KUALA LUMPUR 28 Okt. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dinasihatkan supaya tidak bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau melawat negara ini pada minggu depan.
Ahli Dewan Perwakilan AS dari California, Chuck DeVore berkata, Hillary tidak sepatutnya berbuat demikian kerana Malaysia bukan seburuk seperti Myanmar dan Anwar tidak mengalami nasib seperti tokoh demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi.
"Ketika lawatannya, Hillary mungkin akan berjumpa dengan Anwar yang dikatakan seorang pemimpin reformasi dan demokrasi yang telah ditekan secara tidak adil oleh kerajaan.
"Sebenarnya jika beliau bertemu dengan Anwar, ia hanya satu tindakan bagi meningkatkan kepura-puraannya yang merosakkan,'' kata beliau dalam tulisannya yang disiarkan oleh portal berita Big Peace di http://bigpeace.com kelmarin.
Beliau yang mewakili Parti Republikan menegaskan, Anwar tidak boleh dipercayai kerana tidak pernah berhasrat untuk melakukan reformasi terhadap kerajaan dan juga bukan penganut Islam berfahaman sederhana seperti didakwanya.
"Tidak dinafikan bahawa Anwar tahu untuk memanipulasikan ahli politik dan media Barat dengan menggambarkan dirinya perlu diberikan simpati berikutan dakwaan liwat terhadapnya,'' kata beliau.
Menurut DeVore, kesungguhan Anwar untuk melakukan reformasi terhadap kerajaan telah dicurigai sejak awal lagi berikutan tindak-tanduknya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
"Pada 1998, ketika pihak yang bersekutu dengan beliau mendakwa berlaku gejala kronisme dan nepotisme dalam kerajaan, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bertindak balas dengan mengeluarkan senarai nama pihak yang mendapat faedah daripada saham syarikat kerajaan yang diswastakan.
Senarai itu mendedahkan sekutu-sekutu Anwar dan kaum keluarganya turut memiliki saham dalam syarikat-syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai usaha Anwar untuk menggambarkan dirinya sebagai penganut Islam berfahaman sederhana, DeVore berkata, beliau meragui perkara itu kerana pertubuhan Yahudi, Anti-Defamation League of B'nai B'rith pernah menyifatkan Anwar sebagai anti Semitik yang tidak layak untuk bertemu dengan Hillary.
"Baru-baru ini ketika berada di New York, Anwar juga telah bertemu dengan pemimpin International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan semua perlu tahu beliau adalah salah seorang pengasas pertubuhan ini.
"Tiga tahun lalu, Zainah Anwar (Pengarah Eksekutif Sisters In Islam) pernah menuduh pertubuhan ini cuba menyekat ajaran al-Quran yang sederhana,'' katanya.
Berdasarkan hujah-hujah berkenaan, DeVore menegaskan, beliau membuat kesimpulan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama seperti banyak pemimpin Islam lain yang pandai mengeluarkan ungkapan yang enak untuk didengar oleh pihak-pihak di Barat.
"Pemimpin seperti ini akan menyatakan perkara lain dan bertindak secara berbeza apabila merasakan mereka tidak diperhatikan oleh pihak-pihak di Barat.
"Jika PKR berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang, ia menandakan sekali lagi demokrasi digunakan untuk memusnahkan demokrasi,'' tegasnya.

Penghuni Gua : Kita semua dah tahu lama dah, siapa DSAI. Beliau adalah sesumpah yang setiap hariu berubah warna / tindakan.
2. Sah, beliau memang pemusnah demokrasi. Tetapi PG tak setuju juga dengan pandangan mat saleh di atas yang mencadangkan Hillary Clinton tidak bertemu DSAI nanti. Pada PG, biarkanlah Hillary ke atau DSAI nak jumpa satu sama lain. Tak ada bezanya pun. Tak merugikan Malaysia pun. Biarlah DSAI melalak seorang dirinya memperjuangkan reformasi ke atau penetrasi ke? Dah itu kesukaannya.
3. Biarkan.!!!!! Tak gitu?