FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / LLPK. Show all posts
Showing posts with label MLJ / LLPK. Show all posts

Monday, 9 April 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / RAMPASAN HARTA !!!!


[1995] 2 MLJ 238
Kanagasavey a/l Sinayah v Public Prosecutor
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (PULAU PINANG) — CRIMINAL APPEAL NO
                                42–404–93

                Judges JEFFREY TAN JC

                Date      26 JANUARY 1995

                Citation                [1995] 2 MLJ 238

Catchwords:

Criminal Procedure — Forfeiture — Dangerous drugs — Forfeiture of moneys in bank accounts — Claimant of property released by writ of habeas corpus — Whether claimant ‘liable person’ under s 7 of the Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 ss 7 & 32(2)

Evidence — Presumption — Illegal property — Moneys in bank accounts forfeited under Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 — Whether court must presume property is illegal and owner is liable — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 s 35

Statutory Interpretation — Construction of statutes — Penal statutes — Legislative intent to be given effect to — Whether statute should be construed narrowly where language clear and unambiguous — Whether judicial interpretation excluded — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 s 7(1)(a)(ii)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1988 dan jumlah sebanyak RM7,500 yang disimpan dalam dua akaun bank perayu (‘harta itu’) telah disita oleh responden di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 (‘Akta itu’). Perayu kemudiannya telah dilepaskan melalui suatu writ habeas corpus dan menuntut harta itu. Responden telah merujukkan tuntutan itu kepada mahkamah sesyen untuk keputusannya di bawah s 32(2) Akta itu. Mahkamah sesyen telah memutuskan bahawa perayu telah gagal mematahkan anggapan di bawah s 35 Akta itu dan harta itu diperintah untuk diperlucuthakkan. Perayu telah membuat rayuan, menegaskan bahawa pelepasannya daripada tahanan, secara ipso facto menyebabkan tahanannya tidak sah ab initio dan tidak selaras dengan undang-undang dan tidak termasuknya sebagai orang yang berliabiliti di bawah Akta itu. Perayu menegaskan selanjutnya bahawa perkataan-perkataan ‘yang ditahan atau telah ditahan’ di dalam s 7(1)(a)(ii) Akta itu bermakna tahanan sah, dan memandangkan peruntukan untuk perlucuthakan adalah bersifat penal, s 7(1)(a)(ii) perlu ditafsirkan secara terhad dengan memihak kepadanya, dan dengan itu menarik perkataan ‘sah’ untuk dibaca ke dalam s 7 Akta itu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Tuntutan perayu kepada mahkamah sesyen adalah dikawalselia oleh s 35 Akta itu. Dari permulaan hingga penamatan prosiding di bawah Akta itu, mahkamah perlu menganggap bahawa orang terhadap mana tindakan itu dibawa adalah seorang yang berliabiliti dan bahawa harta itu adalah harta yang haram, kecuali jika sebab sebaliknya boleh ditunjukkan dengan keterangan boleh terima, dan orang terhadap mana tindakan itu dibawa perlu mematahkan anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian.

(2) Walaupun perayu telah dilepaskan melalui writ habeas corpus,secaraex facie, beliau tidak akan menjadi ‘seorang yang ditahan secara sah’. Walau bagaimanapun, itu tidak boleh disinonimkan dengan tidak menjadi seorang yang berliabiliti. Seksyen 7 mengenal pasti kategori orang-orang yang berliabiliti untuk ditindak terhadap dan perkataan ‘telah ditahan’ akan termasuk sebagai orang yang berliabiliti, seorang yang ditahan tetapi dilepaskan tanpa menjalani tempoh tahanan atau sekatan, seorang yang ditahan tetapi dilepaskan oleh suatu perintah kehakiman, dan seorang yang ditahan tetapi dilepaskan setelah menjalani tempoh penuh (atau sebahagian) daripada tahanan atau sekatan, tertakluk kepada proviso bahawa orang tersebut telah ditahan atau disekat setelah berkuatkuasanya Akta itu di bawah mana-mana undang-undang berkenaan dengan sebarang aktiviti yang berkaitan atau melibatkan pengedaran apa-apa dadah berbahaya.

(3) Apa-apa pembacaan atau pentafsiran s 7(1)(a)(ii) Akta itu dengan memasukkan perkataan ‘sah’ tidak akan termasuk kategori kedua di atas dan memberinya maksud yang lebih terhad. Bahasa dalam s 34 Akta itu adalah jelas dan tidak taksa, iaitu dalam prosiding di bawah Akta itu, Akta itu perlu ditafsirkan untuk memberi kesan kepada niatnya. Adalah jelas bahawa tafsiran kehakiman atau apa-apa tafsiran yang lain adalah tidak termasuk kecuali untuk memberi kesan kepada tujuan Akta itu.

