FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / DAP. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / DAP. Show all posts

Tuesday, 27 July 2010

APA JASA DAP PADA ISLAM? : TEH TARIK SATU !!!!



Apa Jasa DAP Pada Islam?
Thursday, 22 July 2010 15:12

Oleh Teh Tarik Satu!

PAS menolak untuk bekerjasama dengan UMNO atas alasan UMNO tidak berasaskan Islam. Memandangkan PAS sanggup pula bekerjasama dengan DAP, maka secara logiknya, tentulah bagi PAS, DAP itu bertunjangkan Islam.

Pada kawan, PAS mungkin juga menganggap DAP lebih alim dan warak dari UMNO. Mungkin juga ahli DAP sudah dijamin syurga.

PAS sanggup menggelar pemimpin kafir harbi sebagai Khalifah dan menyamakan mereka seperti sahabat Rasulullah S.A.W.

PAS juga sanggup bertakbir tatkala para pemimpin kafir harbi ini memetik ayat-ayat Al-Quran, tanpa mengambil kira petikan tersebut tersilap dan tanpa mengira bahawa niat mereka berbuat demikian adalah semata-mata untuk memperbodohkan Melayu bagi mendapat undi.

Bagi PAS, DAP yang berikrar bahawa tidak akan sekali-kali menerima konsep Negara Islam dan sanggup mati mempertahankan pendirian tersebut adalah jauh lebih Islam dari UMNO.
Jika benar DAP jauh lebih Islam dari UMNO, kawan minta agar pemimpin dan penyokong PAS senaraikan jasa-jasa DAP terhadap Islam mahupun umat Islam selama ini.

Berapa banyakkah masjid, surau dan pusat-pusat Islam yang telah dibina oleh DAP?

Berapakah jumlah dana yang disumbangkan oleh DAP untuk pembangunan Islam?

Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh DAP untuk pendidikan Islam?

Apakah sumbangan DAP untuk umat Islam dari segi sosial, pendidikan dan juga perniagaan?

Apakah bantuan yang pernah diberikan oleh DAP untuk memajukan umat Islam di Malaysia?

Begitu juga dengan program dakwah.

Berapa ramaikah yang telah berjaya DAP Islamkan dan berapa ramaikah ahli DAP telah memeluk Islam?

Bagi mengesahkan bahawa DAP adalah jauh lebih Islam dari UMNO, PAS perlu menyenaraikan jasa-jasa mereka terhadap Islam seperti di atas untuk kita teliti.

Jasa-jasa tersebut pula wajib lebih banyak dari UMNO bagi membolehkan DAP dianggap sebagai parti yang berasaskan Islam dan boleh bekerjasama dengan PAS.
Sebagai sampingan, PAS juga harus menyenaraikan jasa-jasa mereka sendiri terhadap Islam mengikut soalan-soalan di atas bagi membolehkan parti mereka dianggap lebih Islam dari UMNO.

Maklumlah, kawan bimbang nanti jasa DAP terhadap Islam lebih besar daripada PAS sendiri.
Kawan pasti, PAS tidak akan mampu menyenaraikan jasa-jasa DAP dan PAS sendiri terhadap Islam dengan lebih panjang dari jasa-jasa UMNO.
Kegagalan PAS menjawab soalan di atas, membuktikan bahawa DAP TIDAK berasaskan Islam dan wajib ditentang, sebagaimana PAS menentang UMNO.

Kawan menjangkakan, setelah gagal menjawab soalan di atas, alasan PAS seterusnya untuk menolak bekerjasama dengan UMNO ialah kerana UMNO menolak hudud.
Tetapi bukankah PAS sendiri sudah akui bahawa hudud hanya 0.0001% sahaja dalam ajaran Islam? Lalu kenapa masih tidak boleh bekerjasama dengan UMNO?

Alasan PAS kemudiannya ialah kerana UMNO menolak negara Islam. Tetapi bukankah DAP juga sanggup mati daripada melihat negara Islam ditubuhkan oleh PAS? Kenapa bekerjasama dengan DAP boleh tetapi dengan UMNO tidak boleh?

Kita tidak faham apa sebenarnya alasan PAS untuk menolak perpaduan ummah. Hakikatnya, PAS tidak punya satu pun alasan untuk mengelak bekerjasama dengan UMNO.

