FOLLOWERS

Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Wednesday, 13 May 2009

TAHNIAH PDRM : TERUSKAN TEMBAKKAN

Berita Harian
13 mei 2009


Lima ditembak mati selepas rompak rumah Setiausaha Politik menteri

JOHOR BAHRU: Polis Johor tembak mati lima penjenayah dipercayai warga Indonesia berhampiran Star Hill Golf Resort di sini, selepas dipercayai rompak rumah Setiausaha Politik Menteri Pelajaran, pagi tadi.

Friday, 27 March 2009

TAHNIAH PDRM : TERUSKAN TEMBAKKAN ANDA



Berita Harian

27 mac 2009


Polis tembak mati 3 penjenayah di Bukit Merah


IPOH: Polis menembak mati tiga lelaki dan menahan tiga yang lain dalam operasi berhampiran Bukit Merah Lake Town Resort, dekat Taiping, hari ini. Dalam kejadian jam 2 petang itu, seorang anggota polis turut tercedera akibat ditembak penjenayah berkenaan. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.



Katanya maklumat lengkap mengenai kejadian itu akan diberitahu pada satu sidang akhbar yang akan diadakan kelak. - Bernama


Penghuni Gua ; TahniaPDRM atas kejayaan membunuh 3 penjenayah ini. Ini sahaja caranya untuk mengajar mereka dan mengerunkan penjenayah yang lain. Penghuni Gua nak tengok juga ada atau tidak pejuang-pejuang Hak Asasi Manusia di Malaysia ( ahli-ahli Politik, Majlis peguam dan peguam2 yang handal serta Prof2 undang serti Malik Imtiaz dan Prof Aziz Bari dan NGOs ) yang begitu bersungguh berjuang mempertahankan hak asasi penjenayah ini. Penghuni Gua nak lihat apa yang mereka semua di atas itu buat dan komen tentang seorang pegawai polis turut tercedera di dalam kejadian berbalas tembakan ini.


Pejuang-pejuang ini selalu menyalahkan polis kerana tidak memberi amaran secukupnya sebelum menembak mati penjenayah, polis sengaja menembak mati., Penjenayah tidak pernah menembak polis tetapi polis yang sengaja mengatakan sedemikian untuk menghalalkan tindakan nnya. Inilah diantara alasan dan hujah peguam-peguam dan pejuang hak asasi penjenayah ini. Lihat anggota/pegawai polis yang cedera itu. Adakah itu yang kita mahukan dan sehinggga terjadi sedemikian ( ditembak hingga cedera : barulah polis dibenar mangambil tindakan ?


Juga hendak lihat juga mereka di atas datang melawat dan menderma walau satu sen ke anggota yang cedera ini. Nak tengok esok. Ada ke mereka yang pandai bercakap ini datang melawat dan menderma ke polis yang cedera ini. Biasanya kosong aje. Macam cakap mereka juga. Cakap kosong aje. Orang yang opandai bercakap dan menyalahkan orang lain tanpa cadangan ini, begitulag sifat dan sikaap mereka. Kalau penjenayah K Kugan mercerdes Benz di sponsor untuk berarak mayat ke perkuburan.


Tapi yang pasti ramailah ahli politik akan melawat polis yang cedera tersebut. Termasuk dari YB Nizar dan sebagainya. Bertuah lah .


Apa pun Tahniah PDRM. Teruskan tembakkan anda. Bunyi sangkakala ini akan mengerunkan penjenayah dan juga penyokong mereka ini. Anda semua sebagai pegawai dan anggota polis jangan sesekali TAKUT KEPADA SINDROM JUBAH HITAM DAN JUGA PENYOKONG MEREKA TERMASUK NGOs dan sebagainya. Jubah hitam ini kebanyakkannya hanya hebat dijubah dan cakap mereka sahaja tetapi dalam dunia sebenar adalah seorang yang amat penakut dan selalunya berlindung dari kekebalan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. ( Contohnya 2 Singh baru-baru ini ) . Mereka berani bila dilindungi. Jika tidak , hampas pun tak ada. Jadi jangan takut pada sindrom jubah hitam.


Penghuni Gua : Tiap hujung minggu menembak.

Thursday, 26 March 2009

PERTAHAN PDRM: TAHNIAH DATO HISHAMUDDIN



Tahniah Dato Hisham kerana mempertahankan Intitusi kepolisan negara ( PDRM ) dalam ucapan di perhimpunan Agung Pemuda baru-baru ini. Di dalam ucapan tersebut Dato Hisham telah membangkitkan di mana terdapatnya usaha-usaha pihak-pihak tertentu memburukkan PDRM secara berterusan. Beliau mengingatkan bahawa PDRM banyak berjasa kepada negara.



