FOLLOWERS

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Monday, 25 May 2009

FATWA BARU PAS : MOGOK LAPAR TUKAR NAMA PUASA SUNAT MAKA HALAL!!!!


Harakah

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan
Mohd Rashidi Hassan Mon May 25, 09 1:13:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS mengeluarkan fatwa baru lagi. Selepas dikritik oleh Mufti Perak niat Nizar dan rakan-rakannya hendak mulakan mogok lapar yang haram disisi Islam maka bagi menghalalkan mogok lapar ini PAS telah menukar namanya kepada PUASA SUNAT. Maka fatwa terbaru ialah mogok lapar ini adalah halal kerana namanya telah ditukar kepada puasa sunat.

2. Dalam fatwa ini, niat tidak diambil kira. Walaupun yang dikatakan puasa sunat ini adalah sebenarnya mogok lapar yang niat sebenarnya bagi menunjukkan bantahan kepada kerajaan BN yang berjaya memerintah Perak ekoran keputusan mahkamah tempoh hari.

3. Kepada PAS , walaupun niatnya tetap sama , mogok lapar ini adalah halal dan tidak salah dari segi agama islam kerana namanya telah ditukar kepada puasa sunat.

4. Senangnya mereka ini memusingkan ayat serta percakapan mereka dan menggunakan hadith dan Quran bagi menghalalkan perkara yang haram dari segi agama. Mana boleh halal , niatnya pun dah salah dan tidak betul kerana puasa ini bukan kerana Allah tetapi kerana niat untuk membantah kerajaan BN di Perak. Mogok ke / puasa sunat ke walau apa namanya pun tetap haram kerana niat dan ia menyiksa badan yang diberikan oleh Allah dengan sempurna.

5. Segala perkara samada halal atau haramnya sesuatu perkara dalam Islam setakat yang PG belajar agama ialah ianya atas niat. Jika permulaan niatnya tak betul dan bukan kerana Allah Taala maka hukumnya haramlah.

6. Sedarlah semua wahai orang islam. Cukuplah menggunakan agama bagi kepentingan politik dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama bagi tujuan politik. Masuk neraka anda semua nanti. Herot mulut kita bila hampir dengan kematian kerana selalu berbohong apalagi yang berbohong tersebut adalah seorang ulamak / ustat yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat islam.

7. Kepada PAS dan pemimpinnya : sebelum bercakap tu, berfikir dahulu. Pakai otak dan fikiran yang Allah anugerahkan itu dengan sebaiknya untuk membentuk ummah bukan untuk kepentingan politk sempit dan kepentingan anda. Bertaubatlah.

Tuesday, 19 May 2009

BN BELI 5 YAA HAKIM : PANDANGAN/ FITNAH BODOH SALEHUDDIN AYOB


Harakahdaily

Rayuan Nizar, Khamis ini - PAS bimbang BN beli hakim
Irwan Muhammad Zain Tue May 19, 09 2:22:40 pm MYT


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyokong penuh permohonan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya.

Salahuddin juga mengesa agar lima hakim yang akan mendengar rayuan Nizar khamis nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti.

Beliau menegaskan demikian sebagai respon kepada permohonan Nizar semalam yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Bukan hanya lima hakim sebaliknya hakim-hakim tersebut perlulah mereka yang mempunyai intergriti dan juga telus dalam menjalankan tugas mereka.

"Jika tidak kita bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana hakim yang mendengar rayuan itu terdiri dari mereka yang boleh dibeli," tegas beliau. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sekali lagi PG nak muntah membaca fitnah Salehuddin Ayob ini. Mengeleng kepala kita dibuatnya.

2. Adakah BN atau kita semua boleh katakan bahawa YAA Hakim yang membuat keputusan menyebelahi Nizar tempoh hari dibeli oleh PAS atau penyokong PAS. Tak ada bukti. Tak ada satu pun dari kalangan pemimpin kerajaan dan rakyat terbanyak mengatakan YAA Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan di beli atau penyokong PAS.

3. Mengapa Sallehuddin berspekulasi sedemikian. Beliau seorang yang terpelajar dan beragama lagi. Tidak sewajarnya mengeluarkan fitnah sedemikian. Ia satu pandangan / fitnah yang amat jahat kepada badan kehakiman.