Maka, celakalah umat Islam yang menolak perpaduan dengan saudaranya.

Penghuni Gua : Tak apa Teh Tarik Satu. DAP telah di islamkan oleh PAS. DAP lebih faham islam dari kita semua.........................Biarkanlah!!!!!!!!!!!!!!!!! Mereka sahabat karib dan tidor sebantal. Mereka ahli syurga kesemuanya. Sama syurga dengan TGNA.

Tuesday, 11 May 2010

WAJAH DAP !

Dipetik dari : Malaysia Instinct Com


Tuesday, 2 February 2010

DAP TERUS MEMPERBODOHKAN PEMIMPIN MELAYU PR !

( Mayat-mayat hidup Melayu dalam PR )




PULAU PINANG 1 Feb. – Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menfailkan saman malu sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun kerana membuat kenyataan memfitnah dan berniat jahat. Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diiringi peguamnya Abdul Fareed Abdul Gafoor menfailkan writ saman tersebut melalui Tetuan V.M. Mohan, Fareed & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 12 tengah hari.

Pernyataan tuntutan tersebut menjelaskan, Jeff yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan seumpama itu mengenai plaintif secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet.Menurut pernyataan tuntutan dalam writ saman itu, perkataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah serta berniat jahat dan dinyatakan secara sindiran.

‘‘Kenyataan yang dikeluarkan antara lain melabelkan plaintif sebagai seorang pelampau agama, tidak berkemampuan bertindak secara profesional sebagai ahli MPPP walaupun mempunyai kelayakan profesional. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jeff yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri PPinang. Kita lihat sekarang siapa yang diperbodohkan oleh Lim Guan Eng dan DAP.

2. Kalau pemimpin Melayu PR kritik DAP atau kritik kepimpinannya maka tindakan disiplin parti dikenakan . Lihat Zahrin, Zul Kulim dan Zaid Ibrahim ( yang ini kalau kena pun lantak le ) bakal dikenakan tindakan disiplin. zahrin kritik DAP dan Lim Guan Eng maka beliau di kenakan tindakan.

3. Jeff Ooi dalam kes di atas telah mengecam Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai pelampau agama kerana beliau menyertai JIM ( jemaah Islamiah Malaysia ). Beliau disingkirkan dari menjadi ahli MPPP oleh DAP kerana hanya menjadi ahli JIM yang dituduh kumpulan pelampau agama.

4. Lim Guan Eng dan DAP hanya diam dan mengatakan ia bukan masalah parti tetapi kenyataan persendirian Jeff. Maka Jeff terselamat.

5. Yang bodoh dan terus diperbodohkan oleh DAP ialah pemimpin Melayu dalam pakatan seperti pemimpin Melayu PKR dan PAS. Juga lihat apabila Karpal Singh mengecam DSAI mengenai isu lompat parti dan mengarahkan DSAI bertaubat. Adakah DAP ada mengambil tindakan tatatertib? Tak ada. Itulah mereka. Yang selalu dan terus dikenakan tindakan ialah melayu-melayu bodoh yang bersekutu dan rela bersekutu dengan DAP.

6. Jadi kepada pengundi muda : Lihatlah permainan DAP ini. Sejak dulu dan selamanya tetap tidak akan berubah. Melayu akan terus selama diperbodohkan DAP selagi mereka dalam PR. Adakah anda tidak melihat dan memikirkannnya. Tunjukkan satu kes ada pemimpin DAP pernah dikenakan tindakan disiplin. baik Si Ronnie Liu, Eli Telanjang dan Teresa kok mengenai azan. Adakah mereka kena tindakan disiplin? Tetapi Hassan Ali kena tindakan kerana mengecam Selcat. Si Ronnie bergaduh dan mengecam PAS dan Hassan Ali dalam berbagai perkara serta sedang dibicarakan pun kes jenayahnya kerana menghalang penjawat awam menyerbu pusat pelacuran dan hiburan. Adakah si Ronnie diambil tindakan oleh DAP. Eli melakukan perkara tak bermoral, adakah dikenakan tindakan disiplin oleh DAP?

7. Tak ada. Mereka akan terus memberi beribu alasan bagi mengelak untuk tidak mengambil tindakan terhadap bangsa mereka di dalam DAP.

