KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini berkata kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir "dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri." Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lagi seorang Melayu dikorbankan kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan rasis. Ia melibatkan Pegawai Khas kepada PM.
2. Betul ke kenyataannya rasis. Atau kenyataannya dipetik separuh-separuh dan didengar pula oleh mereka yang berotak rasis. PG percaya, yang melapur dan yang mendengar itu yang rasis dan mereka ini terlalu rasis.
3. Minta kawan-kawan blogger, dapatkan kenyataan penuh ucapan pegawai khas ini bagi kita melihat bersama betul atau tidak beliau mengeluarkan kenyatan sebegitu.
4. Kebiasaannya, Kalau Melayu yang keluarkan kenyataan semuanya rasis. Cuba lihat dalam akhbar roket dan akhbar cina di Malaysia. Apa yang tak rasis. Separuh beritanya semuanya rasis. Sehingga kemangkataan DYMM Sultan Johor pun ada isu bodoh dimainkan iaitu kononnya pihak istana telah dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak memakai kain putih di lengan atau songkok. Akhirnya perkara tersebut tidak benar.
5. Ada ke siapa-siapa dari akhbar-akhbar cina ini dikenakan tindakan kerana menyiarkan satu berita bodoh sebegitu?
6. Yang biasa diperbodohkan dan dikenakan tindakan ialah si Melayu juga. Sepatutnya ada pihak menyiasat dengan teliti kes pegawai khas PM ini. PG percaya, beliau tidak sebodoh itu untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.
7, PG bangga menjadi Melayu walaupun kerap diperbodohkan. Aku masih dan tetap dengan Melayu Malaysia. Aku Melayu.
