Agenda Daily
Menanti khabar gempak Khalid Ibrahim nak bubar Dewan Undangan Negeri Selangor berasingan...
Selepas kegagalan Pelan 16 September, pembangkang beria-ia mencabar Parlimen dibubarkan kerana yakin konon mereka boleh mengambil alih Putrajaya.
Namun, pembangkang mula goyah selepas melihat banyak perubahan dilaksanakan
kerajaan Barisan Nasional (BN) mula menampakkan semula sokongan rakyat kepada BN
dan sekaligus desakan pilihanraya segera senyap begitu saja.
Untuk tutup malu, kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang mula keluar
kenyataan berbeza kononnya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)
masing-masing jika Parlimen dibubarkan terlalu awal.
Selangor dan Pulau Pinang masing-masing beri alasan manakala Kedah dan
Kelantan nampak mahu pilihanraya DUN serentak dengan Parlimen.
Kerajaan PKR Selangor pernah buat kenyataan hanya setuju bubar DUN jika
pilihanraya umum selepas Jun lalu tetapi kini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula
bercakap lain soal pembubaran DUN Selangor.
Beliau dilaporkan bahawa kerajaan Selangor hanya akan membuat keputusan sama
ada membubarkan DUN serentak atau berasingan dengan Kerajaan Persekutuan,
selepas menilai keberkesanan Program Pengukuhan Demokrasi yang dijalankan.
Alasannya, Pengukuhan Demokrasi itu kini masih berjalan di seluruh Dun di
negeri ini dan sebahagiannya telah selesai.
“Sebab utama kita belum buat keputusan (bubar DUN serentak atau tidak) kerana
kita mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih SPR benar-benar bersih dan
sebab itu juga kita wujudkan Program Pengukuhan Demokrasi ini,” ujarnya.
“Setakat ini 29 daripada 56 DUN sudah kita terima maklumat selepas terlibat
dengan Program Pengukuhan Demokrasi, manakala bakinya belum lagi," katanya
kepada Keadilandaily, Ahad.
Sehubungan itu kata Khalid, mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 17
Ogos ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan kumpulan
berkaitan.
Tidak pelik dengar Khalid cakap tunggang langgang pasal mahu bubar DUN
serentak atau tidak kerana beliau tahu Selangor kini jadi sasaran utama untuk
dirampas semula oleh BN.
Khalid juga tahu pelbagai isu semakin menjerut lehernya terutama soal krisis
air yang boleh menyebabkan rakyat ‘angin’ jika kemarau atau krisis air yang
dijangkakan beberapa tahun lalu jadi kenyataan sedangkan beliau terus bermain
politik tanpa mahu menyelesaikannya.
Sebenarnya sudah ada kebimbangan di pihak pembangkang untuk berdepan PRU 13
kerana itu mereka jadikan SPR sebagai ‘kambing hitam’ dengan menuduh pihak
berkenaan tidak melaksanakan sistem pilihanraya telus dan adil.
Apa lagi helah terbaik yang ada di pihak pembangkang kerana SPR sudah mula
melaksanakan perubahan dan penambahbaikkan yang dituntut dan semua ini dinilai
rakyat betapa kerajaan BN mendengar dan bersedia melakukan perubahan jika
sesuatu perkara itu menambah kebaikkan.
Mungkin sebab itu, Khalid buat kenyataan belum memutuskan membubarkan DUN
serentak dengan Parlimen kerana khuatir kerajaan PKR di Selangor akan tumbang
kerana banyak janji tidak ditunaikan sebaliknya BN yang semakin berjasa kepada
rakyat.
Bukan sahaja isu air, penyelewengan dalam penyelesaian hutang Talam, terbaru
Unisel yang berhutang dengan syarikat yang menyediakan kemudahan asrama kepada
pelajar-pelajar universiti milik kerajaan negeri itu semakin menambah parah luka
kerajaan PKR Selangor.
Khalid sudah hilang ‘gentleman’ berdepan isu-isu ini dan Program Pengukuhan
Demokrasi yang belum selesai hanya alasan untuk tidak membubarkan DUN jika Datuk
Seri Najib membubarkan Parlimen sama ada selepas Aidil Fitri mahupun Aidil
Adha.
Dalam erti kata lain, Khalid semakin takut dengan bayang-bayang yang dicipta
sendiri tambahan pula pergolakan antara kem beliau dengan Timbalan Presiden
Azmin Ali yang bercita-cita menduduki kerusi Menteri Besar akan datang bukan
rahsia lagi.
Pilihan terbaik Khalid adalah bertahan selama mungkin dengan kuasa eksekutif
yang ada mengelak DUN dibubarkan ataupun mungkin beliau bubar DUN selepas Mac
2013 kerana masih belum puas berjanji kepada rakyat Selangor.
Sekutu beliau Lim Guan Eng juga mungkin ikut ini kerana Ketua Menteri Pulau
Pinang itupun pernah buat kenyataan tidak akan bubar DUN serentak dengan
Parlimen.
Guan Eng pun tengah berserabut dengan pelbagai isu dan kritikan termasuk
hubungan dengan pembantunya dan pemilikan rumah mewah oleh pembantu
tersebut.-6/8/2012- OLEH ROSLAN BIAN
Penghuni Gua : Cakap berdegar!!! Takut pulak nak bubar DUN mereka. Punaisihat tu yang dok ketak lutut kot ? Kah kah kah kah kah !!!!
2. Cabar kerajaan pusat bubar parlimen, tapi diri sendiri kecut telok !!!! Kah kah kah kah !!!!