8. Yang bodoh nya ialah melayu di dalam PR kerana rela diperbodohkan oleh di DAP dan masih belum sedar mereka diperbodohkan setiap hari.

9. Padan muka anda semua..............

Monday, 25 January 2010

YM TUNKU AZIZ PROMO " DAP PARTI UNTUK SEMUA " : YM TUNKU MIMPI KOT !

( Mungkin inilah gambaran dalam mimpi YM Tunku Aziz dalam melihat Bangsa Melayu kot )




SHAH ALAM - DAP adalah parti berbilang kaum untuk semua rakyat Malaysia, bukan hanya tertumpu kepada kau:m Cina sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat sebelum ini. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, walaupun majoriti ahli dan pemimpin parti ini terdiri daripada kaum Cina, namun DAP tidak pernah ‘menganaktirikan’ bahkan memperjuangkan nasib ahlinya dari bangsa lain termasuk Melayu. Menurutnya, memang diakui ramai orang Melayu menganggap DAP adalah parti untuk kaum Cina kerana melihat pengasas dan pemimpinnya adalah orang Cina. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : DAP? DAP parti untuk semua rakyat Malaysia ? DAP parti berbilang kaum? Satu lagi usaha dan kenyataan bodoh dari seorang melayu bodoh bernama YM Tungku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

2. PG malas nak ulas panjanglah mengenai kenyataan YM Tunku Aziz ini yang juga bekas pengerusi Transperancy International ini. Dia pun tidak transperan. Kelabu asap lagi. PG nak tanya satu perkara sahaja.

3. Kalau lah DAP itu parti untuk semua dan parti berbilang bangsa , cuba berikan satu sahaja perkara yang DAP pernah perjuangkan untuk bangsa Melayu? Kosong. Yang ada diperjuangkan DAP untuk bangsa melayu ialah mereka perjuangkan agar YM Tunku Abd Aziz menyertai DAP dan diperjuangkan agar YM Tunku Aziz ini diberi jawatan yang tidak perlu dibuat pemilihan . Terus lantik sahaja. Keputusan telah di atur awal. Dah nak sangat jadi pemimpin , maka DAP pun berilah jawatan Naib Presiden tanpa kuasa. Yang hanya menjadi kuda tunggangan kumpulan ini sahaja.

4. Itulah satu-satunya perjuangan DAP untuk orang melayu. Dulu DAP berisaha keras agar bekas presiden Cuepas menyertai DAP iaitu Ahmad Nor. Maka masuklah melayu ini ke dalam DAP. Jawatan yang sama juga lah dengan YM Tunku Abd Aziz. Apa yang Ahmad Nor buat dan boleh berjuang dalam DAP untuk kepentingan melayu? Jawapannya , kosong.

5. DAP tetap akan mencari seorang melayu yang boleh dicucuk hidung seperti God Fathernya di Singapura . Sama sahaja kaedah dan peraturannya. Pilih satu melayu yang memang dengan rela hidungnya dicucuk asalkan mendapat jawatan ( walaupun tanpa kuasa ) untuk DAP perkudakan. Setelah kuda melayu ini dilihat gagal menarik dan memperbodohkan melayu lain bagi menyertai DAP , maka pemimpin melayu di dalam DAP seperti Ahmad Nor dan YM Tunku Abd Aziz ini akan mati tanpa tanda / nisan dalam DAP. Begitulah yang terjadi kepada Ahmad Nor. Hilang begitu sahaja.

6. Masa pun tak begitu lama untuk YM Tunku Abd Aziz. YM Tunku ini akan menerima nasib yang sama seperti Ahmad Nor.

7. Sedar, sedarkan dirilah YM Tunku. Cukuplah bangsa kita terus diperbodohkan lagi. Jangan menambahkan lagi senarai panjang melayu yang bodoh dan terus diperbodohkan. Sudah terlalu panjang senarai nama melayu bodoh sejak dari zaman portugis lagi. Jadi jangan YM Tunku memanjangkan lagi senarai ini.

8. Kadang-kadang kesian juga melihat YM Tunku di dalam DAP. Sebenarnya , apa yang ada dalam pemikiran YM Tunku Abd Aziz ini? YM sedang mimpi kot?

