
Bermula dari hari raya Aidil fitri hinggalah kini , PG melihat perkhidmatan Internet Broadband Celcom amat buruk. Celcom pernah memberi komen dan menjelaskan masalah ini dengan mengatakan kelambatan dan talian internet kerap terputus disebabkan masalah kesibukan talian pada hari raya.
2. Hari raya sudah hampir sebulan berlalu. Tetapi mutu perkhidmatanya amat buruk sekali. Taliannnya berjalan amat berlahan. Kura-kura-kura lebih laju dari talian Celcom. PG rasakan seolah masih berada di Maldives atau timur-timur. Sebelum Hari raya, kalau kita layari internet, setiap klik hanya mengambil masa 1 atau 2 saat sahaja , PG sudah boleh melihat dan membaca apa yang diperlukan. Kini: lima minit belum tentu dapat lagi.
3. Kalau dapat talian pula, tidak sampai 10 minit putus talian. Itu kalau di Kuala Lumpur. Kalau di Melaka lagi teruk. Rumah PG 2 km dari MITC ( macam lembah silikon atau putra jaya lah ). Tetapi perkhidmatan talian Celcom.... HAMPAS.
4. MUNGKIN JURUTERA DAN BOS-BOS , CELCOM ini masih berhari raya atau tidor dan makan gaji buta aje kot. Kami bayar talian ini, bukan percuma. PG nakkan nilai setiap sen wang yang telah dibayar terhadap perkhidmatan ini.
5. Jika CELCOM masih belum bertindak mengatasi masalah ini, JOM kita ramai-ramai berhijrah ke talian Broadband Maxis. Mungkin Maxis lebih baik.

