FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PELAJAR. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PELAJAR. Show all posts

Tuesday, 30 June 2009

BUDAK BERHINGUS NAK TUNJUK PANDAI DI UM


Malaysiakini

'Puaka' hantui dua siswa UM
Jun 30, 09 10:33am

Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma bagi anak-anak Palestin. Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokan harinya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kepada 2 ke 3 orang pelajar ini, semasa di Universiti tu timbalah pengalaman sebanyak mungkin. Jangan nak menunjuk bodoh sombong dan bergaul dengan kumpulan sendiri. Jika begini, inilah jadinya. Fikiran kita jadi terkongkong.

2. Kamu semua belum layak lagi nak membicarakan hal ini kalau inilah caranya anda bertindak. Kebudakkan. Belajarlah mengenal dunia dahulu..

3. Jangan nak menunjuk pandai. Jika tak kerana pertolongan kerajaan, anda semua ni tak layak pun memasuki U apalagi UM. Setakat 1 ke 2 A dalam satu-satu subjek tu kalau nak ikut dasar sebenar U, kamu semua tak layak langsung. Ramai lagi yang dapat 4 A ke atas. Jadi jangan nak menunjuk pandai dan besar kepala.

4. Pemimpin terdahulu berjasa besar dalam mentadbir negara ini. Kamu lahir semasa zaman sudah senang. Sejarah negara pun kamu tak mengetahui dengan panjang lebar.

5. Belajarlah sementara masih ada ruang yang diberi oleh kerajaan atas dasar kesian belas. Bukan kerana kebijakan anda. Jadi tajamkan fikiran kita sepanjang berada di U. Setajamnya. Kelulusan anda sangat minima. Jadi berusahalah lebih lagi dan lupakan hal bodoh seperti di atas. Kenalilah dunia anda dengan lebih baik.

6. Selamat belajar. Fikirkanlah. Lihat sendiri keputusan peperiksaan kita tu. Kalau takat bawah daripada 3.5 tu jangan cakap lebih lah. Dan juga jangan nak menunjuk pandai. Ambil kesempatan ini untuk menajamkan fikiran anda.

PETA PELAYAR