FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PAS / MAHFUZ. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PAS / MAHFUZ. Show all posts

Thursday, 24 December 2009

MAHFUZ DESAK TUN MAHATHIR DISIASAT : SUDAHLAH MAHFUZ !

( Hanya sebesar ini sahaja otak si Mahfuz tu )

Harakah Daily


KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sudah le Mahfuz. Siapa kamu nak siasat Tun Mahathir. Kamu tak lebih dari ayam laga yang hanya pandai berkokok untuk orang lain. Kadang-kadang tak ada telur pun. Bersabung pun kalah.

2. Bab 100 B yang didakwa dibelanjakan ( secara peribadi? ) oleh Tun Mahathir : Siapa yang cakap? Hanya berdasar penulis bodoh tanpa fakta dari Asian Journal tu aje tak payah cakap le. ini hanya sekadar menulis tanpa fakta dan hanya penulis upahan sahaja.

3. 100 B yang dibelanjakan sepanjang 23 tahun memerintah oleh Tun Mahathir adalah bagi kesenangan kita semua. Putra Jaya yang nak dirampas oleh PR pun adalah sebahagian dari 100 B tersebut. Ini termasuk lebuhraya PLUS yang menghubungkan kawasan Mahfuz tu. Jika tidak jerangkung pun ada di kawasannya. Tak ada orang nak pergi pun ke kawasan parlimen Mahfuz tu.

4. Perlu ke satu suruhanjaya Di Raja seperti cadangan Mahfuz. Jangan nak menunjuk pandailah Mahfuz. Tubuh sahaja suruhanjaya Di Raja bagi TGNA dan Arifahmi lagi baik dan rasuah haji TGNA dan keluarganya. Itu yang nyata. Perlantikan kroni lagi.

5. Juga boleh tubuh surahanjaya bagi menyiasat Ketua Penerangan PAS Kelantan yang menikah 2 melalui sindikit haram di Selangor ada le juga faedahnya. Apa fungsi an kebaikan Suruhanjaya yang ditubuhkan sebelum ini? Sekadar hanya tempat si Mahfuz dan gengnya melalak dan membuang masa serta tenaga dan wang ringgit rakyat. Hasilnya hampas.

6. Kepada Mahfuz, Sudahlah. Mulut anda ini sebenarnya lebih burok dari pelacur. Cakap benar sahaja. Anda tahu kemana wang tersebut dibelanjakan. Di bawah Tun semua rakyat senang dan dipedulikan. Mahfuz pun terima faedahnya. Anda tahu. Kerana politik anda semua cuba menutup fakta dan berbohong. Jika ada penyelewengan sedikit pun itu adalah bukan salah Tun pun. Itu salah pentadbir dan pelaksananya. Sebahagiannya pun dan terima padahnya.

7. Diam le kamu Mahfuz. Ada kamu pun buat semak politik Malaysia sahaja. Suara kamu dalam PAS pun tak laku dan sering disergah oleh TGNA. Terbaru , desakan anda agar CEO PMBK ( Menantu TGNA ) meletakkan jawatan serta merta pun , TGNA buat sardin sahaja. Jadi kalau Mahfuz nak desak hal nasional pula apa tah lagi berkenaan Tun Mahathir : lupakanlah. Jauh panggang dari api.

8. Buat gelak dik orang aje Mahfuz!!!!!!!!!!!!!!

Monday, 24 August 2009

ADUN LUNAS KELUAR PKR : MAHFUZ KATA IA PROSES PEMBERSIHAN ! YA KE ?


TERKINI

Tindakan Radzhi proses pembersihan pakatan pembangkang
24/08/2009 3:48pm


BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Pas menganggap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai proses pembersihan wakil rakyat yang tidak berintegriti dalam pakatan pembangkang.


Naib Presiden parti, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya gembira serta tidak terkejut dengan tindakan Mohd. Radzhi keluar dari PKR kerana mendakwa wakil rakyat itu merupakan beban kepada pakatan sehingga pelbagai dakwaan dibuat terhadapnya. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Apa lagi nak kata Mahfuz. Dah mukhlisin. Diam aje le. Buat gelak kat orang aje. Dah lah nak gunakan jerat Yusri untuk berdebat dengan Rohaizat tak menjadi malah terjerat balik.


2. Diam aje le Mahfuz. Lagi banyak cakap lagi silap. Dahlah silap dalam didik anak , jangan pulak silap lagi dalam politik. Dah banyak kali anda silap. Banyak sudah petunjuk yang Allah berikan kepada anda. Adakah anda tidak mahu berfikir?


