
Kerajaan Pulau Pinang hari ini diminta mempertimbangkan cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua Pulau Pinang selaras dengan hasrat menjadikan negeri ini sebagai bandar antarabangsa pada masa hadapan.
Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) berkata, Bahasa Inggeris penting kerana ia lingua franca (bahasa antarabangsa) yang digunakan oleh kebanyakan negara di dunia.
"Saya tidak menolak Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, tetapi Bahasa Inggeris juga penting dan mohon kerajaan negeri pertimbangkan cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Pulau Pinang," katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Georgetown hari ini. Berita lanjut : KLIK
Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) berkata, Bahasa Inggeris penting kerana ia lingua franca (bahasa antarabangsa) yang digunakan oleh kebanyakan negara di dunia.
"Saya tidak menolak Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, tetapi Bahasa Inggeris juga penting dan mohon kerajaan negeri pertimbangkan cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Pulau Pinang," katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Georgetown hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lihat pengundi Muda. Lihat dan fikirkan apa yang dicadangkan oleh Jagdeep Singh Deo. Fikirkan dalam-dalam apa yang tersirat.
2. Itu baru perintah Pulau Pinang. Dan baru perintah tak sampai 5 tahun pun. Dah berbagai perancangan halus dan sedikit demi sedikit perancangan mereka nak mengikis susur galur budaya dan menghakis sedikit demi sedikit apa yang telah wujud di negara ini.
3. Bahasa Inggeris nak di jadikan bahasa kedua. Alasan bodoh diberi. Untuk jadikan Pulau Pinang sebagai bahasa antarabangsa. Di China dan India, ada ke kerajaan dua negara ini menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua. Tak ada pun. Tetapi New Delhi, Beijing, Shanghai jadi bandaraya antara bangsa juga. Pulau Pinang selama ini pun menjadi bandaraya antarabangsa juga. KL juga bandaraya antarabangsa juga. Melaka, Johor Baru juga menjadi bandaraya antarabangsa juga. Tak ada pun Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua pun di bandar-bandar ini.
4. Itali, Peranchis tak ada pun dijadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetapi seluruh negara berkenaan pun menjadi antarabangsa juga.
5. Apa sebab barua ini membuat cadangan sedemikian? Tak lain, ia adalah rancangan halus untuk menghakis dan sebahagian dari perancangan untuk mengubah apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Walaupun mereka bercakap berlapik, perancangan jangka panjang mereka jelas.
6. Cuba lihat yang siapa yang mencadangkan perkara ini. Bagus ke Bahasa Melayu yang dipakainya? Berapa kerap dia pakai dan gunakan hari-hari? Dahlah semua nama jalan telah diubah dengan ditambah tulisan Cina di Pulau Pinang setelah baru seminggu berkuasa. Masuk ke Pulau Pinang kita pun tak tahu bandar ini berada di mana!!
7. Pengundi muda!!! Ingat !! Ini semuanya perancangan halus mereka dengan menggunkan alasan untuk halalkan tindakan mereka. Bahasa Melayu !!! Ada pernah mereka hormati? Tak pernah pun. Nak ajar pelajaran sejarah pun ditentang. Inikan pulak nak utamakan Bahasa Melayu.
8. Itu baru perintah Pulau Pinang. Kepala mereka nampak sangat dah mengembang besarnya. Lihat ajelah parti GERAKAN pun. Menjadi gunting dalam lipatan kepada BN.( Parti pelacur GERAKAN ini bukan main marah bila ada tunjuk perasaan di depan DUN Pulau Pinag. Tetapi masa DAP dan PKR berpiket di depan parlimen tak pulak GERAKAN bising. Ada apa-apa ke ini? Macam, nak pertahankan DAP je ). Parti ini pun, PG tetap tak percaya akan setia dalam BN. Mereka hanya menunggu masa untuk bersama DAP sebelum PRU 13. Mereka tetap akan pastikan kerajaan DAP ini kekal berkuasa di Pulau Pinang. Siapa perintah mereka tak peduli.
9. Jadi kepada pengundi muda, nak berpolitik, politik juga. Tetapi biar politik kita bijak. Jangan menggadaikan apa yang telah kita ada. Kita perlu pertahankan apa yang telah menjadi milik kita. Kita perlu pertahankan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan.
10. Ingat!!!!! Mereka ini semua, jari lurus , kelingking berkait. Cukuplah DAP dah memperbodohkan beberapa kerat melayu di Malaysia dan di Pulau Pinang selama ini. Jangan lagi ada Melayu lain lagi yang diperbodohkan. Sedar sebelum terlambat!!!!