Penghuni Gua : Tindakan Dato yang secara terbuka mempertahankan PDRM amat dialukan oleh kami sebagai rakyat biasa ini. Ini kerana PDRM adalah Institusi utama negara dan merupakan tulang belakang kepada keutuhan sesebuah negara. Sesetengah pihak diluar kerajaan termasuk NGOs mempunyai agenda mereka . Mereka semua tahu bahawa UMNO/kerajaan, tidak akan dapat ditumbangkan sekiranya pihak polis stabil dari sudut pandangan rakyat. Oleh yang demikin sekiranya mereka mahu misi mereka berjaya iaitu menumbangkan UMNO dan kerajaan maka tindakan pertama mereka ialah dengan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada pihak polis.


Inilah usaha yang telah, sedang dan akan dibuat dengan terancang oleh pihak-pihak tertentu di negara ini secara teratur, terancang serta berterusan. ini bagi menjejaskan imej polis keseluruhannya. Dengan polis kelihatan lemah maka ini memudahkan meraka menjatuhkan UMNO dan kerajaan. Ini kerana mereka ini tahu bahawa polislah yang sentiasa berdiri teguh dan setia di belakang kerajaan sejak merdeka lagi. Mereka tahu sejak merdeka telah beberapa kali kerajaan/ UMNO hampir tumbang. Tetapi dalam keadaan krisis ini PDRM lah satu-satunya agensi yang menyelamatnya. PDRM menyelamatkan kerajaan tanpa soal walaupun kerap dikritik dan di kecam termasuk oleh mereka di dalam kerajaan sendiri ( kadangkalanya ) tetapi kesetian PDRM tiada seorang pun di dalam kerajaan hari ini boleh mempersoalkannnya.


Jadi kepada semua pemimpin UMNO, ingat bahawa sokongandan mempertahankan institusi ini dari diperlekehkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah tanggungjawab wajib anda. Inilah tulang belakang " survival " anda semua. Anda semua tidak akan berada di kedudukan sekarang sekiranya polis tidak setia kepada anda. Siapa yang menjaga ketuanan Melayu yang kerap diancam sejak merdeka. Jawpannnya polis. Siapa yang menjaga ketuanan negara ini dari dirosakkan oleh musuh negara termasuk kominis. Jawapannya polis.


Tidak dinafikan terdapat anggota dan pegawai termasuk PDRM sendiri kadang kala melakukan kesolapan. walau bagaimana pun sebelum daripada ini sehingga ke zaman Tun Mahathir belum ada mereka yang berani memperlekehkan PDRM termasuk dari kerajaan secara besar-besarn secara terbuka. Pemimpin sebelum ini: sekirannya terdapat kesilapan dari polis maka pemimpin kerajaan akan memanggil dan menegur PDRM secara tertutup. Sebab mereka tahu PDRM adalah tulang belakang kepada tegaknya kerajaan sehingga kini.


Ibarat kata pepatah sekiranya ingin marahkan anak, kita tidak perlu memarahi dan memukulnya di khalayak. Marah dan pukulnya di dalam rumah. Jika marah dan pukul anak diluar rumah, tak ada yang memuji tindakan kita. Apa yang masyarakat akan kata ialah " padan muka. Anak tak sedar diri. Atau mereka akan kata " bapa bodoh , pukul anak depan orang ". Mereka tidak akan membantu pun keluarga dan anak ini. Jadi begitulah jika ingin menegur dan memarahi PDRM yang merupakan tunggak utama dalam menentukan kestabilan kerajaan.


Selepas pada ini diharap ada lagi insan dan pemimpin seperti Dato Hishamuddin yang memebri kenyataan terbuka mempertahankan PDRM di dalam perhimpunan agung Pemuda UMNO semalam. Apa tujuan kita tidak tahu. Apapun tahniah Dato, atas keprihatinan Dato, dan institusi ini perlu dipertahankan walau dalam apa carapun. Tentukan meomentum ini berterusan di kalangan pemimpin dan pemimpin UMNO di masa depan.


TAHNIAH DATO HISHAMUDDIN. KADANGKALA BANYAK YANG LUPA MEREKA YANG KERAP BERDIAM DIRI INI. JADI INGATLAH MEREKA DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN.

Wednesday, 25 March 2009

PDRM : PERINGATAN HARI POLIS KE 202


KEPADA SELUROH WARGA PDRM DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERINGATAN HARI POLIS YANG KE 202. SEMUGA ANDA TERUS MENJADI BENTENG TERAKHIR DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI SEGALA ANCAMAN. SEGALA KELEMAHAN HENDAKLAH TERUS DIPERBAIKI. ANDA SEMUA ADALAH KEBANGGAAN KAMI. PENAMBAHBAIKAN DI DALAM SISTEM PENYAMPAIAN DAN KUALITI PERKHIDMATAN ANDA AKAN TERUS MEMBERI KEYAKINAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA. TANAMKAN TEKAD BAHAWA ANDA AKAN TERUS MEMPERBAIKI DIRI DAN BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN MASA. KESETIAN ANDA TIDAK DIRAGUI. TERUSKAN PERJUANGAN ANDA. SEMUGA ANDA SEMUA DIRAHMATI DAN DILINDUNGI ALLAH SENANTIASA. AMIN.

PETA PELAYAR