Monday, 18 January 2010

LIM GUAN ENG PROMO MALAYSIA SEDERHANA? HANYA TEMBERANG !

( Inilah wajah DAP. Mereka tak pernah berubah )

17 Jan 2010



IPOH, Jan 17 – Lim Guan Eng mengetengahkan pendekatan “Malaysia Yang Sederhana” buat parti itu dan Pakatan Rakyat (PR), usaha yang Setiausaha Agung DAP itu yakin akan menarik pengundi-pengundi berpendirian sederhana untuk membawa ikatan pembangkang peringkat persekutuan tersebut menuju Putrajaya.

Selepas pencapaian dalam pilihan raya umum dua tahun lalu PR kini meletakkan Putrajaya sebagai sasaran mereka yang seterusnya.

Berucap pada Konvensyen Kebangsaan DAP di sini hari ini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa PR perlu mengambil pendekatan sederhana dan melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara sederhana dan lebih bertolak ansur, yang dikenali sebagai “Malaysia Yang Sederhana”.

“Malaysia Sederhana mengutamakan kerjasama bukannya konflik, perundingan berbanding konfrontasi dan sebuah masyarakat inklusif yang sedia berkongsi berbanding masyarakat inklusif yang berasingan.

“Kita tidak mahu (situasi) ekstrem meminggiri dengan pengumuman dan kedudukan yang menakutkan mana-mana rakyat biasa Malaysia,” kata beliau dalam ucapan pembukaan konvensyen yang dihadiri lebih 1,200 perwakilan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Malaysia sederhana? Itulah yang diucapkan oleh Lim Guan Eng di persidangan nasional ke-125 DAP di Ipoh semalam. Nampaknya seolah sama sahaja dengan Malaysian Malaysia . Lihat sahaja visi dan misi DAP di KLIK . Tak ada yang berubah. Ia untuk melunakkan telinga bangsa Melayu / islam sahaja . Sebab itu Misi dan visinya tak berubah. Mereka cakap sahaja.

2. Keserdahanaan yang dicanang oleh DAP ialah persamaan . Itu visi dan misinya. Persamaan / kesamarataan. Tak lebih dari itu. Kesederhanaan yang dituntut ialah :

.Ttiada system kouta dalam segala segi. Semuanya berdasarkan meritokrasi. Itulah perjuangan DAP sejak dahulu.

. Tiada lagi hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Serawak.

. Semua kontrak social seperti tercatit seperti tercatat dalam perlembagaan akan diubah bagi mengujudkan kesederhaaan / persamaan.

. Tiada lagi askar Melayu.

. Tiada lagi bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Cina akan menjadi Bahasa kedua . Lihat ajelah apa yang dibuat mereka di Pulau Pinang mengenai papan tanda.

. Tiada lagi biasiswa untuk bumiputra. Semuanya berdasar merit.

. Peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat akan disamakan.

3. Inilah di antara kesederhanaan yang dimaksudkan oleh DAP. Lihat sahajalah tindakan mereka terhadap apa yang PG bangkitkan di atas. Itulah perjuangan DAP sejak dahulu dan kini serta untuk selamanya. Mereka tidak akan berubah. Hanya slogan sahaja yang berubah dari Malaysian Malaysia kepada Malaysia sederhana.

4. PG amat percaya Malaysia sederhana adalah menifestasi Malaysian Malaysia. Lihat sahaja apa yang Lim Guan Eng maksudkan dengan Malaysia sederhana. “Kita tidak mahu (situasi) ekstrem meminggiri dengan pengumuman dan kedudukan yang menakutkan mana-mana rakyat biasa Malaysia”