4. Atau mungkin Salehuddin sudah dapat merasakan bahawa PR Nizar akan kalah kes tersebut dan fitnah di atas sebagai jalan keluaar melarikan diri dan baagi meyelamatkan air muka PR. Kerap dan inilah amalan pembangkang yang akan mengatakan Hakim adil jika keputusan YAA Hakim menyebelahinya dan Hakim dibeli jika keputusan YAA Hakim tidak menyebelahinya.

5. PG amat sedih dengan kenyataan / fitnah dari seorang yang berpelajaran yang mengeluarkan pendapat berdasarkan andaian dan spekulasi. Ini fitnah , fitnah dan amat berniat jahat dan fitnah yang paling bodoh yang PG pernah dengar.

6. Carilah cara lain nak popular atau nak memancing undi bagi muktamar Agung PAS. Jangalah guna / fitnah sebegini. Isu yang bagus PG cadangkan ialah Salehuddin boleh ketengahkan rasuah dalam PAS yang cuba disapu di bawah karpet.

7. Jadi bawalah isu rasuah dalam PAS. Isu ini pun dibongkar oleh ulama. Kalau ulama juga buat fitnah seperti Mat Iraq tu, maka bagi le hukum hudud PAS kepadanya. Jangan hanya ambil tindakan disiplin. Hududkannya. Buang dari PAS. Itu pun masih ringan berbanding dengan hukum islam yang sebenar.

8. Kepada Salehuddin : Bertaubatlah. Buniyamnin ( Allahyarham ) dulupun tak sempat bertaubat tuduh Tun Mahathir tonton vedeo lucah dengan cucunya. Jadi bertaubat le sebelum mati . Jangan memfitnaah lagi.

Monday, 18 May 2009

USTAT NASHARUDDIN PERLU MINTA MAAF PADA PM : INI JAWAPAN FITNAHNYA SEMALAM


Berita Harian
18 mei 2009

Najib lawat China hujung bulan ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada hujung bulan ini, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman. Anifah berkata, selain bertujuan mengeratkan hubungan Malaysia dan China, ia juga diadakan sempena ulang tahun ke-35 hubungan antara kedua-dua negara. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Semalam Tim. Presiden PAS di lapurkan di dalam Harakahdaily bahawa PM tidak berani membuat lawatan ke luar negera kerana takut ke Atlantuya. Jadi berita di atas jelas bahawa PM akan melawat China pada hujung bulan ini.

2. Ustat Nasharuddin perlu minta maaf kepada PM kerana memfitnah PM. Orang beragama dan bertaanda Hitam di dahi, berserban / berkopiah ke hulu ke hilir. Kalau tak minta maaf segera maka inilah hipokrit sebenar dan penipu besar. Masuk neraka lah ustat jika tidak minta maaf sesegera mungkin.

3. Dulu ada seorang pemimpin PAS ( Buniyamin ) menuduh TUN Mahathir tonton vedeo lucah dengan cucu. Mdendengar itu, penokong PAS ini yang berserban terus bertakbir. Akhirnya meninggal dunia dengan tak sempat minta maaf. Mujur le juga Tun Mahathir pada masa itu juga memaafkan Allahyarham.

4. Jadi kepada Ustat, lain kali jangan memfitnah. Harakah juga jangan memfitnah. Sebab itu PG telah katakan sebelum ini ( KLIK ) bahawa sebelum bercakap hal di atas , ustat kena periksa dulu jadual lawatan dengan kementerian luar atau dari pejabat PM. Ini terus buat fitnah. Fitnah ini adalah sekeji-keji perbuatan. Ia seperti memakan daging saudara sendiri.

5. Jika Ustat Nasharuddin masih juga enggan minta maaf dengan PM atau bertaubat, di cadangkan tanda hitam di tahu tu diubah dengan tanda putih berjalur ke bawah dari rambut sampai ke hidung jalur putih tu.. Buat macam nazi Jerman. Buat 5 line.

6. Jadi tanda hitam di dahi inilah kalau dibuat-buat ( dengan menghantukkan kepala disejadah kuat sikit ) yang menunjukkan ia tanda hipokrit. Tanda sujud yang Allah maksudkan , selepas sembahyang, kita terus patuh pada perintah tuhan dan tidak memfitnah orang.

