Tak tahulah apa akibatnya nanti.Ini bukan perkara kecil.Ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad telah mengambil pendirian yang ‘realistik’ di celah polimek undang-undang hudud antara DAP dan PAS yang semakin mencalar imej parti itu.
Pendiriannya yang nampak melawan arus dari cakap Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pimpinan PAS lain asalnya dipancarkan menerusi laman twitter.
Mulanya ramai yang kurang yakin bila dalam mesej twitter itu pagi Selasa beliau mengajak pakatan rakyat segera menghentikan polimek mengenai hukum hudud itu.
Baginya ia akan menjadi ‘ self destructive’ yakni merosakan pakatan itu sendiri.
Mana tak rosak kalau orang kuat DAP Karpal Singh,Lim Kit Siang dan lain-lain tetap tidak berganjak menolak hajat PAS nak laksanakan undang-undang hudud tetapi kalangan pimpinan PAS tetap mempertahankan.
PAS akhir-akhir ini nampak agak jelas kelamkabut dalam menghadapi ketegasan DAP hingga setakat hanya boleh beri alasan mereka menolak kerana tidak faham kaedah hukum hudud sebenar sedangkan satu dunia tahu isu ini sudah bertahun-tahun menjadi bahan polimek antara kedua parti.
Apakah sejak tahun 2001 bila isu ini menjadi pertikaian antara PAS dan DAP ia tak selesai-selesai dan DAP masih belum faham lagi sampai sekarang?
Ini yang menjadi tandatanya ramai ketika Nik Aziz dan beberapa pimpinan PAS termasuk Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi tetap kata mereka yakin DAP dapat menerimanya jika dapat penerangan yang betul.

Keadaan menjadi bertambah buruk bila Karpal Singh menempelak Nik Aziz dengan menyatakan bukan beliau seorang saja dalam DAP menolak hukum hudud sebagai menjawab reaksi Menteri Besar Kelantan sebelum itu kata bahawa penolakan itu cuma pandangan peribadinya ( karpal Singh) dan beliau seorang saja orang DAP yang bising mengenainya.
PKR melalui Pengarah Komunikasi parti itu Nik Nazmi Nik Ahmad pula telah menambah luka bila berkata bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan.
Dr Zul kemudiannya dipetik oleh Malaysiakini petang Selasa sebagai mengingatkan jika polimek ini tidak dihentikan ia akan mengakibatkan berulangnya lagi kejadian dimana DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana pertikaian isu berkenaan.
Katanya para pemimpin pakatan harus belajar dari sejarah dan elak berulangnya kejadian itu.
Beliau mengajak mereka berkerja dalam Rangka Dasar Bersama yang dipersetujui oleh pakatan itu Disember lalu dan tidak mempromosi pendirian parti masing-masing yang diluar rangka berkenaan.
Kenyataan Dr Zul setakat itu masih boleh dinilai satu peringatan biasa dalam arina politik yang melibatkan beberapa buah parti yang ada matlamat bersama.
Namun bagaimana pula dengan kenyataan beliau selanjutnya ini ?
Ini bunyinya macam pengakuan Ahli Jawatankuasa Pusat itu sendiri bahawa kalaupun PAS menang semua kerusi dalam pilihanraya umum Mac 2008 ia masih tidak dapat melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan negara Islam tanpa sokongan PKR dan DAP. Katanya bagi PRU ke 13 agenda itu tidak semestinya dengan segera menjadi relevan kerana PAS bukan bertanding secara sendirian.
Menurut Dr Zul selagi DAP menentang undang-undang hudud dan negara Islam manakala PAS menentang negara sekular mereka bertengkar sampai kiamat pun...BN dan UMNO akan memerintah Malaysia dan pakatan boleh lupakan hasrat nak ambilalih kerajaan.
Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan itu dalam bahasa mudah ialah beliau mengajak pimpinan pakatan jangan bising pasal pendirian parti masing-masing kalau nak menang pilihanraya umum ke 13.
Kata-katanya nampak agak senada dengan Karpal Singh yang berkata “Adalah salah bagi PAS untuk goncang perahu terutama bila masanya sudah masak bagi pakatan rakyat mengantikan Barisan Nasional di peringkat pusat dan menjadikan BN pembangkang.”
Soalnya boleh ke PAS memenuhi hajatnya untuk laksanakan undang-undang hudud dan tubuh negara Islam...katakan pakatan rakyat menang PRU 13 ?
Mengambil kira dari pengakuannya kalaupun PAS menang semua kerusi dalam pilihanraya umum Mac 2008 ia masih tidak dapat melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan negara Islam tanpa sokongan PKR dan DAP…jawabnya sudah terang lagi bersuluh.
Ini kerana PAS kena berdepan dengan DAP dan PKR yang siang-siang kata tidak setuju.
Dari sini siapa saja yang sihat walafiat dan ' celik' sudah boleh bayangkan kemungkinan porak peranda dan puting beliung yang akan melanda kerajaan pakatan rakyat kalau ia ditakdirkan menang.
Kecualilah PAS sedia tunduk…dan gugurkan hajat yang didendangkan selama ini sebagai asas perjuangan parti itu.
Kalau begitu jadinya…jawabnya PAS - tanpa modal agama - bukan saja ‘tinggal tulang’ malah mengesahkan dakwaan selama ini yang mengatakan parti itu cuma mengunakan agama untuk tunggangan politik.
Mahukah Nik Aziz tunduk? Sanggupkah Datuk Seri Haji Hadi Awang dan lain-lain pimpinan PAS menanggung malu.
Juga bagaimana agaknya nanti nak berdepan dengan para penyokong PAS diserata ceruk yang selama ini begitu yakin parti itu adalah laluan mereka ke syurga jika terpaksa angkat bendera putih pada DAP dan PKR...kerana mengidam kerusi empuk di Putrajaya.
Cakap memang senang…tetapi rasanya lebih senang cakap terus terang dari sekarang macam Dr Zul.Tak gitu? - 24/8/2010
Penghuni Gua : Tulisan ini ada kaitan dengan tulisan PG sebelumnya. Ia mengenai kemunafikan pemimpin PAS dalam perjuangan. Mereka lebih pentingkan habuan dan keuntungan politik.