FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PAS / TGNA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PAS / TGNA. Show all posts

Friday, 5 February 2010

PELAWAAN TGNA : JANGAN LAYANLAH !


MStar Online

5 feb 2010

Selepas Tolak Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz Mahu PAS-Umno Duduk Semeja Bincang Isu Agama


KOTA BAHARU: Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.


Menteri Besar Kelantan itu berkata pemimpin Umno perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kepada PM dan TPM, jangan layanlah pelawaan pelacur politik dan agama ini. Lidah Tok Guru ini banyak cabangnya.

2. Susah nak kira bicara dengan beliau. Sekejap boleh sekejap tak boleh. Dulu katanya UMNO ini syaitan dan perosak agama. Tak boleh berkawan dan bercakap pun. Alih-alih sekarang nak berunding pulak.

3. Ini tak lain hanya lah untuk mencari isu dan mengalih isu yang melanda PAS. Mereka nak tutup kudis dan luka yang ada pada PAS . Itu sahaja.

4. Kepada UMNO , dan juga PM , jangan dilayan pemimpin dan parti bertaraf pelacur ini. Bercakap kolek-kolek ( pusing-pusing ). Parti dan orang sebegini tidak boleh dibawa berunding. Dah semput baru mereka cuba mencari talian hayat. Jangan masuk perangkap mereka.

5. Tanpa pemimpin dan parti ini pun , selama ini kerajaan berjaya menyelesaikan dan menjaga agama islam di Malaysia lebih dari 50 tahun. Mereka apa yang ada. Hanya mencaci maki orang dan mendoakan bala sesama islam. Bagi tahu Tok Guru, kalau nak selesaikan hal islam di Malaysia ini senang sahaja. Betulkan mulut dan hati perut pemimpin-pemimpin PAS ini.

6. Mereka ini, cakap boleh lah. Bila berlaku apa-apa hanya akan salahkan kerajaan. Diri sendiri tak pernah mahu ambil tanggungjawab. Sudahlah. Muak dengan perangai pemimpin parti sebegini.

7. Kepada pengundi muda : lihat dan perhati baik-baik , sepak teranjang pemimpin dan parti yang kononnya islam ini. Tak lebih hanyalah sampah sarap agama.

Friday, 15 January 2010

TGNA MARAHKAN BLOGGER : LIHAT DIRI SENDIRILAH !




KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.
Katanya, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

"Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Penghuni Gua : Hai Pak Nik! Marah ke ? Relak Pak Nik, Relak. Mengumpat ok lagi. Tapi yang tak tahannya fitnah.

2. Itu pun kerja blogger parti dan pendokong Pak Nik . Bukan orang lain. Kerjanya fitnah aje. Contoh satu aje. Termasuk Pak Nik yang hampir dan kelihatan percaya bahawa fitnah ( termasuk Harakah Daily ) PM terlibat dengan pelacur Atlantuya sehingga PM menyaman dan membersihkan namanya. Bukti tak ada. Tapi Pak Nik secara berlapik minta PM bersihkan namanya. Maknanya Pak Nik juga percaya pada fitnah yang disebar oleh Blogger puak Pak Nik.

3. Tengok le Mahfuz hari ini pun , memfitnah PM dan TPM. Apa kurangnya. Nasaruddin iaitu Tim Presiden PAS pernah memfitnah PM , bahawa PM takut keluar negeri kerana bimbang hantu Atlantuya ikut. Tak sampai 2 hari fitnah Nasaruddin keluar Harakah Daily, PM terus ke Peranchis. Jadi lebih baiklah Pak Nik nasihatkan kepada Akhbar dan blogger Pak Nik le .

3. Jika Pak Nik merujuk kepada blogger Kickdefella yang mendedahkan kebodohan Pak Nik yang diperbodohkan oleh menantu Pak Nik semalam maka jawapanya ialah : Kickdefella bukan memfitnah tetapi menerangkan hal sebenar dan faktanya jelas. Sepatutnya Pak Nik menerangkan kepasa rakyat , betul ke apa yang didedahkan oleh Kickdefella tu. Mengapa diam dan masih berlapik cakapnya.

4. Akhirnya : Baik Pak Nik nasihatkan diri Pak Nik sendirilah lagi baik. Mengumpat dan memfitnah tu apa kurangnya dengan sumpah seranah dan mendoakan bala kepada PM dan orang lain? Apa bezanya. Kami tak mengumpat pun. Kami mendedahkan perkara yang benar bagi diambil ikhtibar oleh orang lain bagi kepentingan masyarakat dan negara. Kami pun tak kata di belakang. kami tuliskan. Berfakta lagi. Bukkan fitnah seperti blogger penyokong Pak Nik dan akhbar Harakah Daily ( suara rasmi PAS ) tu.