7. Bertaubatlah cepat.


Saidah Hairan Sun May 17, 09 1:30:52 pm MYT

SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara.

Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa. Berita lanjut : KLIK )

Sunday, 17 May 2009

PM TAK KE LUAR NEGARA TAKUT ATLANTUYA : FITNAH TERBARU USTAT NASHARUDDIN MAT ISA


Harakahdaily

Isu Altantuya Najib PM baru takut ke luar negara
Saidah Hairan Sun May 17, 09 1:30:52 pm MYT

SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara.

Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Sekarang sukar bagi kita semua sebagai rakyat terbanyak nak meminta pandangan dan nasihat. Yang bergelar ustat, bertanda hitam di dahi, berserban, kopiah, berkomat kamit mulut berzikir sepanjang masa tetapi buka mulut aje mula memfitnah.


2. Lihat lah percakapan Ustat Nasharuddin Mat Isa : Tim Presiden PAS di atas. Ini ke cara seorang ustat dan pemimpin no 2 dalam parti yang dikatakan memperjuangkan islam? ya Allah. Apa nak jadi tak tahu le.

3. Apa makna fitnah mengikut kamus Dewan ? Menuduh seseorang dengan sesuatu perkara tanpa diberikan bukti hanya berdasarkan andaian. Ikut islam pun sama aje maknannya.


4. Jadi tuduhan bahawa PM takut keluar negara kerana isu Atlantuya ini apa ceritanya. Bukti ada ke. Apa yang perlu takut. Pm ada lah jadualnya sendiri. Bukan macam PAS. Asyik dok baca Quran dan hadith yang dipilih-pilih untuk membenarkan fitnah dan perbuatan mereka. Bukannya buat kerja pun. Asyik bercakap dan memfitnah orang boleh lah.


5. PM ni banyak kerjannya. Ada lah jadual untuk setahun . Ada pegawai yang mengaturnnya. Bukan macam YB-YB PAS. Sekarang ini je pun yang cerdik sedikit. Dulu tahun 80an, 90an, segala aduan orang pakai sumbat dalam dashboard kereta aje. paling kuat pun dalam briefcase yang ke hulu ke hilir di bawanya. Itupun macam tong sampah. Bila rakyat tanya perkembangan aduan, hampir setengah jam membelek dashboard dan briefcase. Sukarnya mencari.


6. Kalau lihat PAS Kelantan dulu? Hmmm. Mujurlah ada Ustat Nawi ( Bekas Lt Kolonel yang ditangkap ISA kerana disyakki pada mulanya terlibat dengan pertubuhan Jundullah, kemudian dibebaskan. ) yang mengajar hal-hal membuka fail mengikut perkara-perkara tertentu dan diajarnya cara ambil minit mesyuarat. Tidaknya , sampai sekarang le, macam parti kampung. Tapi cakapnya, Ya Allah, ampun.


7. Jadi kepada Ustattttttt Nasharuddin tu, periksa dengan jadual PM di Putra Jaya dulu. Bari kita cakap. Ini terus fitnah.


8. Tentang saman menyaman pula, apa yang sibuk sangat nak menyryh PM saman orang tu, orang ni. Hak PM .kut pandai dia le. Banyak kerja lain nak dibuat oleh PM.


9. Kalau tak saman pun, bukannya boleh mati PM tu, Melayan pemfitnah dan pembohong ini kita akan jadi bodoh sama. Jadi itu yang PM tak saman dan tak nak mengulas pun. Buang masa untuk PM melayannya.


10. Jadi kepada ustat Nasharuddin tu, kalau nak fitnah pun, buang lah tanda hitam di dahi tu dulu.( tanda hitam tu pun bukan tanda sujud seperti yang Allah firmankan dalam Quran . Tanda sujud yang di maksudkan ialah lepas sembahyang terus patuh pada perintah Allah dan Rasulnya iaitu salah satunya tak memfitnah orang. ). Buang kepiah dan serban. Amat memalukan seorang ustat boleh menfitnah sesenang itu.


