
Harakahdaily
10 jul 2009
MB kerajaan BN terharu mendengar kaset agama Nik Aziz
Intan Abdullah intan@harakah.net.my Wed Jul 08, 09 2:18:40 pm MYT
KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Kebiasaannya dalam media massa kita sering membaca kecaman keras pemimpin Umno terhadap PAS. Jarang berlaku mereka memuji dan bersetuju biar pun kebenaran berpihak kepada PAS.
Sebaliknya seorang Menteri Besar meluahkan kebenaran yang dibawa pemimpin PAS tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih lagi menyentuh soal agama.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada seorang menteri besar memberitahunya sering mendengar kaset ceramah beliau.
"Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana.
"Beliau meluahkan rasa terkesan yang menyentuh jiwa setelah mendengar kaset ceramah tersebut. Dia menceritakan perkara itu ketika sama-sama menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya pada ceramah di Kampung Chuchuh Puteri A di sini, malam tadi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Hai , takkan begitu sekali berpolitik. Ini dah teruk. Sampai hal agama pun nak dipancing bagi kemenangan PAS di Manek Urai ke?
2. Dengan lain perkataan, kalau tak undi PAS maka siap le pengundi Manek Urai. Bila pengundi Manek Urai mati nanti, ke nerakalah jahanam lah tempatnya. Po Yoooooooooooooo. Lemas ni.
3. Dengan lain perkataan, jika memangkah PAS , maka syurgalah tempatnya. Jadi pangkahlah PAS. Po Yoooo............................... Senangnya masuk syurga.
4. Inilah kenyataan politik dan cara berpolitk paling bodoh dan dangkal sekali. Diperdagangkan agama untuk menang dalam PRK Manek Urai. Lemahnya minda pemimpin PAS ini. Mereka ini ingat pengudi Manek Urai ini bodoh dan tak beragama ke.
5. Kepada pemimpin dan penyokong PAS, mengucaplah banyak-banyak. Nampak gayanya di dalam syurga nanti hanya penuh dengan pemimpin dan penyokong PAS ajelah . Mungkin termasuk orang cina yang memangkah PAS. Itulah yang difahamkan dari kenyataan di atas.
6. Dunia dah akhir zaman. .............Nak tahu juga MB mana yang tersentuh jiwanya tu.