5. Lihat kepada diri sendirlah Pak Nik. Jangan nak takbur. Takbur pun jauh lebih buruk lagi. Macam Pak Nik cakap le. Selipar Pak Nik pun orang nak ambil untuk berkat. Apa ceritanya?

6. Menyampah PG mendengar keluhan ( nasihat? ) Pak Nik ini. Bikin tak serupa dengan cakap. Bahasa kami ini lebih baik dari Pak Nik yang asyik mencelakakan dan mengkafirkan sesama islam. Sudahlah.

Sunday, 6 December 2009

MAAFKAN TGNA : AWANG SELAMAT ! PG MAAFKAN !





Biarlah si luncai terjun dengan labunya. Itulah yang boleh Awang rumuskan daripada isu doa kemusnahan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat terhadap sesama Islam. Apabila disanggah dengan hujah yang merit mengikut landasan Islam, ada sahaja reaksi beliau yang tidak masuk akal. Adakalanya Awang simpati dengan Nik Aziz kerana beliau tidak lagi rasional dan amat keberatan memohon maaf biarpun melakukan kesilapan besar.

Tindakan Menteri Besar Kelantan itu mempertahankan doanya untuk memusnahkan orang yang seagama, mencerminkan beliau bukan ulama sebaliknya politikus yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Ramai melihat beliau semakin riak, yang Awang juga sependapat.

Sebenarnya bukan kali pertama Nik Aziz berbuat demikian. Tetapi kali ini, ia lebih mendesak sebagai strategi untuk menutup banyak kepincangan dan isu-isu yang melibatkan integriti dan kronisme dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.

Isu tajaan haji oleh sebuah syarikat kepada Nik Aziz (yang kemudian dibatalkan setelah perkara itu didedahkan media), kes siasatan SPRM terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dan perpecahan dalam Pas di negeri itu, semakin menyerlahkan kegagalan beliau. Presiden Pas, Hadi Awang berpendapat Nik Aziz mendapat nasihat yang salah berhubung pelantikan menantunya sebagai Ketua pengawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Apa maknanya? Itu belum mengambil kira faktor tidak banyak perubahan di Kelantan di bawah kepimpinannya hampir 20 tahun. Beliau hanya banyak bergantung kepada nasihat dan tidak inovatif, demikian antara suara kritikan di kalangan ahli Pas.

Tidak hairan mengapa Nik Aziz menghadapi kritikan hebat daripada dalaman parti, yang keadaan itu tidak berlaku sebelum ini.

Ada beberapa pemimpin Pas sendiri secara senyap-senyap melihat Tok Guru itu sudah menjadi liabiliti kepada parti kerana semakin banyak melakukan kesilapan, yang memberi kesan kepada imej Pas di peringkat nasional.

Awang ingin bertanya berapa ramai pemimpin Pas yang tampil lantang mempertahankan Nik Aziz dalam isu-isu terbaru yang dihadapinya terutama tajaan haji dan isu menantunya? Kenapa mereka lebih banyak berdiam, mencetuskan persoalan. Bahkan ada yang terang-terang meragui beliau.

Sepatutnya Nik Aziz melihat ini sebagai isyarat penolakan terhadapnya namun beliau terus tenggelam dalam sindrom penafian. Seperti biasa, beliau 'mengugut' tidak mengampunkan mana-mana pihak yang mencetuskan masalah kepadanya sedangkan beliau sendiri adalah punca permasalahan.

Lalu Awang sekali lagi tertanya-tanya apakah beliau maksum dan tidak melakukan dosa. Tidakkah perbuatannya memperalatkan agama bagi isu tertentu tidak berdosa kepada umat Islam di negara ini selain mengelirukan bukan Islam? Begitu juga dengan percaturan politiknya yang mengekang kesatuan Islam biarpun ketika kedudukan umat Islam goyah. Apakah juga kegagalannya yang panjang dalam membawa kesejahteraan ekonomi lebih baik kepada penduduk Kelantan, boleh dibanggakan sedangkan pengurusan Islam berorientasikan kecemerlangan?

Awang tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang soal pahala dan dosa. Awang bukan ulama tapi mahu mengajak seluruh umat Islam di negara ini bersama-sama memaafkan sebarang dosa dan kesilapan Nik Aziz. Atas nama Islam, sudah tentu juga kita harus mendoakan yang terbaik untuk beliau walaupun doanya mahu menjahanamkan orang lain. Sesungguhnya rintangan terhadap survival Islam juga boleh datang daripada mereka yang mendakwa diri ulama tetapi sebenarnya turut mensabatoj agama. Kajilah sejarah Islam.

