FOLLOWERS

Showing posts with label PAS / TGNA / MUZAKARAH. Show all posts
Showing posts with label PAS / TGNA / MUZAKARAH. Show all posts

Saturday, 6 February 2010

50 TAHUN UMNO KEKOH PAS : TAK BETUL TU POK NIK, TAK BETUL TU !





KOTA BAHARU: Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik...............................................................................................

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara Umno dan PAS sudah lama. 5O tahun Umno bertengkar dengan PAS apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini dihadiri oleh Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang.

Isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno pernah dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti tahun lalu bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini dan pembangunan orang Melayu termasuk menjaga hak kaum lain, namun ia ditentang Nik Aziz.

Walaupun Umno menerima dengan tangan terbuka tentang kesediaan mereka untuk berbincang ia juga ditentang Nik Aziz dan beliau mendesak PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan.
Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Namun, akhirnya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS lain terpaksa akur untuk membatalkan perbincangan itu. - BERNAMA

Penghuni Gua : Tak betul tu Pak Nik, Tak betul tu. Tok betul apa yang Pok Nik cakap bahawa UMNO yang berbalah dah 50 tahun dengan PAS. Mana UMNO yang balah. PAS le yang balah dengan UMNO.
2. Kenyataan PAK Nik tu , terbalik kok. PAS dan Pok Nik yang dok asyik balah dengan UMNO. UMNO kan kerajaan. Pok Nik dan PAS le yang selalu dan setipa masa gaduh dan cari pasal dengan UMNO. Sem,ua UNO buat tak betul .

3. Pas ujud dan lahir pun kerana puak ulama tak puashati dan asyik nok balah dalam UMNO. Jadi salah kenyataan Pok Nik tu yang UMNO oh 50 tahun balah dengan PAS. Terbalik sebenarnya. Pok Nik dan PAS yang dah lebih 50 tahun dok asyik balah dengan UMNO dan kerajaan.

4. Pok Nik ni , masih bermimpi lagi kot. Ini dah tahun 2010 Pok Nik . Bukan tahun 0102 Pok Nik.

5. Pok Nik, Pok Nik. Tak habis, habis-habis nak makan UMNO dan kerajaan. Dalam mengindim nok berdailog dengan UMNO dan kerajaan pun masih nok kekoh lagi dengan UMNO dan kerajaan. Itu pun masih nok kata UMNO jugok yang dok baloh dengan PAS.

6. Alahai Pok Nik, Pok Nik!!!!!!! TGHH nak ujud kerajaan perpaduan, Pok Nik dok cah keting. Habis haru biru PAS dan UMNO . Alih-alih nak muzakarah pulak. Lepas tu kata UMNO pulak dok mulakan perbalahan. Apalah lah Pok Nik ni. Berbelit-belit cakapnya.

7. Kesimpulannya, PAS dan Pok Nik yang dok kekoh UMNO dulu . Sejak dulu. Bukan sebaliknya. Ingat tu Pok Nik. Ingat baik-baik-baik.

PETA PELAYAR