FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / JENAYAH / KOYAKUTEE. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / JENAYAH / KOYAKUTEE. Show all posts

Thursday, 14 October 2010

AKUAN SUMPAH RASHID : MULUT MAJLIS PEGUAM DAN SUHAKAM NAIK KURAP KE ?





Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13/10/2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.

Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI.

Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya.

Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia.

Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut.

Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.
Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri.

Rashid

Penghuni Gua : Apa lagi Majlis Peguam. Mengapa diam membisu. Dah dua repot polis dibuat tentang perangai buruk dan salahlaku yang dbuat oleh para peguam dalam hal akuan bersumpah ini..

2. Masih diam lagi ke? Tak nak ke cadang ditubuhkan satu suruhanjaya ke atau jawatan kuasa siasatan ke bagi siasatan berkaitan penipuan akuan bersumpah oleh para peguam? Ini menyentuh perkara yang mempunyai kepentingan ramai.

3. Biasanya Majlis peguam cukup pantas mencadangkan berbagai suruhanjaya atau meminta para menteri meletak jawatan jika ada sesuatu ius . Dalam hal ini mengapa diam membisu. Ke mana telor Majlis peguam.

4. SUHAKAM pun selama ini bukan main ke depan jika ada sebarang isu. Mungkin SUHAKAM akan jawab bahawa tiada lapuran yang dikemukan kepadanya. Tak boleh ke lapuran akhbar dan lapuran polis yang dibuat oleh Rahimi dan Rashid ini dijadikan asas untuk memulakan sebarang enkuiri? Selama ini kalau yang menyentuh kerajaan bukan main SUHAKAM berperanan. Sampai ke dalam istana negara yang begitu rahsia pun SUHAKAM nak korek samapi habis. SUHAKAM ini berada di platform bebas ke atau bercakap dan berdiri di platform pembangkang?

5. Juara hak asasi dan kebebasan asas semuanya diam. PR seperti PAS, DAP dan PKR jangan haraplah. Semua mulut mereka dah naik kurap. Mengapa ustat-ustat PAS ini diam membisu. Konsert Lambert sibok sangat. Bab penipuan dan perangai buruk loyar ini tak berbunyi pulak. Islam benarkan begitu ke ? Yang PG faham kita kena bercakap benar walaupun pahit! Bukan bercakap hanya atas dasar poltiik. Salah tetap salah.

6. Mana Prof-Prof yang amat vokal sebelum ini seperti Aziz Bari tu!!! Tak ada komen ke! Mana Mahfuz, Tantawi dan pakar-pakar undang-undang dan pejuang hak asasi .

7. Dengan lain kata: Mulut mereka ini semuanya dah naik kurap. Dalam hal begini besar semuanya membisu. Jika tidak : Aku lah juaranya. Yang jelas , semuanya hipokrit.

8. Itulah yang PG selalu katakan, mereka ini semuanya pandai bercakap dan kritik aje, bila masa perlu tindakan, habok pun tak ada. Semuanya atas kepentingan politik . Serban sebesar bakul pun dan bercakap islam hari-hari pun, cakap menipu dan berbohong hari-hari. Jadi apa bezanya?

Nota : Kepada Koyakutee, asslamualaikum. Kepada DSAI : Asslamualaikum. Sungai Buloh tetap setia menanti anda. Allahtak pernah mungkir janji. Akhirnya kebenaran terdedah sedikit demi sedikit . Bukan orang lain yang dedah. Orang mereka sendiri juga. Apa natijahnya?

PETA PELAYAR