3. Nak cakap apa lagi Mahfuz. Diam aje le!! SIAPA YANG BERSIH SIAPA MAHFUZ!!!!!!!!!!!! Geli mendengarnya.

Sunday, 23 August 2009

ANAK MAHFUZ DI PENJARA RUPANYA ( PENAGIH ) : HA HA HA HA !!!




Dipetik dari blog : RBF


..................................Bapak berdegar-degar bercakap pasal Islam,intergriti dan sebagainya. Tetapi anak sendiri dipenjara kerana dadah. Bukan setakat menghisap sahaja,malahan mengedar juga.Untuk makluman pembaca sekalian,anak beliau ada dipenjara , di Penjara Alor Star,kerana kesalahan menghisap dan mengedar dadah. Amat malang bagi PAS kerana mempunyai seorang Naib Presiden yang gagal mendidik anak sendiri. Bagaimana nak pimpin orang lain jika anak sendiri pun tidak boleh pimpin. Malu lah.....Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Ha ha ha ha ! PG dah agak dah. Memang kaki yang cakapebih-lebih dan nak tunjuk baik lebih pada orang lain rupanya tak pandai nak menjaga anak. Cakap nya bukan main tinggi.

2. Nak hudud le, didik cara islam le, macam-macam bab islam le katakan. Tapi mengapa pasal anak Mahfuz ini boleh terlibat dengan jenayah ketagihan dadah ini. Tak didik cara dan ikut kaedah islam ke.

3. Dah pakar sangat tentang islam , baik didik anak anda ikut cara islam dari bercakap berdegar-degar menuduh itu ini kepada pihak lain. Cakap bukan main melambung tinggi. Mendidik di satu unit kecil pun ( keluarga ) gagal apa lagi nak perintah unit yang lebih besar.

4. Baik diam aje Mahfuz. Buat suka dik orang aje. Cakap aje lebih.............Habok pun tak ada. Allah tu maha besar. Ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kepada Si Mahfuz ni. Itu pun kalau si Mahfuz ini mahu berfikir.

Tuesday, 30 June 2009

CONTOH MULUT DAN BAHASA PEMIMPIN PARTI ISLAM


Malaysiakini


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label "bini Najib" - alasannya Rosmah Mansor seorang wanita pertama negara yang berpengaruh luas."Dulu kita dengar BN (ertinya) 'barang naik'. "Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu 'Bini Najib'," ahli parlimen Pokok Sena dipetik berkata semalam.Menurut laman rasmi media PAS, Mahfuz menyebut gelaran tersebut sewaktu berceramah di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah contoh dan tauladan yang boleh diambil oleh kita dari seorang pemimpin yang berjiwa islam dan mewakili parti yang memperjuangkan islam.

2. Memberikan gelaran yang buruk-buruk dan memfitnah . Itulah kerjanya hari-hari. Cadangan konkrit untuk memperbaiki negara dan bangsa serta agama hampas pun tak ada.

3. Berkenaan Lee Kuan Yew berjumpa dengan Rosmah, apa masalahnya. Dah LKY nak jumpa, jumpa aje lah. LKY minta jumpa, sebagai orang islam, ada tertibnya. Kita semua akan menerima tetamu jika dah mereka nak berjumpa dan bercakap. Salah ke.

4. Lainlah parti dan pemimpin ini, nak berbincang kerajaan perpaduan dan berbincang hal agama, bangsa dan negara pun mengenakan berbagai syarat. Itulah kebodohan parti dan pemimpin ini. LKY cerdik. Ia jalinkan hubungan dengan semua orang , semua peringkat demi kepentingan Singapura. Mereka dari parti ini hanya mementingkan parti mereka sahaja. Bila untungkan parti dan mereka semuanya halal. Yang tak menguntung parti dan pemimpin mereka semuanya haram.

5. Cakap memperjuangkan islam dan hudud. Tetapi sekarang nak sebut hudud pun tak berani. Sebutlah sekarang , PAS akan laksanakan hudud jika mentadbir negara dalam Pru 13 jika berani. Juga sebutkan berjuang bersama islam. ? Mengapa takut . Takut pada DAP dan PKR? Apa nak ditakutkan PKR dan DAP kalau dah betul berjuang kerana dan bersama islam. Munafik. inilah sifatnya.

6. Sebenarnya mereka semua pengecut dan munafik. Mulut mereka bermula buka mata/bangun tidur tak ada lain , hanya memburukkan orang lain sahaja. Itulah kerja senya.

PETA PELAYAR