5. Itulah keserdehanaannya. Apa yang ekstrem daan menakutkan DAP ( bukan rakyat sebenarnya ). Yang menakutkan dan ekstrem ialah hak istimewa orang melayu, bahasa melayu, askar melayu, Dasar Ekonomi Baru. Semuanya seperti yang PG paparkan di atas. Itulah yang ekstrem dan menakutkan DAP sejak dahulu. Itulah perjuangannya sejak dahulu. Perjuangan mereka untuk kesamarataan. Kontrak social ( perlembagaan ) nak diubah. Tolak ansur nenak moyangnya dahulu dengan nenek moyang kita bangsa Melayu nak diubah dan dipinda. Itulah DAP. Perjuangannya tak akan berubah. Keujudanya hanya satu. Kesamarataan. Tak ada yang sama dalam dunia ini. Allah pun tak ada jadikan sesuatu itu sama. Ia ada pasangan. Lelaki dan perempuan, jantan betina, kuat lemah. Tak ada kesamarataan. Kesamarataan bukan keadilan. Keadilan ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Jika sesuatu bangsa itu berhak atas sesuatu ia wajib menerimanya. Begitulah perlembagaan dibentuk dan bagaimana kontrak social ini digubal. Ada member dan menerima dan berdasar tolak ansur. Ia bukan kesamaratan dan kesederhanaan yang di war-warkan oleh parti perkauman sempit ini.

6. Kita semua jangan tertipu dengan bahasa manis parti perkauman ini. Kata-kata Lim Guan Eng ““Malaysia Sederhana mengutamakan kerjasama bukannya konflik, perundingan berbanding konfrontasi dan sebuah masyarakat inklusif yang sedia berkongsi berbanding masyarakat inklusif yang berasingan” . Anda semua percaya ? Sebahagianyannya hanya penipuan. Siapa yang memulakan konflik? Siapa yang berdemo haram setiap hari sejak dari dahlu. DAPlah raja demo haram ini. 13 mei terjadi pun adalah puncanya dari perarakan haram DAP yang meraikan kemenangannya dalam piliharaya di Selangor dan Kuala Lumpur.

7. Lihat sahaja ayat seterusnya iaitu “ masyarakat yang sedia berkongsi” ( ? ). Bukan DAP yang berkongsi dengan kita semua orang melayu. Tetapi DAP hanya perjuangkan supaya hak kita di dalam perlembagaan wajar diubah untuk dikongsi oleh mereka. Inilah maksud Malaysia sederhana yang dislogankan oleh parti perkauman sempit ini. DAP tidak pernah berubah. Cuma mereka hanya mengubah nada percakapan.

8. Kepada Pengundi muda, berhati-hatilah dengan parti ini dan percakapan mereka. Tiada keikhlasan dalam percakapan dan tindakan mereka. Mereka hanya ubah percakapan dan slogan demi kepentingan politik. Dasarnya tetap sama. DAP tetap DAP. Nak lihat DAP lihatlah PAP di Singapura. Saling tak tumpah. Berapa ramai orang Melayu yang mengetuai jabatan di Singapura? Tak sampai 0.5 peratus. Jadi jangan kita mudah tertipu. Dua tiga ekor melayu dalam DAP sekarang ini hanyalah kuda tunggangan yang hanya ada jasad sahaja. Suara mereka pun PG sekalipun tak pernah dengar.

9. Lihatlah apa yang didesak oleh Lim Kit Siang semalam.( KLIK ) . Beliau mendesak kerajaan menggugurkan rayuan kes Kalimah Allah dan menubuhkan Majlis Perundingan antara agama. Itulah wajah DAP. Hanya untk mereja sahaja. Jadi seperti PG sebutkan di atas, Malaysia sederhana ini, hanyalah sederhana untuk membolot hak orang Melayu seperti yang dipersetujui oleh nenek moyang kita semasa menggubal perlembagaan dahulu. Kontrak social inilah yang hendak disederhanakan. DAP mahukan persamaan . Itulah konsep keserdehanaan yang DAP maksudkan. Tak lebih dari itu.

10. Fikirlah generasi baru. Anda penentu hidup matinya Negara ini, bangsa Melayu dan Malaysia dan agama kita. Kalau namanya sudah DAP , perkauman sempit mereka tetap tidak akan berubah. Dengan kominispun mereka nak sederhanakan. Ketua komunis pun nak dibawa pulang dan diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Itulah DAP. DAP tetap DAP. DAP sama dengan PAP. Hati-hati dan jangan sesekali kita diperbodohkan oleh parti perkauman no 1 di Malaysia ini.

Friday, 18 December 2009

PRETASI PEMIMPIN DAP !


Ini pun nak nilai KPI tak boleh. Mereka hanya layak dinilai sebagai pasukan bola sepak peringkat merebut Piala Wakil Rakyat ( MP atau ADUN ) mereka sahaja.

