KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Bye bye Pok Nik. PG harap Pok Nik keluar aje PAS atau bawa keluar PAS dari PR kerana PR tak nak laksana hudud. Itu pun jika Pok Nik ikhlas nak pejuang hudud. Takut apa dengan PR. Kan Pok Nik nak pejuangkan hudud.
2. Keluarlah Pok Nik. Atau keluarkan PKR dan DAP dari PR.
3. Pok Nik, Pok Nik, cakap aje lebih. Baik Pok Nik bye, bye aje dari PAS. Cakap aje besar. Tindakannya tak ada. Hudud PAS hanyalah mainan politik. Kalau betul hudud PAS itu benar dan Pok Nik takutkan Allah, keluarlah PAS atau Pok Nik dari politik. Jangan dok cakap besar dan berdegar aje.
4. Hakikatnya Pok Nik hanya guna hudud untuk politik. Bukannya ikhlas. Itulah kesimpulannya. Tak gitu ?
