
Dipetik dari Blog : Mahaguru
Thursday, October 29, 2009
Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
...............................................................Sebenarnya tuan rumah @ Dato Dr Hassan Hj Ali telah meminta supaya kami yang hadir dimalam itu memegang amanahnya supaya tidak menghebahkan kepada umum akan isi kandungan beberapa perkara sulit yang beliau terpaksa ceritakan kepada kami akan usaha pihak pihak tertentu didalam pentadbiran kerajaan negeri untuk mengujudkan beberapa daerah dinegeri Selangor Darul Ehsan dimana ada perancangan yang bertentangan dengan ajaran Ad Deenullah.
Beliau adalah satu satunya penghalang kepada cita cita pihak pihak begitu dan tujuan beliau mendedahkan kepada kami yang hadir malam itu hanyalah supaya pihak penulis blog seperti kami faham akan apa sebenarnya kedudukan suara Islam didalam kerajaan negeri dimana beliau memikul tanggungjawab memantau akan segala perkara itu.
Seboleh mungkin saya tidak mahu melanggar amanah yang beliau letakkan pada kami tetapi ada satu perkara yang mengejutkan saya dan juga para bloggers yang hadir pada malam itu!Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.
Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!
Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!Ibrahim Ali memang tak ada peluang le nak masuk PAS sampai bila bila! Hehehehe...Hebat sungguh strategi PAS ini.
Saya rasa memang perkara ini akan dikaji oleh kesekelian parti politik dunia selepas pendedahan ini untuk memaksa dan memastikan tak adanya wakil wakil mereka yang berani nak belot selepas menang!Walaupun untuk mengisytiharkan diri sebagai calon bebas!Saya memang bersetuju dengan cara ini!Kamu lompat parti?Tertalak tiga lah kamu dari isteri kamu!( Ikut hukum Islam memang tak elok tetapi dah begini cara sisayah duniawi manusia manusia yang kemaruk berpolitik! Nak buat macamana?)
Saya kurang pasti akan peruntukan untuk calon wanita?Minta cerai fasakh dari suami masing masing, kot? Na'uzubillahiminzalik! :(Teringat saya akan pengkhianatan 3 wakil rakyat di Perak tempohari!Saya memang tak setuju cara mereka mengkhianati parti masing masing.2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP!Sepatutnya mereka dipecat dari jawatan masing masing dan pilihanraya negeri di adakan di Negeri Perak Darul Ridzuan.Itu baru adil namanya.Ini tidak! Sampai ke hari ini masih ada keadaan huru hara akibat kerajaan mi segera disana!
Tetapi inilah satu satunya perkara yang paling mengejutkan saya dimalam majlis dailog Dato Dr Hassan Ali dan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dengan kami, bloggers yang hadir. Tentang kewajipan lafaz cerai taklik ini! Menggerunkan sekali!.............................................................Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Rupanya itulah kisah mengapa kita tidak melihat MP-MP dan ADUN PAS tiada yang lompat parti. Rupanya ada perjanjian dan sumpah iaitu sekiranya mereka lompat ke parti lain maka jatuh lah talak 3 terhadap isteri masing-masing.
2. Ini lah fatwa baru yang amat merosakkan. Tak ada pula ulama-ulama PAS ini bersuara menetang kesesatan ini. Hanya Dr Hassan Ali. Patut le marah sangat TGNA dan pemimpin PAS padanya. PG malas nak komen lebih-lebih. Nak tahu lihat sendiri apa kata pemimpin PAS sendiri yang mendedahkan perkara : lompat jatuh talak. KLIK dan KLIK
3. Agama sudah boleh dijual beli. Dunia sudah akhir zaman. Ulama pun bermulut seperti pelacur , yang melakukan perbuatan dan kesalahan , melebihi manusia biasa seperti kami. Siapa yang patut PG percaya dan menjadi tempat rujukan jika begini?
4. Sudahlah kematian dalam islam sudah jadi satu industri ( komersial ) ( KLIK ) . Perkahwinan pun kalau dilihat dari paparan ini pun sudah menjadi barang gadaian politik. Tidak sesat ke perjanjian begini dan apa hukumannya dari segi islam?
5. Minta pandangan sikit ! Atau mungkin " saya WALA' pada pemimpin dan ulama ". Semua halal.
6. Patut pun, TGHH dan DR Hassan serta Nasaruddin nak bergabung dengan UMNO. Rupanya nak elak jatuh talak. Bergabung tak jatuh talak . Jika lompat jatuh. Itu telahan PG sahaja. Tetapi mungkin betul. TGHH dan mereka yang mempelupori UG terpaksa buat begini bagi menyelamatkan rumahtangga MP dan ADUN -ADUN PAS setelah mereka tahu perjanjian gadaian rumahtangga ini salah dari segi islam. Apa pun kita lihat lah nanti apa ceritanya. Ini pun bukan orang lain yang beri maklumat. Orang mereka juga. Takkan ahli syurga nak bohong.
