
Cadangan dan pandangan Setiausaha Agung Pas Pusat, , Datuk Kamaruddin Jaffar bahawa kejadian rusuhan yang terjadi di Bangkok Thailand akan terjadi di negara ini jika kerajaan tidak melayani kehendak PR agar pembubaran DUn dibuat bagi membolehkan satu pilihanraya di adakan untuk menyelesaikan krisisi politik di Perak.
Ini satu pandangan bodoh dan dangkal dari seorang yang digelar YB dan sudah berpolitik begitu lama di arena politik Malaysia. Kerajaan sepatutnya mengambil sesuatu tindakan keatas Datuk Kamaruddin Jaffar yang mengeluarkan kenyataan sebegini kerana ia nampak seakan berunsur hasutan.
Keadaan dan situasi di Thailand adalah berlainan. Elemen tentera dan pengaruh Raja terdapat di dalamnya. Jadi pada pandangan saya ambil tindakan segera ke atas ahli politik ini kerana pandangan yang tidak bertanggung jawab ini. ia boleh mengancam keselamatan negara .
Kes dan krisis perlembagaan yang berlaku di Perak telah menjadi kes mahkamah dan dalam masa terdekat keputusan berkaiatan dengannya akan diketahui. Sistem perundangan kita lengkap dan mampu menagani kemelut ini. Mengapa boleh kita melontarkan cadangan sedemikian. Bukan semua rakyat yang boleh berfikiran setenang Datuk Kamaruddin Jaffar. Dengan kenyataan ini dikuatiri ia aakan mempengaruhi penyokong PR untuk melakukan perkara yang sama seperti yang berlaku di Bangkok.
Adakah itu yang kita hendak ? Berfikirlah di luar kotak sikit. penyokong ini mudah menyalah tafsirkan pandangan kita. Jadi berhati-hati dengan pandangan yang kita keluarkan. Jangan main sedap mulut sahaja. Orang politik boleh bergaduh dan selepas bergaduh dalam 5 minit boleh duduk semeja minum kopi.
Tetapi yang di bawah ini jika bergaduh sukar untuk berbaik kembali. Mereka akan berbunuhan dan saling bergaduh secara fizikal. Contoh 13 mei. Pemimpin politik dahulu sampai sekarang senang lenang selepas banyak tubuh yang tumbang. Kepada orang politik, anda semua perlu berfikiran sebagai manusia bertamaddun. Bukan sebaliknya.
Berita yang berkaitan : KLIK
