FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / MCA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / MCA. Show all posts

Saturday, 30 April 2011

TAK LAYAK PUN !!!!!!!






MELAKA 29 April – MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: MCA akan tolak jawatan kabinet dan PBT? Pada pandangan PG, bukan MCA akan tolak jawatan di atas , tetapi yang sebenarnya pun, tak layak langsung memegangnya. Tak ada pun lebih baik.

2. Ada jawatan tetapi tak ada asas dan autoriti untuk memegangnya. Kalau harap memegang jawatan menteri dengan ehsan kerajaan melalui perlantikan sebagai senator tak usah cakap banyaklah. Sama ajelah dengan Sharizat tu pun. Buat semak aje. Dahlah kalah, tapi otak pun tak ada dan memberi kebaikan kepada rakyat. Harap berpegang kepada talian hayat sebagai ketua wanita UMNO aje. Kalau bagus tu , lainlah kiranya.

3. Tak ada wakil dan tak berwakil di kabinet dan PBT juga adalah lebih baik. Baik dan memberi isyarat dan biar pengundi cina tahu langit tinggi ke rendah bila tiada wakil dalam kerajaan. Biar semua mereka ini pergi mengadu hal dengan kerajaan PR atau lelaki Y. Kita sama-sama lihat, boleh atau tidak pemimpin dan lelaki Y ini selesaikan.

4. PG harap dan berdoa agar MCA kekal dengan keputusannya. Dan memang patut begitu pun. PRU13 ini pun , MCA nak dapat 10 kerusi MP pun semput. Itu pun kalau dapat sepuluo kerusi MP, hanya ditempat bilangan pengundi Melayu majoriti.

5. Yang baiknya , MCA jangan bertanding langsung. Samalah juga dengan GERAKAN tu pun. UMNO dan BN , masih boleh berfungi tanpa mereka. Tak ada hal. Pok Nik pun, memerintah Kelantan dengan hanya kelebihan 1 undi aje pun. Dululah !!!! Tak ada hal pun.

6. Tak gitu ?

Friday, 8 October 2010

BYE, BYE !!! ADA PUN BUAT SEMAK AJE!!!!




Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai PKR.

Lee, yang popular dengan panggilan "doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dari parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bye bye. Ada pun buat semak aje. Baik tiada dari ada.

2. Lagi baik adanya, kalaulah dapat MCA juga termasuk GERAKAN , bye bye sama. senang. Nak juga lihat sejauh mana mereka boleh berdikari. Si ayam ni pun bukan apa,hanya ayam aje. baguslah berkumpul dalam PKR tu, parti bagi makhluk yang bermasalah aje. Sertailah mereka jika anda semua bermasalah. Selesai masalah anda dan selesai juga masalah BN.

3. Tak gitu?

Wednesday, 4 November 2009

NAUDAPREP ( EJA DARI KANAN ) ?


!@%^&*()(*&^%$#@#$%^&*()(*&^%$#@#$%^&*

Thursday, 27 August 2009

EGM BAGI UNDI TAK PERCAYA UNTUK ONG : SETUJU !




Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG amat, amat setuju. Segerakanlah kalau boleh.

2. Ada dia pun bukan boleh membawa kebaikan. Buat letih PM dan TPM aje. MCA dah dijahanamkannya . Jika lambat singkirkannya boleh jahanamkan BN pula. Segerakan.

Sunday, 26 July 2009

MCA : TIM. PRESIDEN TEGUR PRESIDEN !





Penghuni Gua : Biasa lah Mr Chua. Inilah taraf dan standard Presiden yang MCA miliki. Kerjanya tak lain hanya memperli orang ( PG tambah satu dari yang disebut oleh Chua ), orang nak jatuhkannnya, orang nak bunuhnya dan juga memperlekehkan orang lain.

2. Bab ini KPI presiden anda melepasinya. Tahniah.

3. Adakah Chua baru mengetahuinya ? Ketahuilah. Tak percaya, percayalah. Hanya UMNO kesaorangan ( itupun PM dan TPM aje yang bertungkus lumus ) untuk menarik sokongan bukan melayu terhadap BN.

4. Harapkan komponen BN. Uuuuewekkkkkkkkkkkkkkkkkk. Nak muntah melihatnya.

Sunday, 19 July 2009

CHUA JUI MENG KE PKR : TAK USAH SEDIHLAH ONG !




Penghuni Gua : Apa yang dato Ong Tee Keat naks edih dsangat apabila Chua Jui Meng berhijrah ke PKR. Biarkanlah. Lagi bagus tak ada musuh dalam selimut. Dapat kurangkan konflik dalam parti.

2. MCA bukan kuat sangat dan memang tak berupaya untuk menyelesaikan konflik di bawah kepimpinan Ong. Asyik bergaduh tak berhenti. Masalah dengan Tim. Presiden pun tak boleh nak selesaikan lagi.

3. Jadi baguslah dengan penghijrahan Chua tersebut aman sedikiit konflik dalaman MCA. Masalah MCA dan GERAKAN, MIC juga memang pun selam ini tak boleh diselesaikan oleh Ong. Semuanya diselesaikan oleh PM dan pemimpin UMNO. Tapi jika mendengar cakap pemimpin mereka ini, Gunung Kinabalu pun rasanya boleh dimakan dan ditelan oleh mereka.

4. Apa lagi tindakan dan perancangan nak tarik sokongan orang cina supaya sokong BN. Kosong usaha mereka ini. Yang ada adalah ucapan dan desakan bodoh dan perkauman adalah. Suara mereka pun kadang kala seperti pembangkang. Yang selebihnya hanya pandai minta pemimpin UMNO minta maaf je.

5. Yang lain-lain lagi : KOSONG.

Thursday, 16 July 2009

CHUA JUI MENG KELUAR MCA ? BIARKAN !





Penghuni Gua : Chua keluar MCA? Kepada MCA dan Pengerusi BN, Biarkan dia pergi. Tak perlu BN atau pemimpin MCA memujuk beliau. jangan sesekali menyimpan mereka yang tidak ada kesetian kepada perjuangan parti.

2. Biarkan dia keluar dan mendapat mimpi baru. Perjuangan yang hanya untuk mendapatkan tempat dan jawatan ini tak akan ke mana. Menyimpan orang sebegini akan lebih membawa bahaya. Ia akan menjadi musuh dalam selimut.

3. Biarkan dia pergi. Biar dia berkembang dengan parti baru pujaannya. Biarkan, biarkan, biarkan!

4. Inilah kot hasil kecemerlangan Ong Tee Kiat.....................He he he he he...........

Friday, 12 June 2009

PUNGUTAN SUARA YB ONG TEE KEAT : MENGAPA DIPADAM ?


Utusan Malaysia

Pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dikeluarkan dari blog Ong Tee Keat
12/06/2009 5:37pm

KUALA LUMPUR 12 Jun — Satu pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.

Respons pertama kepada pungutan suara “Adakah Perlu MCA Keluar BN"

dikemukakan pada 27 Ogos tahun lepas sewaktu Ong masih belum menjadi presiden parti itu. Setakat semalam, pungutan suara itu berjalan sperti biasa.

Akhbar harian berbahasa China, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan bahawa 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar dari Barisan Nasional.

Bagaimanapun, bahagian pungutan suara itu telahpun dibersihkan pagi ini dan tiada soal selidik yang ditinggalkan di dalamnya. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Mengapa dibuang dan dibersihkan dari blog anda ? Mengapa Dato Ong Tee Keat? Nak uji pasaran? Atau anda dayus dan cuba menggugut BN / UMNO ? Atau Bla, bla, bla bla bla bla bla bla bla bla...................Mengapa dulu dibuat pungutan suara sekarang buangkannya dari blog anda? Kalau nak buang atau bersihkan mengapa tidak dari dulu?


2. Atau adakah YB Ong cuba menikam curi / menikam dari belakang secara lembut kepada BN.

3. Banyak persoalan yang bermain difikran PG mengapa pungutan suara itu dibuat dan kemudian dipadamkan. Adalah amat dangkal cara berpolitik dan juga kalau dilihat dari segi bersahabat . Cara pengutan suara itu dibuat dan kemudian dipadamkan menampakkan ketidak jujuran pemimpin utama MCA ini.


4. Kerap kali kita menyaksikan sifat keanakkan beliau dalam berpolitik. Baik semasa ia berpolitik dalam hal dalaman MCA atau dengan BN / UMNO.


5. Cadangan, cara bercakap, cara berfikir dan cara menangani satu isu dan krisis amat kebudakan / keanakan dan menunjukkan betapa mentahnya pemikiran beliau dan tak sepadan dengan tarafnya sebagai Preseden MCA dan merupakan parti paling kanan dalam BN ( MCA pun semasa zaman Tun Mahathir pernah diberi kepercayaan menjadi PM Malaysia oleh Tun Mahathir selama bebarapa jam bagi menyelesaikan krisis berkaitan dengan pengharaman UMNO satu ketika dahulu . Tun amat menghormati dan amat percaya sekali , bahawa Tun Ling Liong Sik yang pada masa itu Presiden MCA tidak akan belot dan akhirnya Ling Liong Sik menyerahkan semula jawatan PM kepada Tun Mahathir setelah pendaftaran UMNO ( Baru ) di daftarkan. Sehingga kini , inilah jasa besar yang Tun M serta semua orang UMNO amat menghormati dan amat menyanjung presiden -presiden MCA sebelum itu. ) .


5. Kecuali semasa presiden sekarang, nak memandang presiden ini pun kita semua naik menyampah apa lagi nak dengar ucapannya.


6. Dengan pungutan suara ini menampakkan MCA / Presidenya ini cuba memancing dan merancang strategi atau melihat untung atau rugi berada dala BN. Presiden ini cuba melihat sokongan terhadap MCA jika keluaar dari BN. Dan berbagai andaian boleh dibuat.


7. Apabila kecoh mengenai hal ini dalam masa 1 hari , pungutan suara ini dipadamkan dengan keputusan 76 % menyokong MCA berada diluar BN.


8. Mungkin juga Ong pada awalnya juga , akan membawa dapatan pungutan suara ini bagi menuntut perkara tertentu dari UMNO. ( dengan lain perkataan menggugut secara terhormat ).

align="justify">
9. Kepada YB Ong : Jika anda merasakan BN sudah tidak sesuai lagi menjadi rakan kongsi utama, maka istiharkan secara terbuka . Jangan berlindung dengan blog dan pungutan suara di dalamnya. Istiharkan dari sekarang. Jangan jadi duri dalam daging dalam BN. Kita lihat ramaikah pemimpin MCA lain yang akan bersamannya.


10. Contoh terbaru dah ada minggu lepas. Kayveas / PPP yang asyik menggugut BN selepas PRU ke 12, akhirnya menjilat balik muntahnya dengan melafazkan taat setianya kepada PM dan BN.


11. Jika anda masih ingin menjadi rakan kongsi dalam BN, berhemahlah dan matangkan diri anda seperti ( kalau tak lebihpun biarlah sama ) presiden-presiden MCA yang terdahulu. Mereka ini amat disenangi oleh orang melayu dan semua bangsa. Tutur katanya baik dan berpesonaliti. Presiden -presiden MCA terdahulu , kami semua rasakan mereka juga adalah pemimpin kami orang melayu juga. Tidak seperti sekarang, perasaan itu amat jauh dan boleh dikatakan tak ada perasaan tersebut langsung di dalam hati kami.


12. Jadilah seperti pemimpin MCA terdahulu. Berpesonaliti, jujur, diplomasi, ikhlas dalam percakapan, bijak dan amat disengani oleh semua.


13. Berhentilah dari sifat keanakkan anda tersebut. Memalukan. Kalau dah banyak idea sangat , cuba buat pungutan suara bagaimana caranya MCA boleh menjadi parti yang akan disenangi oleh orang cina di Malaysia. Dari situ anda boleh bertindak untuk meranagka pelan Strategi MCA bagi membawa MCA kepangkuan orang Cina seperti semasa kepimpinan MCA terdahulu.


14. Fikirkanlah YB Ong: sebelum terlambat. .................................

PETA PELAYAR