11. Sebelum sembahyang Allah wajibkan ambil air sembahyang. Basuh mulut salah satunya. Tujuannya salah satunya ialah supaya mulut kita bersih dalam segala segi. Lepas sembahyang pun mulut terus bersih, bukan mengumpat dan memfitnah orang.


12. PG BUkan nak kata apa : sejak kenal PM ini, tak pernah lagi PG dengar PM memaki hamun orang dan bercakap kasar dengan orang, walaupun dia bukan ustat. Tak ada sekalipun PM ini becakap seperti mana ustat-uatat PAs bercakap.


13. Bertaubatlah ustat. Berdosa besar.

Saturday, 16 May 2009

YB TUAN GURU HJ HADI KEKAL PRESIDEN : TAHNIAH


Malaysiakini

Hadi kekal presiden, 5 calon timbalan, 16 calon naib
Abdul Rahim Sabri May 16, 09 12:04pm

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden.

Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah YB Tuan Guru . Semuga perpaduan Islam kembali bertaut. Amin.

Tuesday, 28 April 2009

PERANGAI DAN SIKAP PEMIMPIN BERKOPIAH DAN BERSEBAN DAN BERJUBAH PAS


Dipetik dari Blog : BUAH GOMOK
Saturday, March 28, 2009

PANAS!!! Pendedahan rasuah ADUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh oleh Mat SAbu

..........................................................................................................................................................................
Pada mulanya perbualan kami berkisarkan tentang keadaan kekalutan di Perak.Aku tanya Mat Sabu jika DUN Perak dibubarkan apa akan jadi,katanya DAP semestinya akan meletakkan beberapa calon Melayu yang mewakili DAP termasuklah Timb Pengerusi DAP,Tunku Aziz dan jika ditakdirkan PR menang DAP akan memerintah Perak dan Tunku Aziz lah MB Perak,bukan Nizar.

Kemudian beliau mula buka cerita pasal PAS Kelantan. Beliau macam tak puas hati betul dengan Pas Kelantan,katanya PAS dan Umno dah sama,makan rasuah,salah guna kuasa,ambik komisyen projek. Mat Sabu mula buka cerita pasal ADUN Melor, YB Wan Ismail wan Jusoh,katanya beliau konsisten dalam memerangi rasuah tak kira mana-mana pihak. Katanya lagi peguam yang mewakili Siti Aishah bekas isteri Wan Ismail, mempunyai asas untuk membuat tuntutan nafkah sebanyak RM 3 juta berdasarkan harta yang dimiliki oleh Wan Ismail.

Wah..kayanya YB Pas sampai berjuta-juta duit dia.Aku pun tanya lagi macam mana YB tau ADUN Melor tu banyak duit?.."Wan Ismail tu dapat duit 6 juta pasal projek Ladang Sungai Terah kat Gua Musang..kena pulak lepas ni kalau Siti Aishah bekas isteri YB Melor tu balik agama asal dia...kacau!kacau!,pasal tu lah bekas bini dia tuntut sampai 3 juta" kata Mat Sabu dalam nada tegas.

Kata Mat Sabu lagi,Pas Kelantan kuat sebab adanya tok guru,yang lain semua tak boleh pakai.."Tok Guru pun sampai penggal ni je,lepas ni pilihanraya akan datang PAS akan jatuh kalau keadaan macam ni". ...........................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wow banyaknya duit. PG nak belajar juga caranya mencari duit. Gaji wakil rakyat kokak berapa sangat . RM 8 ribu lebih aje. Kepada orang PAS , kalau dapat komen sikit tulisan Buah Gomok ni. Dulu pun masa PG duduk di Kelantan ada seorang bekas wakil rakyat PAS. Pakai Porche. Berhenti jadi wakil rakyat,terus berubah personaliti. Main golf tiap petang siap pakai seluar pendek dan topi baretta lagi. Nama pun bertukar jadi nama Mat Salleh. Hebat juga orang PAS dan bekas pemimpin dia orang ni.

OPpppp! PAS mana ada buat salah. Pemimpinnya semuanya maksum dan tidak pernah buat silap. Mereka tak makan rasuahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Cuma kedarah rasuah aje. PG minta komen dari penyokong PAS sikit dalam hal ini.

PETA PELAYAR