
Penghuni Gua : Terkejut juga PG mendengar mengenai cadangan Lim Kit Siang agar dipanggil satu sidang khas parlimen bagi membincangkan dan menggugurkan tuduhan jenayah liwat DSAI. Satu sidang khas?
2. DAP dan PR selalu memperjuangkan tentang " Rule Of Law ". PR dan DAP juga kerap mencanangkan bahawa kebebasan badan kehakiman perlu dipertahan kan. Mereka salu mencanangkan agar pemerintah tidak mengganggu dan mencampuri proses pengadilan badan ini.
3. Sekarang ? Bila berdepan dengan DSAI dan isu liwatnya , Lim Kit Siang cuba mencari publisiti dan mengalihkan isu. Tidak lain tidak bukan hanyalah bagi kepentingan politik. DAP hanya ingin terus mencucuk hidung DSAI sekiranya PR menang dan memerintah negara selepas PRU13. Mereka akan melakukan perkara yang sama seperti mana mereka mencucuk hidung DS Nizar di Perak sehingga Nizar kemaruk untuk menjadi MB sehingga ke hari ini.
4. Ikhlas ke Lim Kit Siang utnuk membela DSAI? Kalau dalam kes liwat DSAI yang pertama, Karpal Singh lah orang yang pertama membangkitkan di dalam parlimen agar DSAI yang ketika itu sebagai TPM , agar meletakkan jawatan. Mengapa dalam kes liwat kedua ini, Lim Kit Siang dan DAP tidak mendesak DSAI meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang?
5. Jadi ini hanyalah helah dan taktik licik DAP dan pemimpinnya untuk terus melembukan pemimpin melayu dalam PR. Tidak lebih dari itu.
6. Jika mereka semua ikhlas , Lim Kit Siang boleh memanggil sidang parlimen khas bagi menggugurkan semua kes-kes jenayah termasuk kes-kes liwat lain di Malaysia. Mengapa hanya untuk DSAI.
7. Kepada Pengundi muda! Anda lihat dan nilaikanlah tindak tanduk Lim Kit Siang dan pemimpin DAP ini. Sejak dulu dan selamanya perangai mereka tetap tidak akan berubah. Mereka akan gunakan dan melembukan semua pemimpin melayu yang yang sememangnya suka dan benar dilembukan bagi mencapai matlamat utama DAP iaitu Malaysian Malaysia. Ingat slogan ini. DAP tetap tidak akan mengubah slogan ini selagi ada bulan dan bintang.
8. DAP tetap tidak akan berubah. Mereka akan terus menggunakan beberapa kerat lembu melayu bagi mencapai objektif mereka. Nak lihat DAP dan pemimpinnnya ? Lihat sahaja PAP dan pemimpinya di Singapura. Sebijik dan saling tak tumpah.
