
Pemimpin DAP Selangor menjelaskan bahawa penarikan semula sokongan ke atas ahli majlis perbandaran Klang, Tee Boon Hock dilakukan kerana beliau didapati menipu mereka.
Pada 28 Julai lalu, setelah akhbar harian bahas Inggeris, the Star melaporkan seorang ahli majlis telah menyalah-gunakan kepala surat dan cop rasmi, exco Selangor, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak berjumlah RM1 juta untuk 20 syarikat, pemimpin DAP negeri itu bersatu menyokong Tee.
Sidang media Tee bagi menjelaskan dan menafikan dakwaan itu dihadiri oleh pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, timbalannya, Tony Pua, exco kanan Selangor, Teresa Kok dan juga Liu.
Bagaimanapun keesokan harinya, jawatankuasa disiplin DAP mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat dakwaan berkenaan dan diikuti oleh kenyataan Liu bahawa laporan polis akan dibuat ke atas Tee. ..............Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Siapa tipu siapa ni. Dulu DAP termasuk Ronnie Liu, Teressa Kok dan Eng Lian sokong Tee. Apa yang dilakukan Tee tak salah. Ronnie gangster pun bagitahu ia tak ada masalah mengenai surat sokongan tersebut. Sekarang mereka berbelit pulak.
2. Si Ronnie gangster korner baring. Buat repot terhadap Tee kerana kononnya Tee salahguna suratnya. Terresa Kok pulak korner baring juga. Katanya Tee dihukum kerana ada bukti baru. DAP juga korner baring dan memecat Tee.
3. DAP dan Ronnie serta Teresa dan pemimpin DAP lain kata Tee menipu mereka. Tee pulak kata sebaliknya. Jadi siapa tipu siapa ni.
4. Senang aje jawapannya. Keduanya menipu. Tee dan pemimpin DAP termasuk DAP pun menipu. Semua yang DAP dan pemimpinnya bertindak dalam isu ini kerana masing-masing nak selamatkan diri dan parti mereka. Perangkap mereka terjerat ke leher sendiri. Masalah Tee ini, pada pandangan DAP akan menjerut leher DAP dan pemimpinnya.
5. Jadi jawapannya ialah semuanya menipu. SELCAT diam membisu. Tak siasat ke? Ini masalah dan isu besar? Pengerusi SELCAT pun telah diugut untuk dibicarakan kerana memecah lubang dan tembelang DAP dalam isu ini. Mana Khalid Gereja? Tak berkokok pun? Ini bukan masalah DAP tetapi masalah kepentingan umum dan rakyat Selangor. Mengapa diam? Ke mananya Khalifah Umar Ibn Aziz, mana Nik Aziz, mana Shamsul AMK mulut besar tu.? Semuanya menipu rakyat dan diri mereka sendiri.
6. Fikirkan pengundi muda!!! Fikirkan!!! Ini lah rupa dan wajah sebenar parti dan pemimpin puak ini. Itu baru hanya mendapat sedikit kuasa.....Bukan main perangai mereka. Lihat bagaimana kuatnya DAP memelihara Ronnie gangster ini. Sudah berapa kali si exco gangster ini membuat onar. Ada DAP nak mengambil tindakan ke atasnya. Tak mungkin. Ini kerana Ronnie liu mengetahui banyak mengenai tembelang pemimpin DAP yang lain. Jadi sama-sama kena melindungi. Inilah cara parti dan puak ini.
7. Ada 4 ke 5 kerat melayu dalam parti ini dan Pakatan , hanyalah tak lebih dari lembu yang dicucuk hidung. Diseret depan dan kebelakang dan kiri serta kanan. Suara pun tak berbunyi. Lihat ajelah tim Pengerusi DAP dan Naib Presiden Melayu DAP. Hanya tunggul mati . Di sumbat mulut dengan sedikit habuan, melayu DAP ini langsung tak berkokok. Tetapi dalam isu kalimah Allah dan arak , pemimpin melayu DAP ini, wah bukan main bersuaranya.
8. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan masa depan anda. PG hanya boleh mengingatkan sahaja dan tiada keuntungan sedikit pun diambil daripadanya. Fikirkan masa depan anda. Fikirkan!!!!!