2. Keseluruhannya prestasi pasukan bola ini adalah paling bawah dan tercorot. Sebab nya, semua perkara tentang perkauman. Tak mahu main kalau satu-satu pasukan itu ada kaum lain. Dalam pasukan mereka tak apa sebab satu ke 2 ekor melayu tu hanya patung. Melayu tu bercakap pun , pasukan ini tolong gerakkan mulutnya. Jika tidak tak bergeraklah mulut dan kaki melayu ini untuk memberi arahan atau menendang bola. Hukuman buang padang kesemua ahli pasukan bola DAP ini kecuali YB Tan Seng Giaw. Dia ini ada otak sikit walaupun masa beri arahan kepada ahli pasukan ada pelat-pelat sikit cakap Melayu nya. Kira ok juga le.

3. Keseluruhan pasukan bola ini , tak layak untuk bermain dalam mana-mana pertandingan samada yang dikelolakan oleh mereka apatah lagi oleh pihak lain. Kira nak gaduh dan nak berdemo tepi padang sahaja. Tapi PG rasa yang eloknya, keseluruhan pasukan bola DAP ini diserap dalam pasukan MyTeam pimpinan si Khairy Jamaluddin kira amat bagus juga le. Boleh le si Khairy Jamaluddin tolong tarbiahkan otak mereka.

4. Salam 1Malaysia. Biar le PAS kata haram pun cara salam ini. PAS ini semuanya haram kalau kena ke orang. Kena ke dia halal pula. Sumpah Saiful haram. Sumpah si Kicdepella tak haram pulak, baiah si Khalid Gereja dan PAS yang lain tak haram pula. Biarlah. Salam 1Malaysia.

Sunday, 26 July 2009

PAPA RONNIE BERANG PADA BLOGGER !






Penghuni Gua : Berang? Nak berang pada siapa papa Ronnie. Kamu siapa nak berang. Tak ada orang takut pun. GRO-GRO mungkin takut kot. Kalau takar pap Ronnie tu , tak hairan.

2. Papa Ronnie kata ada komplot nak jatuhkannya dan semua exco Selangor dan komplot ini cuba merosakkan nama baik kerajaan negeri dan beliau. Baik ke nama Papa Ronnie ini. Tak pernah dengar pun kebaikannnya. Menghalang pihak berkuasa dari menangkap ayam-ayam dan mengambil tindakan pada pusat hiburan ada le.

3. Ini bukan fitnah pap Ronnie. Blog yang mendedahkan rasuah dan kronisme anda dan DAP itu bukan fitnah. Fitnah ini tuduh tanpa bukti. Itu semua nya salinan dokumen asal dan bukti. Tuduhan dengan bukti bukan fitnah papa Ronnie.

4. Fitnah ini seperti anda dan parti anda semua yang kerap menuduh dan memfitnah kerajaan tanpa bukti. Inilah fitnah. Contohnya, sebelum inkues kematian SETPOL semua kamu ini menuduh SPRM membunuh SETPOL. Itu le fitnah namannya.

5. Kalau dah bodoh dan bebal sehinggakan antara fitnah dan tuduhan sebenar tak dapat bezakan letak aje jawatan. Disebabkan bodohlah , maka semua ini terdedah sebab kebodohan anda. Pelindung kelab malam pun boleh jadi YB dan Exco.

6. Tak apa, tak apa , papa Ronnie beriman kata PAS. Mana boleh makan rasuah. Yang rasuah UMNO dan BN aje.


7. Baru rasa pedih dan ngilu kot papa Ronnie. Itu le lain kali jangan sedap mulut aje nak fitnah orang . Kena pantat sendiri penuh tahi sehingga tak tercuci lagi maka anda dah mula tak kering peluh sekarang.


8. PAS Selangor pun, sunyi sepi , tak berani komen bab penyelewengan rakan baiknya. Jika dah mengaku perjuangkan islam, bersuaralah dan berkata yang benar. Mengapa membisu seribu bahasa. Inikah contoh dan teladan mengikut islam. PG tanya saja. Al Maklum, PG bukannya orang beriman, kopiah pun tak pakai, serban tak pakai dan di dahi pun tak ada tanda hitam.


9. Tolong jawab sikit wahai PAS atau penyokongnnya.

PETA PELAYAR