FOLLOWERS

Showing posts with label PERUBATAN. Show all posts
Showing posts with label PERUBATAN. Show all posts

Tuesday, 28 April 2009

DOKTOR YANG WAJAR DIJADIKAN CONTOH !!!!


Utusan malaysia
27 Apr 2009


SAYA adalah penghidap penyakit kencing manis dan akibatnya kedua-dua mata saya menjadi rabun. Mata kanan saya dirawat secara laser di dua klinik swasta. Malangnya hampir kabur keseluruhannya, walaupun telah dirawat.

Tidak lama selepas itu, mata kiri saya dirawat dengan kaedah yang sama di sebuah hospital swasta terkenal di Petaling Jaya. Selepas dirawat secara laser sebanyak lima kali oleh seorang doktor pakar di hospital itu, penglihatan di mata kiri saya itu mujurlah dapat dipulihkan, walaupun tidak 100 peratus.

Selang beberapa tahun kemudian, penglihatan di mata kiri saya pula semakin kabur. Saya kembali ke hospital swasta di Petaling Jaya itu dan bertemu doktor pakar yang sama. Saya diberitahu ada lapisan katarak pada kanta mata kiri saya dan mata kanan tidak boleh dirawat lagi. Doktor itu menasihati saya supaya melupakan mata kanan dan tumpukan kepada mata kiri sahaja.

Disebabkan kos untuk membuang lapisan katarak itu berjumlah RM3,500 di hospital swasta itu dan saya tidak mampu, saya pun pergi ke Hospital Serdang.

Di Hospital Serdang, saya diberitahu kos rawatan termasuk kanta tidak sampai RM900. Pada masa yang sama, Dr. Manoj yang memeriksa saya memberitahu mata kanan saya juga boleh dirawat walaupun rawatannya sangat kompleks kerana prosesnya juga melibatkan bahagian gelemaca dan retina selain katarak pada kanta mata.

Berita baik itu disahkan oleh Dr. Rusnah yang kebetulan masuk ke klinik Dr. Manoj. Mereka memberitahu saya bahawa rawatan yang memerlukan kepakaran yang lebih canggih itu hanya dapat dijalankan oleh doktor di Hospital Selayang. Saya pun dirujuk ke Hospital Selayang oleh Dr. Manoj.

Di Hospital Selayang, Dr. Ronald dan Dr. Wong yang menjalankan pembedahan secara bergilir-gilir ke atas saya. Saya sedar sepanjang lebih dua jam proses pembedahan kerana hanya mata kanan saya dibius.

Sepanjang proses pembedahan, dua orang doktor itu sentiasa berkomunikasi dengan saya dengan mesra serta menenangkan emosi saya.

Sehari sebelum dijalankan pembedahan, Dr. Silva dan Dr. Florence yang menjalankan pemeriksaan awal pada mata saya begitu mesra sekali. Hari berikut, selepas rawatan, Dr. Zabry sendiri mengambil inisiatif untuk memeriksa mata saya selain Dr. Ronald dan Dr. Wong yang sama-sama hadir di bilik pemeriksaan. Dr. Zabry yang memeriksa saya, membenarkan saya pulang ke rumah.

Kalau bukan kerana kehendak Allah dan usaha murni Dr. Manoj, mata kanan saya yang telah 'diisytiharkan' rosak, tidak mungkin dapat dipulihkan.

Terima kasih Dr. Manoj, Dr. Rusnah, Dr. Ronald, Dr. Wong, Dr. Zabry, Dr. Florence dan Dr. Silva di atas sikap mesra dan profesionalisme doktor-doktor yang baik hati itu. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada para jururawat di Wad 6B kerana memberi layanan yang begitu baik kepada saya terutama sekali staff nurse yang bernama Mastura.

HSU KON POH
Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur
Penghuni Gua : Kejadian semalam di HKL dimana dua orang doktor didapati culasa dalam menjalankan tugas seharusnya diambil tindakan yang keras oleh kementerian. Ini kerana ia merosakkan kemurnian profesion ini disebabkan dua tiga orang doktor yang bertugas tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Inilah punca perosaknya. Jangan sesekali berkompromi dengan kejadian ini.
Kepada Doktor di dalam kisah di atas, tahniah buat anda semua. Jangan jadikan pembongkaran kes 2 doktor di HKL tersebut untuk melunturkan semangat anda. jadikan ini sebagai sempadan untuk kita menilai di mana kedudukan kita sebenarnya.

Monday, 27 April 2009

DOKTOR MALAS : PANDANGAN CUEPACS PANDANGAN ABAD KE 14


Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 27 April — CUEPACS hari ini menyatakan rasa “kesal mendalam” terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati “culas" bertugas.

Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin.

“Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?” tanya Ahmad Shah.

Penghuni Gua : PG gua berpendapat, pandangan di atas adalah pandangan yang berundur kebelakang dan pandangan di abad ke 14. Pandangan Ini mungkin sesuai semasa zaman Melaka . Pentadbiran moden sekarang di seluruoh dunia menekankan prinsip ketelusan. Jadi pagawai kerajaan sepatutnya mengamalkan prinsip ketelusan dalam tugas mereka. Mengapa kita takut nak dedahkan tentang keburukan pegawai-pegawai kerajaan sebegini.

Adakah perlu berulang kali perkara dan surat-surat peringatan dikeluarkan oleh ketua jabatan menegur mengenai perkara ini. Berapa ramai rakyat yang sengsara dengan mutu perkhidmatan hospital yang begitu lembab dalam memberikan perkhidmatan mereka.

Berapa banyak kes yang tersiar di akhbar mengenai kecuaian doktor bertugas. Juga berapa banyak lagi kes dan aduan yang lain yang diketengahkan oleh rakyat didiamkan sahaja dan ditutup oleh pihak atasan dengan berbagai alasan perubatan yang mereka sendiri tahu. Mereka menggunakan terma dan termilogi perubatan untuk menutup kelemahan mereka.

Bukan semua doktor perubatan kerajaan sedemikian. tetapi dua tiga kerat yang melakukan sedeikian berulang kali kadangkala menampakkan keburukan keseluruhannya. Dengan pendedahan secara erbuka ini, ketua jabatan, KSU KK dan juga Mneteri yang berkaitan tidak perlu lagi berulangkali membangkitkan perkara ini Mereka akan takut mengulangi perbuatan yang sama. Jadi dengan ini semua pihak akan berhati-hati di masa depan.

Kepada CUEPASC: apa yang perlu diselindungkan. Kami membayar cukai, kami perlu mendapat nilai cukai yang kami bayar sepadan dengan perkhidmatan perubatan yang diberi ( walaupun bukan kami meminta layanan seperti di hospital swasta ).

Kepada YB Saravanan , Tahniah kerana membangkitkan perkara ini. Ia melibatkan kepentingan ramai dan melibatkan nyawa dan kehidupan serta masa depan pesakit dan keluarga mereka. Tahniah sekali lagi. Ini pendekatan turun padang yang patut dicontohi seperti mana dilakukan oleh PM.

Kepada CUEPACS: beristighafarlah. Fikirlah baik-baik. Buat malu aje, presiden boleh berpandangan sedemikian. Nak bela pun biar patut padan le.

PETA PELAYAR