( Kita perlu menunggang , bukan menjadi kuda tunggangan dan juga bukan hanya menjadi kekuda untuk mereka bersandar dan diambil kesempatan )KUALA LUMPUR 29 Jan. - Krisis pakatan pembangkang semakin serius dan merebak ke Pulau Pinang apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim secara keras menyerang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.
Menggambarkan Guan Eng sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran komunis' Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.
Menegaskan bahawa beliau tidak menyerang DAP, Zahrain menyatakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP akan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang sekiranya masih mengekalkan rentak pentadbiran yang diamalkan sekarang.
"Guan Eng tidak suka dikritik. Dia akan segera melabelkan mereka yang mengkritik itu sebagai ejen Barisan Nasional (BN).
"Malah rakan-rakannya dalam DAP juga tidak boleh membantah apabila beliau mengeluarkan pendapatnya," katanya seperti dipetik oleh akhbar The Star, semalam.
Kata Zahrain, antara janji-janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan adalah pengenalan pilihan raya ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sistem tender terbuka.
"Guan Eng mungkin berat hati untuk mengadakan pilihan raya ahli majlis PBT itu kerana ia akan mengurangkan kuasanya apabila rakyat Pulau Pinang boleh menggunakannya sebagai mekanisme untuk menilai prestasi kerajaan negeri.
"Beliau juga berjanji untuk melaksanakan sistem tender terbuka, tetapi telah membuat proses itu semakin teruk apabila dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender," katanya yang mengakui proses semak dan imbang semasa era BN lebih baik.
Tambah Zahrain, setiap kali beliau mengkritik cara pentadbiran Ketua Menteri yang disifatkan seperti seorang diktator, beliau dituduh menjadi ejen UMNO.
"Saya sudah pasti bukan ejen UMNO. Saya cuma tidak mahu melihat pakatan pembangkang bergerak melawan janji-janji yang dibuatnya sebelum ini.Adalah amat memalukan bagi pakatan pembangkang apabila projek-projek dianugerahkan berdasarkan kepada asas siapa kenal siapa," katanya......................................."Beliau juga gagal membawa masuk pelaburan asing meskipun telah melawat ke seluruh dunia untuk menarik pelaburan.
"Pengundi sedang memerhati. Orang Pulau Pinang amat teliti mengenai perkembangan ekonomi," katanya.
Zahrain juga mempersoalkan kewajaran sebahagian ucapan Guan Eng semasa konvensyen pakatan yang dibuat dalam bahasa Mandarin.
"Sebagai pemimpin dalam pakatan pembangkang, beliau sepatutnya menghormati ahlinya yang pelbagai kaum dan berucap dalam bahasa yang difahami oleh semua," katanya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Kesian juga PG melihat pemimpin PKR Pulau Pinang. Rupanya sudah terantok baru nak terngadah.
2. Mereka baru tahu siapa sebenarnya Lim Guan Eng dan DAP. bagi pengundi muda, inilah contoh dan gambaran sebenar " Malaysia Sedehana " yang DAP dan Lim Guan Eng canangkan untuk lunakkkan telinga kita.
3. PG dah mahir sangat dari dulu. Parti yang amat perkauman ini saling tak tumpah , memmintah dan melaksanakan dasarnya seperti PAP dan LKY di Singapura. Middle malaysia? Ia hanyalah Middle untuk keuntungan mereka sahaja. Mereka tidak pernah sederhana pun. Sebenarnya Malaysia Sederhana hanyalah bagi memerangkap dan menghakis hak Melayu agar terus jatuh ke tangan mereka. Inilah kesederhanaan yang dituntut oleh LGE dan DAP selurohnya.
4. Lihatlah ! Apa yang pemimpin Melayu dari PAS dan DAP samada sebagai TKM1 dan exco atau ADUN serta MP boleh buat di Pulau Pinang? Mereka nak bersuara pun tak berani. Pernah anda semua pengundi muda mendengar suara pemimpin melayu dari dua parti ini di Pulau Pinang menyuarakan permintaan dan desakan bagi kepentingan Melayu? Kosong. Tak pernah sekali pun.
5. Sudah 6 bulan TKM1 Mansor menjadi orang no 2 di Pulau Pinang. Apa yang beliau boleh buat. Pernah dengar suaranya untuk membela maruah dan kepentingan Melayu? Kosong. Hanya terima gaji tiap bula ajelah. harapkan PAS ? Dapat jadi Tim Yang Di Pertua MAIPP pun dah rasa besar sangat dan kemudian menyepi sehingga hari ini.
6. Ada ke pernah kita dengar perancangan dan hala tuju pemimpin Melayu dari kedua parti ini untuk membela nasib bangsa melayu kedengaran di Pulau Pinang atau di DUN ? Kosong.
7. Mereka tak lebih hanyalah seekor belangkas yang telah kehilangan ekor . Terumbang ambing di hempas ombak. LGE hanyalah memberikan belangkas ini makan dan sedikit tempat untuk bertelor dan menyedapkan nasib sendiri.
8. Insaf lah pengundi muda. Fikir masa depan anda. Apa yang telah dilakukan dan masih dilakukan oleh PAP di Singapura telah, sedang dan akan terus dilakukan oleh DAP dan pemimpinnya di Pulau Pinang dan seluruoh negeri jika mereka memerintah. Tiada Malaysia Sederhana dalam otak DAP dan pemimpin nya. Mereka hanya mendesak agar kitalah yang sederhana dalam semua segi.
9. Insaflah pengundi muda. PG hanya pencatat sejarah. Itulah bidang pun semasa di Universiti Malaya dulu pun. Hanya pengkaji sejarah termasuk sejarah Asia. hasilnya, itulah wajah sebenar DAP dan pemimpinnnya.
10. Bermula dari hari ini, PG menyeru agar pengindi-engundi muda terus mentalkin DAP dan pemimpinnya serta PKR dan PAS bagi kesinambungan Malaysia yang lebih harmoni. Lihat ajelah sudah hampir 2 tahun setengah memerintah beberapa negeri : Apa pelan jangka panjang yang ada? Kosong. Setidak pun, kerajaan yang ada yang dipimpin oleh DS Najib ada hala tujunya dan diketahui oleh kita ( walaupun mungkin ada kekurangannya ) melalui GTP yang diumukan semalam. Kerajaan telah pun melancarkan Pelan Transformasi nya. Apa yang PR dan DAP buat? kosong.
11. Yang ada hanyalah menyalahkan orang lain dan mencelakakan pemimpin dan pihak lawan mereka. Itu adalah dan melebihi dari segalanya.
