Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melengah-lengah isu siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad sehingga menimbulkan polemik umum, tidak mendatangkan kebaikan kepada semua, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Malah, katanya, ia diburukkan lagi apabila pada waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.
“Kini, rakyat tengah menanti tindakan JAIS, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Berita lanjut : KLIK
Malah, katanya, ia diburukkan lagi apabila pada waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.
“Kini, rakyat tengah menanti tindakan JAIS, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Hujan ribut tak ada, akhirnya, PAS nak salahkan kerajaan dan UMNO kerana peliwatan dalam isu DUMC iaitu usaha memurtadkan orang Islam. Khalid Gereja pun dah korner baring habis. Dia kata dia nasihat aje. Dia tak bergaduh dengan Dr Hasan Ali tapi nasihat pada JAIS. Semuanya kerana terpaksa telah kahak dan ludah sendiri.
2. Ada exco agama pun tak di percaya. Akhirnya, kata ianya di dalangi kerajaan dan UMNO. Sebabnya pendedahan dalam blog pro kerajaan. Sejak bila pulak PAS berfatwa blog dan internet ini boleh digunakan sebagai bukti? Kan Internet semua ini adalah pekak, buta dan bisu.
3. Bab vedeo zina lelaki Y tak percaya pun. Tapi bab ini percaya pulak.
4. Main pakai tuduh aje tanpa bukti kononnya ada penglibatan kerajaan dalam isu ini adalah satu tindakan dungu. Cakap islam. Bukti tak ada main tuduh buta aje. Tak ke fitnah namanya. JAIS dan Dr Hasan itu adalah bawah dagu PAS dan PR. Apa kena mengena pun dengan UMNO. Dr Hasan Ali pun dah sahkan aktiviti gereja ini untuk memurtadkan orang Islam. Isunya PAS sebelum ini , tak percaya mengenai ini kerana sebab poltik.Itu yang jadi kecoh. Tak percaya pada exco sendiri dan jabatan agama Islam sendiri. BOleh percaya kepada pemimpin kafir dan gereja kristian . Itu yang jadi isunya dan masalahnya.
5. Sendiri biakkan kurap dan panau, kemudian nak salahkan orang kerana panau dan kurap di badan mereka makin bertambah.
6. Tak gitu ?.
