FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PAS / HUDUD. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PAS / HUDUD. Show all posts

Tuesday, 24 August 2010

PAS KENA MAIN DEK YB KARPAL : AGENDA DAILY






Kalau nak berkuasa ikut cara kami.Itu kata dua yang dapat ditafsirkan dari kenyataan terbaru Karpal Singh Isnin yang tetap menolak hajat PAS nak laksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Pengerusi DAP itu konfiden habis pakatan rakyat boleh menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti jika PAS tidak ‘ rock the boat’ yakni bikin rosak program mempertahankan hajat itu.

Karpal Singh nampaknya tidak peduli langsung dengan modal agama yang dijual PAS pada setiap pilihanraya kebelakangan ini.

“Adalah salah bagi PAS untuk goncang perahu terutama bila masanya sudah masak bagi pakatan rakyat mengantuikan Barisan Nasional di peringkat pusat dan menjadi BN pembangkang,”katanya.

Mengambil kira dari sudut politik Karpal Singh telah meletakan PAS ke tahap yang sebegitu rendah sekali kerana senang-senang berani meminta parti itu mengugurkan hajatnya itu kalau nak menang pilihanraya.

Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga perlu faham dan terima hakikat Karpal Singh tidak akan berganjak dari pendiriannya.

Karpal Singh secara tidak langsung memperlekehkan Nik Aziz dalam kenyataan itu bila turut menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan itu bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya.

Untuk menguatkan pendiriannya Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan,

Katanya," PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Dalam pada itu PAS kelihatan terkial-kial dalam menghadapi polimek dengan Karpal Singh yang merobek imejnya.

Paling tidak Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik menilai DAP menolak hajat PAS itu kerana tidak faham.

Baginya DAP perlu diberi penerangan agar memahami bahawa hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

Ini juga menjadi pandangan Ketua Pemuda PAS Nasrudddin Hassan Tantawi.

Beliau juga dipetik sebagai berkata parti itu yakin DAP akan dapat menerima penjelasan mengenainya.
Katanya PAS akan tetap memperjuangkan hajatnya itu sekalipun ditolak DAP.

Soalnya sekarang selepas dua tahun masa berlalu apakah DAP tidak faham-faham lagi hajat rakan politiinya itu.

Apakah sekarang baru nak ‘ sekolahkan’ DAP mengenai kaedah hukum hudud dan negara Islam setelah sekian lama Karpal Singh dikenali dengan pendirian langkah mayatnya dulu kalau PAS nak tubuh negara Islam di Malaysia.

DAP ialah sebuah parti yang ahlinya majoriti besar bukan Islam.Bagaimana pula PKR yang ramai ahli Melayu .

Bukankah Nik Nazmi sendiri kata hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan.

Tolak sebelah DAP,hairan juga Nik Aziz tidak pernah melabel PKR dan pembesar parti itu yang beragama Islam ‘kurang Islam’ dari PAS sekalipun mereka tidak terima hukum hudud dan negara Islam seperti yang beliau sentiasa lagukan pada UMNO.- 23/8/2010

Penghuni Gua : Bila agaknya penerangan oleh PAS kepada DAP dan pemimpinnya termasuk Karpal mengenai hudud boleh di difahami oleh mereka. Dah dua tahun. Macam tu juga. tak faham-faham. Mungkin salah cara seruan PAS dan pemimpinnya kot. Selalunya begitu la. PAS sentiasa silap dan tidak bijaksana dalam seruan kepada islam apatah lagi kepada bukan islam untuk fahami islam.

2. Entah..............................Mulut pemimpin PAS ini memang begitu. Padan muka mereka kena main dek ke YB Karpal. Dah pandai bercakap sangat. Terkial-kial kena main ke Singh berkenaan.


Nota : Nak tahu pendirian YB Karpal terkini dan ia tidak bersendirian mengenai hudud seperti mana dakwa TGNA sila KLIK

Sunday, 9 August 2009

HUDUD PAS : PAS BERANI BUAT SAMBUTAN HUDUD SAHAJA !




Penghuni Gua : Sudah-sudahlah menjadi munafik wahai PAS dan pemimpinnya. Naik menyampah mendengar dan melihat omongan kosong hudud PAS ini.

2. Apalah sangat nak buat sambutan. Atau sekarang PAS hanya berani buat sambutan hari hudud sahaja? Disamping itu menyalahkan kerajaan persekutuan di atas kegagalan laksanakan hudud? Di Selangor dan di Kedah mengapa tak luluskan undang-undang hudud sekarang?

3. Terutama Kedah. Cadangan PG agar kerajaan PAS Kedah lukuskan satu perundangan hudud Kedah mulai sekarang. Samada boleh dilaksanakan atau tidak kerana kekangan soal lain. Jika ikhlas gubal satu undang-undang syariah islam berdasar hudud di Kedah. Berani ke PAS buatnya sekarang.

4. Jawapannya tidak sekali. Mereka hanya berani buat sambutan sahaja dan memutarbelitkan fakta. Mereka takut kepada PKR dan DAP. Buat sambutan hanya sekadar nak menunjukkan kepada penyokong tegar mereka bahawa PAS masih perjuangkan hudud setelah PAS tidak berani menyebutnya secara terus terang lagi sekarang diceramah0-ceramah politik mereka bahawa mereka akan laksanakan hudud jika memerintah.

