
Amanat Haji Hadi Awang yang dikeluaru kan olehnya dari sat sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Amanat Dato Haji Abdul Hadi Awang
“Saudara-saudara sekalian!”
“Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.”
“Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”
“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.”
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Kuala Terengganu,7 April 1981.
Penghuni Gua : Sekadar " refresh " . Kadangkala pemimpin dan penyokong PAS ini lupa dan menafikan apa yang dikatakan. Amanat ini kalau tak sama pun , ia dianggap oleh pemimpin dan pendokong PAS macam ayat suci dan hadith Nabi.
2. Siap dicetak dan di bingkaikan. Di letakkan di segala sudut rumah. Kalau di pasar malan dan kedai-kedai chokia ini jangan cakaplah. Kasetnya pun berkumandang dari lepas subuh hinggalah ke suboh semula.
3. Semasa PG di UM dulu pun, jangan cerita lagi. Kita yang pakai seluar jeans ( tahan lama sebab itu pakai jeans dan 2 minggu sekali basuh ) dipandang oleh mereka ini dengan sebelah mata aje.
4. Menentang dan menyanggah amanat ini pun dikafirkan. Bermula dari itulah ujudnya sembahyang dua imam ( di Besut dan Pasir Putih Kelantan punmasih ujud hingga kini ) , kenduri kendara yang bukan PAS mereka tak akan pergi , sembelihan bukan PAS pun tidak dimakannya kerana haram. Sebab yang sembelihnya UMNO yang dikafirkan oleh TGHH.
5. Akhirnya , hapah pun tak ada apa sekarang dan sudah takut nak didendangkan oleh TGHH atau semua pendokong PAS. Kalau betul amanat itu, mengapa tidak didendang hingga sekarang?
6. Minta jawab sikit?
Nota : Ayah PG pun adalah pemimpin PAS Daerah Kuantan yang tegar juga ( tetapi tak adalah kasar dan memaki hamun orang. Tak pernah. Cakapnya pun tak berapa nak dengar / amat perlahan ) . Tetapi kerana Amanat inilah beliau terus berdiam diri serta menjauhkan diri dari PAS. Ini yang amat melukakan hatinya seperti mana di bisikkan kepada PG sebelum beliau kembali ke rahmatullah.
Juga kerana beberapa penyelewengan pemimpin PAS tempatan dalam hal duit simpanan pengikut PAS yang akan ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji pada masa itu ( 1980an ) yang digelapkan oleh beberapa pimimpin PAS di Pahang dan Kuantan pada masa itu. Simpanan duit ahli PAS ini hanya ditulis dalam buku 555 sahaja. Akhirnya , ahli-ahli PAS menangis tak berair mata. Ada lagi pun pemimpin itu. Cuma kurang aktif sekarang.
