(3) Keengganan mahkamah sesyen untuk membenarkan jaminan boleh dijustifikasikan di dalam keadaan kes ini. Terdapat kemungkinan bahawa tertuduh akan mengusik pengadu dan itu dengan sendirinya merupakan suatu alasan yang meyakinkan untuk menolak jaminan. Lagipun, tidak terdapat apa-apa untuk menunjukkan bahawa tertuduh akan dihambat dalam penyediaan pembelaannya semasa di bawah tahanan dan mahkamah sesyen telah menetapkan tarikh perbicaraan paling awal yang mungkin, iaitu 26 Julai 1995, dan oleh itu tempoh tahanan tidak boleh dikatakan terlalu lama.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

Thursday, 26 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MENGENAI HAL JAMINAN RAKYAT ASING !!!!


[1994] 1 MLJ 201
Ment & Ors v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL REVISION NO 43–23–93

Judges VINCENT NG JC

Date 3 DECEMBER 1993
Citation [1994] 1 MLJ 201


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Applicants acquitted by lower court — Magistrate made an order under s 311 of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) for all the applicants to be released on bail or in default, to be committed to prison pending disposal of appeal to High Court — Whether such order illegal — Whether magistrate functus officio — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 311

Criminal Procedure — Appeal against acquittal — Court’s discretion to exercise power under s 323(i) of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) to commit accused to prison or admit to bail pending disposal of appeal — Factors to bear in mind whem exercising discretion

Statutory Interpretation — Construction of statutes — Penal statutes — Strict construction — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon, sembilan orang rakyat Thai, yang telah dituduh dan dibebaskan kerana menangkap ikan di perairan malaysia tanpa permit, suatu kesalahan di bawah s 15(1)(a) Akta Perikanan 1985. Selepas membebaskan pemohon, majistret telah membuat suatu perintah di bawah s 311 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’) supaya semua pemohon dilepaskan atas jaminan RM6,000 setiap orang dengan seorang penjamin tempatan atau, jika ingkar, mereka akan dipenjarakan sementara menunggu penyelesaian rayuan ke Mahkamah Tinggi. Pemohon telah memohon di bawah s 323(i) Kanun itu keputusan majistret dikaji semula.

Diputuskan:

Diputuskan, mengetepikan perintah majistret berkaitan dengan ikatan jaminan keatas pemohon tetapi membenarkan permohonan pihak pendakwa raya supaya mahkamah mengeluarkan suatu waran memerintahkan supaya pemohon dipenjarakan atau diikat jamin sementara menunggu penyelesaian rayuan itu:
(1) Suatu perintah supaya pemohon diikat jamin mempunyai kesan memenjarakan mereka sementara menunggu penyelesaian rayuan itu, sekiranya mereka gagal mendapat wang jaminan itu. Perintah sedemikian oleh majistret itu jelas menyalahi undang-undang melainkan jika terdapat suatu pemberian bidangkuasa yang jelas di bawah s 311 Kanun itu atau di dalam peruntukan yang lain. Di dalam kes ini, tidak terdapat peruntukan yang jelas di bawah s 311 atau di dalam sebarang peruntukan di dalam Kanun itu yang mengenakan penalti yang sedemikian ke atas pemohon. Tidak boleh dipersoalkan lagi bahawa suatu perintah pembebesan tidak mengenakan sebarang obligasi atau memperuntukkan sebarang hukuman Oleh itu, mahkamah memerintahkan supaya perintah majistret itu berkaitan dengan ikatan jaminan ke atas pemohon diketepikan kerana beliau bukan functus officio.

(2) Permohonan pihak pendakwa raya di bawah s 315 Kanun itu, supaya mahkamah mengeluarkan suatu waran yang memerintahkan supaya pemohon dipenjarakan atau diikat jamin sementara menunggu penyelesaian rayuan itu, dibenarkan dan mahkamah memerintahkan supaya pemohon diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap orang dengan dua penjamin tempatan dan jika ingkar, suatu waran akan dikeluarkan untuk memenjarakan pemohon sehingga rayuan terhadap keputusan majistret untuk membebaskan pemohon diselesaikan.

Per curiam

Sebarang undang-undang yang mempunyai kesan keatas kebebasan seseorang individu, sama ada beliau seorang rakyat negara itu atau sebaliknya, mestilah jelas dan nyata sebelum dapat melucutkan hak kebebasannya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR