Para pemimpin MCA berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.
Sejak malam tadi, ibu pejabat parti telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kenyataan pelbagai pemimpinnya yang menyokong kenyataan Chua bahawa MCA akan "membincangkan" kedudukannya dalam kerajaan jika prestasinya seburuk dalam pilihan raya umum 2008. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tak usah kaji-kaji. Nak kaji apa lagi. Berambus aje. Ada pun buat semak aje MCA ini. Sehingga kini pun , bukannya mereka buat apa pun untuk membantu DS najib bagi memulihkan BN. Tahu mengecam dan mendesak itu dan ini aje .
2. Takat ini, apa usaha MCA nak memulihkan diri mereka sendiri atau BN. Kosong. Yang tahu hanya menikam BN dan DS Najib. Bercakap pun macam pembangkang / DAP.
3. Jadi kepada MCA atau parti lain dalam BN yang sepertinya, baik berambus aje dari BN. Ada pun bukan bawa untung.
4. BN boleh lagi memerintah Malaysia tanpa MCA pun. PG cadangkan , ada baiknya MCA bergabung dengan DAP. Bukan apa, suara mereka pun memang sama aje dengan parti jahanam DAP tu. Akhbar mereka pun , sama juga. Hanya mempromosi DAP dan mainkan isu perkauman. Ada MCA ambil pot terhadap akhbar STAR milik mereka. Nak termuntah kita dibuatnya kalau kita membaca akhbar ini. Macam akhbar roket. Tak ada beza langsung.
5. Jadi berambuslah cepat sikit. Ada pun buat semak DS Najib aje !!! Tak gitu ?
