FOLLOWERS

Showing posts with label POK NIK MATI. Show all posts
Showing posts with label POK NIK MATI. Show all posts

Wednesday, 29 December 2010

APA CERITA POK NIK !!! SAMPAI TAK NAK AMPUN !!!!!




Dis 28, 10 10:20pm


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sabar Pok Nik. Sabar. Jangan cepat melatah. Pok Nik juga cakap , spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin politik adalah perkara biasa.

2. Jadi apa cerita sampai tak nak ampun dan menanggung doss sehingga ke akhirat. Pemimpin kena berjiwa besar. Lain lah kami yang bukan pemimpin ni. Lagi pun, apa nak marah-marah dan tak ampunkan dosa sehingga ke akhirat. Pok Nik yang salah terima berita tu. Ini semua sebab penasihat Pok Nik juga yang kerap menipu dan memberi nasihat dan maklumat palsu kepada Pok Nik. Jadi kenyataan serta pandangan serta tindakan Pok Nik kerap didapati silap.

3. Mengenai berita kononnya Pok Nik telah kembali kerahmatullah. Kalau Pok Nik siasat betul-betul ianya bukan ditujukan kepada Pok Nik. tetapi kepada satu hamba Allah yang mempunyai nama seperti Pok Nik.

4. Ada baiknya Pok Nik nasihatkan pemimpin dan penyokong Pok Nik dulu bertaubat dan meminta ampun dari kerajaan. Ini kerana pemimpin PAS dan PAS yang yang dok fitnah siang malam dalam pentas ceramah. Ada ke mereka kisah? Ada ke Pok Bik kisah?

5. Lihat diri sendirilah Pok Nik. Lebih afdal. Jangan dok ikut buta aje maklumat yang disampaikan oleh penasihat Pok Nik. Mereka ini penipu dan berkepentingan semuanya. Takkan Pok Nik tak tahu . Kisah curi balak di Kelantan ( Tanah Merah ) pada tahun 1990 dulu. 12 pegawai Hutan Kelantan di tahan oleh Navik Thailand!!!! Siapa yang tipu Pok Nik? Orang dan YB Pok Nik Juga.

6. Kes rasuah / sponsor haji, siapa menipu dan mainkan Pok Nik? Tak menantu kesayangan Pok Nik? Cuma nasib baik aje terlepas kerana sebab teknikal. Jika tidak , " Bungkus ".

Nota : Dengan blogger pun Pok Nik kelam kabut. Pemimpin kena berjiya besar Pok Nik!!! Berjiwa besar. PG pun , orang dok sumpah seranah tiap hari!!! Tapi PG tak kisah pun. Perjuangan memanglah keadaan ini kita hadapi.

PETA PELAYAR