5. PAS tetap pengecut. Sambutan ini hanya sebagai helah. Jika ikhlas juga di cadangkan PAS mulai sekarang nyatakan dengan jelas di dalam ceramah-ceramah mereka bahawa PAS dan kerajaan PR akan akan laksanakan hudud jika mengambil alih kerajaan pada PRU13. Beranikah PAS mengucapkan sedemikian. Tidak : mereka ini pelacur politik . Hanya mainkan agama untuk kepentingan dan kepanjangan hayat politik mereka sahaja.

6. Jika ikhlas juga , mulai sekarang pemimpin PAS hantar petisyen kepada semua ahli untuk membuat satu mesyuarat agung luar biasa PAS untuk meminda perlembagaan PAS, dengan memasukkan klausa bahawa PAS akan melaksanakan hukum hudud sepenuhnya jika memerintah negara ini. Beranikah PAS ?

7. Jawapannya: mereka hanya pelacur politik yang hanya gunakan agama untuk faedah mereka sahaja dan menipu rakyat.

8. Lihat sahajalah Tema sambutan hari hudud PAS ini. :" lam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan " . semuanya meniru slogan 1Malaysia. Mereka ini bukannya cerdik. Hanya mengikut dan meniru sahaja.

9. Dahulunya Tun Mahathir lancarkan konsep masyarakat penyayang , yang seekor tu mengatakan masyarakat madani, Tun Abdullah melancarkan islam hadhari , TGHH lancarkan islam Hadharo. Lihatlah ! Di mana kecerdikan mereka. Di mana air muka mereka. Hanya mencedok idea dan bahasa orang lain. Inilah jelas menunjukkan kebodohan pemimpin PAS ini.

10. Adakah ini jenis parti dan pemimpin yang bakal mentadbir negara dan islam di Malaysia?

11. Maaf lah. PG tak akan restuinya dan tidak akan menyokongnya sampai mati. Mereka tidak ada idea dan hanyalah pelacur politik. Hanya menggunkan agama untuk kepentingan mereka.

12. Sekali lagi di ulang : Jika PAS ikhlas, PAS perlu war-warkan kepada umum di seluruh negara di pentas politik bahawa parti itu akan laksanakan hudud jika memerintah negara pada PRU 13 bersama PR. Juga jika ikhlas, buat EGM khas untuk pinda perlembagaan PAS yang kini tak ada pun sebut nak laksanakan hudud di dalam perlembagaannya agar memasukkan klausa bahawa hudud akan dilaksanakan sepenuhnya di dalam pemeirintahan negara jika PAS memerintah.


13. Minta Mahfuz jawab sikit?

14. Fikirkanlah. Adakah PAS ikhlas tentang hudud? Teliti fakta di atas. Jangan lagi kita semua diperbodohkan oleh politik picisan ini. ( Nak urus hal arak di Selangor pun kecut perut PAS. Cakap pun berlapik-lapik ) . Pooorahh.

Friday, 7 August 2009

PAS LAKSANA HUDUD ? LUPAKANLAH !


PAS akan laksana hudud di malaysia? Lupakanlah. Nak bercakap bab hudud pun tak berani sekarang. Parti ini sudah jadi pelacur politik. Dulu UMNO di kafirkan kerana dikatakan tidak melaksanakan hudud.

2. Sekarang, mereka jangan kata nak laksanakan. Nak sebut pun tak berani. kalau pejuang islam sebenar seperti yang didakwa mereka mengapa sekarang diam mebisu tentang hudud. Apa perancangan hudud selepas PRU 13 nanti jika PAS berkuasa? Adakah sudah ada pelan untuk perlaksanaan hudud atau bila dah memerintah baru le terkial-kial nak buant itu dan ini? Jika ada tunjukkan kepada umum.

3. Dalam kes arak Ronnie di Selangor pun, PG lihat peranan PAS dan pemimpinnya kemetot. Pemimpin tertinggi PAS pusat pun macam pelacur diam membisu kes isu arak di Selangor. Jadi kalau bak arak halal Ronnie pun PAS Pusat tak berani nak keluarkan kenyataan parti keseluruhannya : jangan lah cakap lagi PAS akan perjuangkan hudud di masa depan.

4. Parti ini hanya menipu rakyat dan menggunakan islam untuk survival politik mereka sahaja.

5. Hudud, hudud. Kau telah dilupai oleh PAS. jangan kan nak laksana , meraka nak sebut hudud pun tak berani. Inilah juga yang terjadi kepada Ibrahim Libya. Jangankan nak buat doa untuk Ibrahim Libya, mereka ingat pun tidak kepada Ibrahim Libya. Setengah pemimpin PAS tak pernah dengar pun. Mereka dah menang besar . Apa lagi nak sebut-sebut bab hudud dan Ibrahim Libya.

6. Kalau kalah teruk dalam PRU 13 nanti baarulah mula semula menyebut dan memperingati hudud dan Ibrahim Libya. Kesian hudud dan Ibrahim Libya.

7. Sepanjang masa : pemyokong PAS hanya ditipu mentah-mentah aje. Kesian.

PETA PELAYAR