(4) Setelah mengenal pasti seorang yang berliabiliti untuk ditindak terhadap sebagai seorang yang kini ditahan atau yang pada masa lalu telah ditahan, keesahan tahanannya sebagai harus ditahan bukan sahaja merupakan tafsiran kehakiman yang bertentangan dengan tujuan Akta itu, tetapi juga mempertimbangkan ketaksaan atau kelemahan bahasa, atau kecacatan atau kekurangan dalam s 7(1)(a)(ii). Itu jelas tidak dibenarkan, kerana Akta itu memberikan kepada mahkamah budi bicara yang amat kurang untuk bergantung kepada tafsiran sendirinya apabila mengendalikan terma Akta itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman. Tq

Friday, 22 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS / ASAS TAHANAN / BAHASA PEMBERITAHUAN !!


[1993] 1 MLJ 214
Lim Thian Hok v Minister of Home Affairs & Anor and other applications
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPLICATION NOS
44–65–92, 44–190–90, 44–72–91, 44–100–91, 44–127–91, 44–130–91,
44–133–91, 44–159–91, 44–198–91, 44–219–91 AND 44–39–92

Judges VINCENT NG JC

Date 19 SEPTEMBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 214

Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Detention order — Grounds for detention — Detention order stating grounds of detention in the alternative — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 s 6(1) — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Constitutional Law — Preventive detention — Detention order — Grounds for detention — Whether grounds appropriately or satisfactorily explained to detenu

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (‘Akta itu’) kecuali pemohon di dalam Permohonan Jenayah No 44–65–92, yang telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan itu’). Kesemua pemohon telah mempertikaikan penahanan mereka di atas alasan bahawa perintah tahanan menyebut tahanan mereka dalam alternatif di bawah Akta dan Ordinan tersebut untuk kes masing-masing. Kedua, alasan penahanan tidak diterangkan kepada pemohon dalam bahasa atau loghat yang difahami oleh mereka.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan permohonan dalam Permohonan Jenayah No 44–190–90, 44–72–91, 44–100–91 dan menolak permohonan yang lain:

(1) Mahkamah tidak dibenarkan mengkaji semula keputusan subjektif Menteri dan juga fakta yang menjadi asas bagi keputusan beliau. Ini diperkukuhkan dengan penambahan s 11C melalui Akta A738 kepada Akta itu.

(2) Kedua-dua alasan penahanan di bawah s 6(1) Akta itu harus dibaca bersama kerana kedua-dua alternatif merujuk kepada satu objek yang sama, iaitu mengedar dadah berbahaya. Oleh itu pihak yang menahan tidak boleh dikatakan telah membuat perintah penahanan secara kasar atau secara automatik.

(3) Seksyen 4(1) Ordinan itu harus dibaca berasingan kerana ia memberi kuasa kepada Menteri itu untuk mengeluarkan suatu perintah penahanan berdasarkan kepada salah satu alasan di dalamnya. Perintah penahanan harus menyebut di bawah ‘limb’ yang mana seseorang tahanan ditahan oleh kerana Ordinan itu tidak menyebut cara perintah penahanan itu harus dikarang. Ini adalah mandatori untuk mengelak sebarang cabaran terhadap perintah penahanan itu atas alasan bahawa ia tidak jelas atau dibuat secara automatik menurut bahasa s 4(1) Ordinan itu.

(4) Pemohon akan dibebaskan jika alasan penahanan mereka tidak didengan memuaskan atau secukupnya sama ada dalam masa penahanan, apabila perintah penahanan disampaikan atau apabila pemohon dibawa ke tempat penahanan. Tidak menjadi ‘fatal’ jika lebih daripada satu bahasa atau loghat digunakan untuk menerangkan atau memberitahu orang tahanan alasan penahanan itu asalkan beliau memahaminya.

Per curiam:

Seksyen 366 Kanun Acara Jenayah (FMS Cap 6) mewajibkan supaya pemohon menyatakan dalam afidavitnya setakat mana yang diketahui, fakta-fakta berkenaan dengan penahanan tersebut dengan tujuan meyakinmahkamah. Oleh yang demikian, pemohon harus menyatakan semua perkara yang relevan kepada penahanannya dalam afidavitnya dan tidak dibenarkan menimbul hujah-hujah yang di luar afidavitnya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

PETA PELAYAR