Penghuni Gua : Sepanjang masa, PG memang maafkan TGNA atas keceluparannya. Dan PG doakan semuga Allah sedarkannya ( kalau sedar dihatinya pun sudah kira Alhamdulillah ) atas kesilapan dan keceluparan mulut dan kadangkala perbuatannnya.

2. TGNA pun bukan malaikat. TGNA bukan maksum. Jauh dari maksum pun. Tambahan jadi orang politik. Banyaklah kesilapan dan kesalahan yang dibuat. Semuga Allah merahmati dan memaafkan dan menyedarkan TGNA. Amin.

Saturday, 5 December 2009

TGNA CORNER BARING LAGI !



author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanDis 5, 093:06am


Ucapan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, kata setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron.

Beliau berkata, persoalan hukum, hanya Tuhan sahaja yang dapat menentukannya."Itu terpulanglah kepada Allah SWT. Tetapi orang yang dizalimi berhak berdoa," katanya menjelaskan kekeliruan berhubung ucapan Nik Abdul Aziz dalam satu perhimpunan di Kota Bharu semalam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Buat le Pak Nik. Selagi hidup dan masa serta kuasa masih ada, pusinglah puas-puas.

2. Dah Pak Nik orang pandai, doalah . Doalah laknat pada semua orang. Pecah perutlah semua orang. Nak tengok juga Allah makbul ke tidak. Yang lepas-lepas tu, dah banyak PG lihat , PAS yang banyak........Doa-doa sembahyang hajat dari zaman Tun Mahathir lagi, macam-macam doa ulama PAS doakan , akhirnya Allah tak makbulkan pun. Tun terus berjaya mentadbir negara dan menegakkan islam di mata dunia.

3. Boleh pusing, pusinglah Pok Nik. Biasalah Pok Nik dan pimimpin PAS ni, bila tersilap cakap maka cari le alasan untuk halalkan percakapan buruk mereka. Lama dah menjadi pemerhati mereka yang sebegini.

4. Kita lihat le nanti, setakat mana nak pusing dan memutar belitkan percakapan di dunia ini. Kita sama-sama lihat. TGHH pun dah lama dibelit tengkoknya kerana silap cakap........Tumbang Terengganu. DSAI membelit pun, akhirnya dijerat juga tengkoknya oleh Allah. 2 kali kes liwat. Kalah juga di mahkamah walau guna apa helah pun.

5. Teruskan, teruskan dengan belitkan dan korner baring anda. Bagus juga sesekali kita menontonnya.

Saturday, 22 August 2009

KATA-KATA NIK AZIZ SEBELUM INI !


Dipetik dari blog : Azli Shukri
Boleh di baca di blog Azli Shukri di : KLIK . KLIK . KLIK.
Kata Nik Aziz:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.


4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.


5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.


6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.


7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.


8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.


9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.


10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.


11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.


12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.


14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.


16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.


18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.


19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.


20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.


21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.


22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.


24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.


26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.


27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.


28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.


29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.


Penghuni Gua : Fikirkanlah. Adakah semua kata-kata dan ucapan serta fatwa TGNA ini hanya diputar belit oleh akhbar arus perdana? Siapa yang membelit siapa? Pada pandangan PG, TGNA yang banyak kali belit akhbar dan kami semua bukan akbra yang belit kami taapi TGNA dan PAS.

Tuesday, 28 July 2009

BAHASA CONTOH ULAMA MUKTABAR ISLAM : PERGI JAHANAMLAH UMNO : TGNA





Penghuni Gua : Wow! Bagusnya bahasa dan mulut ulama ini. Kita semua selepas ini bolehlah mengikuti contoh bahasa yang digunakan oleh sahabat nabi ini.

2. Inilah mungkin contoh bahasa yang mungkin diharapkan oleh islam untuk penganutnya ikuti. Mungkin dengan menggunakan bahasa sebegini maka islam akan tersebar lebih luas dan senang diterima oleh masyarakat bukan islam kepada islam.

3. Selamat menggunakan bahasa sebegini kepada semua pelayar dan bloggers. Berbahagialah anda TGNA. Apa nak kita hairankan, TGNA pernah berkata : Allah pun mencarut juga.

4. Apa bezanya TGNA dan ulama-ulama PAS ini dengan kita semua? Sama sahaja. Jadi tak perlulah kita nak hormat lebih-lebih dan meminta nasihatnya. Buang masa sahaja.

PETA PELAYAR