FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / KESELAMATAN. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / KESELAMATAN. Show all posts

Friday, 18 February 2011

PERANGKAP BODOH SUARAM !!!!!






Kongsi 53NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

"Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E (kanan).

Penghuni Gua : Perangkap maut dan perangkap bodoh SUARAM.

2. Dia ingat Tun Mahathir tu bodoh kayu macam mereka kot.

3. Bodoh punya SUARAM.

4. ISA penyelamat agama, bangsa dan negara. Hidup ISA !!!!!!

Thursday, 15 July 2010

CURI PASIR : TPM BERSUBAHAT ?






Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim. ...........................................................................................................................................

"Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula," katanya dalam satu sidang media selepas persidangan DUN Selangor hari ini................ Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pulak dah. Senangnya kerja seorang MB dari PR ini. Semua cuci tangan dan tolak dan tepis. Senang nya kerja MB di negeri PR. Ada masalah , salahkan kerajaan terdahulu. Maklumlah , mereka suci bersih.

2. Untuk makluman YAB MB Selangor, bab pasir ini adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Banyak lagi kerja lain yang nak dibuat oleh pihak polis selain nak tangkap orang curi pasir. Ini kerja pejabat daerah dan PTG. Mereka tidor dan makan duit haram ke? Makan duit haram ni bukan nanti makan rasuah. Beri tugas dan tanggungjawab tetapi tak laksanakan, makan duit haram juga namanya.

3. MB ini sepatutnya arahkan PTG dan pejabat daerah untuk bertindak mengenai hal ini. Ini " baby anda" . Buat kerja anda dahulu. Polis hanya membantu. Anda dahulu yang ke depan.

4. Kepada MB Selangor!! Sila pakai otak yang Allah berikan!!! Arahkan PTG anda untuk membenteras hal ini. Curi pasir ini bukan nya susah sangat nak lihat. Sambil lalu lalang aje pun dah tahu. Cuma yang jadi masalah, bila PTG atau kakitangan atau orang dari PR yang terlibat dalam kegiatan ini. Itu yang kadang kala PTG pun takut.

5. Kepada kepimpinan PR Selangor dan Malaysia keseluruhannya , terutama Mahfuz, Tantawi, Idris Ahmad , Shamsul AMK tu, tak mahu ke berdemo mengenai kecurian pasir ini? Atau tak mahu ke berarak ke Istana Selangor bagi serahkan memorendum tentang kecurian ini?

6. Atau mereka desak untuk tubuhkan Suruhanjaya siasatan bebas atau Suruhanjaya Siasatan Di Raja ke? Kalau kerajaan pusat, bukan main desak mereka tubuh itu dan ini. Sudah le, semua ini pejuang tahi kucing aje. Semuanya mempunyai agenda pintu belakang aje.

7. Kepada SUHAKAM! Ini juga melibatkan Hak asasi manusia juga. Boleh menyebabkan kehidupan kami di Selangor dan KL akan terjejas kerana eko sistem musnah. Tak mahu siasat ke? Kalau bab istana dan isu yang melibatkan kerajaan BN, cepat sangat SUHAKAM ini bertindak.Tak ada lapuran resmi pun, berlari menyiasatnya. Ada apa-apa kot !!!

Nota : Nanti kalau polis siasat atau SPRM siasat dan tangkap mereka yang curi pasir, MB dan pemimpin PR juga akan kata ini komplot kerajaan BN nak menyerang karajaan PR. Ape le!!!!!!!!!!

Friday, 30 April 2010

TAHNIAH TAN SRI MUSA HASAN !




Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat."Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.

"Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap."Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.

Penghuni Gua : Tahniah Tan Sri, Tahniah. Sudah lama suara ini kami nantikan sebagai orang awam yang sentiasa mementingkan keselamatan . Pedulikan mereka semua yang cuba mengambil kesempatan politik dari isu ini.

2. Pandangan begini sepatutnya dan sewajarnya keluar dari dahulu lagi. Ramai sangat nak mengambil kesempatan dan kepentingan politik dari isu ini.

3. Tahniah Tan Sri atas pandangan ini. Keselamatan anggota polis lebih utama , Tan Sri. Ambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan dari isu ini. Kepada pihak polis seluruh negara : teruskan tugas anda. Anda di kedudukan yang benar. Ramai lagi di luar ini yang masih menghargai usaha dan komitmen anda. Teruskan usaha anda untuk menjaga keselamatan bumi tercinta ini.

Tuesday, 29 December 2009

PENDEMO HARAM DI CHINA DI PENJARA 18 TAHUN : MALAYSIA ADALAH TERBAIK ?






BEIJING 23 Dis. - Seorang daripada penentang kerajaan China yang terkenal, Liu Xiaobo berdepan dengan dakwaan subversif dalam satu perbicaraan hari ini yang mencetuskan rasa berang aktivis tempatan dan kerajaan antarabangsa terhadap kekerasan Beijing ke atas musuh politiknya.

Xiaobo dituduh 'menghasut aktiviti subversif' dengan menerbitkan esei yang mengkritik Parti Komunis yang memerintah di dalam Internet dan membantu menganjurkan petisyen 'Piagam 08' yang menuntut pembaharuan demokrasi dalam negara yang diperintah oleh satu parti ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Penentang dan pendemo haram haram ini akhirnya dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada 26 dis 2009.

2. Apa ikhtibar yang boleh kita ambil?

3. Malaysia juga yang terbaik. Kepada mereka yang tidak sedar diri dan masih mengecam dan kerap mengatakan Malaysia tidak bebas, tidak demokrasi, kejam, melanggar hak asasi manusia dan berbagai kecaman lagi kepada kerajaan harus melihat perkara ini dengan hati terbuka.

4. Malaysia juga yang terbaik. Kekurangan yang ada pada kerajaan kita bukan menjadikan satu alasan bagi menukarkannnya dengan sesuaru yang belum pasti. Kekurangan dan kelemahan kerajaan Malaysia kalau ada ( memang ada ) boleh diperbaiki dari masa ke semasa dan berbagai saluran serta cara untuk kita rakyat Malaysia memperbaikinya dan ruangnya disediakan oleh kerajaan.

5. Kepada penentang dan pendemo haram di Malaysia dan kepada mereka yang sentiasa tidak puashati dan kepada yang sering menuntut persamaan hak, pergilah ke negara China atau jiran kita Singapura atau Thailand, atau Kemboja dan pergilah ke mana di dunia ini. Jika anda membuat onar dan bercakap banyak di sana, anda semua tidak pun sempat mengeluarkan 10 perkataan pun apatah lagi mengecam pemerintah, mempertikai hak peribumi dan agama resminya. Dengan 10 perkataan pertama pun anda semua sudah terhumban ke penjara .

6. Malaysia juga lah yang terbaik. Kita semua boleh terus memperbaikinya bukan menjatuhkannnya. PG bangga menjadi rakyat Malaysia dan bangga dengan kerajaan yang ada. Kita adalah rakyat bertuah. Bertuah dalam semua segi. Cuma ada segelintir rakyat dari berbagai bangsa yang semakin besar kepala. Ada juga saudara sebangsa dan seagama yang kepalanya pun semakin besar setelah mengecapi nikmat pembangunan . Mereka kerap dan selalunya lupa dan terus lupa....

7. Fikirkanlah. Malaysia juga yang terbaik.

PETA PELAYAR