
Kemelut Politik Kelantan
Monday, 8 March 2010 14:39:33
From:
*&^%$%^&*&^%
Monday, 8 March 2010 14:39:33
From:
*&^%$%^&*&^%
Salam tuan,Saya seorang pembaca blog tuan dan saya dapati maklumat yang tuan paparkan khususnya berhubung Undang2 amat informatif sekali. Saya ingin sekali berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi dari rakan2 saya di Kelantan. Walaupun saya sudah tinggal menetap di Selangor tapi saya masih mengikuti perkembangan politik di negeri saya. Saya juga selalu pulang ke Kota Bharu sekiranya ada urusan keluarga.
Saya sebenarnya amat kecewa dengan kedudukan ekonomi negeri Kelantan setelah Pas memenangi 4 PRU yang lalu. Semua infrastruktur yang ada hari ini boleh dikatakan peninggalan zaman BN.Pertamanya biarlah saya katakan saya tidak menjadi ahli kepada mana2 parti politik. Tapi secara tradisinya saya adalah pengundi/penyokong BN bermula dari Parti Perikatan (ketika itu belum boleh mengundi) sehinggalah sekarang.
Saya amat sedih kerana sehingga sekarang UMNO masih tidak dapat mengugat kedudukan PAS di Kelantan walaupun realitynya PAS tidaklah kuat mana sebagai sebuah organisasi. Pas juga banyak menghadapi masalah dalaman sebagaimana parti2 lain. Cuma kelebihan pada PAS ialah mereka pandai bermuka2 dan menutup kemelut daripada pengetahuan rakyat. PKR langsung tiada impak di Kelantan bergantung semata2 kepada ihsan PAS. Kemenangan PAS dalam PRU 12 di Kelantan baru2 ini bukan ukuran kekuatan PAS di Kelantan tapi lebih kepada kelemahan UMNO itu sendiri.
Apa yang akan saya sampaikan ini mungkin tuan sudah maklum. Saya percaya Tuan boleh menyemak/mempastikan ketepatan maklumat saya ini kerana saya percaya tuan mempuyai rangkaian maklumat tuan sendiri.
1. TGNA adalah satu liabiliti kepada PAS Kelantan sekarang. Beliau dikatakan semakin beronar setelah kematian Tok Guru Lubuk Tapah yang beliau segani dan takut untuk menyanggah.
2. Pun begitu beliau masih dihormati oleh sebilangan besar rakyat Kelantan. Menyebabkan usaha untuk menyingkir beliau dijalakan secara berhati2.
3.Tok2 guru pondok di kelantan sangat marah kepada PAS khususnya TGNA disebabkan oleh isu Mauludurrasul SAW.
4. Yang paling lantang mengkritik TGNA ialah Tok Guru Pondok Geting. Beliau dikatakan pernah mengharamkan anak2 muridnya mengundi PAS. (akan cuba dapat maklumat yang lebih terperinci kesahihannya.)
5. Kini Tuanku Al Sultan telah berangkat pulang ke KB maka exco2 PAS secara senyap2 atau terang2 memohon menghadap bagi mecari politcal mileage. Kerusi MB lahtu.
6. Tuanku dipercayai boleh tip the scale kerana Tuanku amat dihormati dan disegani oleh rakyat jelata.
7. Dalam scenario ini TGNA sangat keberatan menghadap Tuanku kerana kesalahan2 beliau terhadap Tuanku.
8. Malang seribu kali malang dalam keadaan yang sedemikianpun UMNO Kelantan masih tidur.Tuan boleh menyemak dan pastikan maklumat saya ini .Sekian dan wassalam.
Penghuni Gua : PG memang setuju dengan email dari sahabat PG ini. TGNA adalah satu liabiliti kepada PAS kerana isu Maulidur Rasul terutamanya dan juga kerana keceluparan mulut Tok Guru ini. Mulutnya dan doanya mengalahkan kita sebagai orang awam dalam agama ini.
2. Nak kita contohinya dan meminta anak kita mencontohi TGNA. Minta maaf lah. Jauh panggang dari api.
3. Dalam bab DYMM Sultan Kelantan pun, TGNA Aziz dan PAS pun berpihak . Sebab itu rakan-rakan PG pun katakan bahawa keuzuran TGNA nak menyambut DYMM pun hanyalah helah . Sakit memang sakit. Tetapi dalam sakit pun , komennnya mengalah mereka yang tak sakit.
4. PG pun mengetahui bahawa banyak pihak dalam PAS Kelantan pun dah mula cah keting untuk jawatan MB yang akan mengantikan TGNA.
5. Berundurlah Tok Guru. Dulu orang Tok Guru juga yang sumpah seranah Tun Mahathir macam-macam kerana Tun memerintah terlalu lama. Sekarang bila kena pada Tok Guru sendiri , kemetot semua mulut pelacur penyokong dan pemimpin PAS ini.
6. Berundurlah Tok Guru. Berundurlah. Jadi guru agama di pondok Pulau Melaka lebih afdal dan sumpah seranah dan mendoakan bala sesama islam. Sekarang ini perangai Tok Guru ini pun dah berjangkit pada Ustat Ahmad Awang yang nak solat hajat pada YB Mohsin.
7. Lama-lama dalam politik pun, ditakuti nanti terbelit dengan serban dan jubah sahaja. Bab UMNO Kelantan ni , PG memang dah letih melihat perangai mereka. Sejak dahulu tak berubah. Asyik bergaduh sesama sendiri. PAS menang bukan kerana mereka kuat tetapi kerana UMNO berpecah dan undi PAS tak berubah. Itu sahaja sifirnya.
8. Setiap kali PRU , berlaku berbalahan dalam UMNO. Mana yang dan jadi ADUN dan MP tak akan sesekali melepaskannya. Mereka nak yadi YB sampai mati. Pucuk baru yang bertunas akan dicantas dari awal. Pucuk-pucuk baru seperti Awang Adek dan beberapa yang lain tu, hanya boleh hidup sebab mereka dilantik oleh UMNO pusat. Jika tidak , mereka pun bungkus.
9. Itulah realitinya. Cadangan PG kepada DS Najib ialah , dalam PRU 13 nanti, tukarkan aje semua ADUN dan MP UMNO yang ada dengan muka baru dalam umur 30an. Buang aje yang lama kecuali Mustafa Muhamad dan Awang Adek. Ku Li tu pun ada pun buat semak parti aje. Biarlah UMNO kalah di Gua Musang. Jangka panjang UMNO tak ada duri dalam daging. UMNO perlu berani malakukan tranfomasi di Kelantan. Transformasi dalam parti UMNO sendiri.
10. Jika tidak!!!! Wasssalam aje lah. Lupalah hajat UMNO nak tawan Kelantan. PG pun memang dah lama meluat melihat UMNO Kelantan ni. Sejak 1987 lagi. Tak berubah-ubah.

