
KUALA LUMPUR: Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata jika rakyat Malaysia berpegang kuat kepada perjanjian asal yang dipersetujui oleh pemimpin daripada pelbagai kaum sewaktu merdeka dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak akan ada pertikaian hak.
"Kita telah mempunyai satu formula yang berjalan dengan baik selama 50 tahun. Mengapakah kita mahu menukarnya? Mengapakah anda mahu menimbulkan ketegangan antara kaum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-61 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. ............................................................Dr Mahathir, bekas perdana menteri keempat negara, berkata ucapan Najib itu tepat pada masanya bagi menjelaskan dan memperingati perjanjian yang sekian lama didokong antara pelbagai kaum dalam negara ini. .........................................................
Dr Mahathir yang turut menyifatkan isi kandungan ucapan Presiden UMNO itu baik, berkata adalah penting bagi rakyat patuh kepada perkara dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Dr Mahathir berkata, mereka yang cuba meminda Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak faham mengenai isi kandungannya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Masalahnya kerana banyak pihak nak jadiu juara. Masalah sekali kerana Melayu yang nak jadi juara dan gila dalam politik. Asal hajatnya boleh jadi PM , apa poun akan diubahnya.
2. Sebab itu makin ramai yang makin besar kepala sekarang ini. Kerana ubat besar kepala ini diberikan oleh pemimpin Melayu yang gila kuasa tersebut. Asal hajat mereka tercapai, apa yang kukuh termeteri nak dirungkaikan.
3. Itulah perangai peliwat. Liwat apa sahaja.
