
SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini, berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.
Beliau hadir ke balai polis hari ini untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Semalam beliau telah diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi ditahan. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Penderhaka akan dituduh di mahkamah isnin ini. Tahniah PDRM dan kepada semua pihak, sehingga berjaya membawa penderhaka tak sedar diri ini kemuka pengadilan. Biar mahkamah menentukan nasibnya nanti. harap-harap biar bungkus !!!
2. Banyak lagi penderhaka yang lain lagi di luar sana yang masih bebas dan bermaharajalela. SKMM masih tidor kot dan sebahagian dari pegawai penyiasat masih tidor lagi kot?.
3. Buru terus penderhaka-penderhaka yang lain!!!!!
Nota : Peguam penderhaka ini ialah Latheefa Koyakuttee. PG nak tengok juga sejauh mana loyar yang banyak cakap ini membela penderhaka ini. Atas jalan raya melalak berdemo bolehlah. Di mahkamah nanti, nak tengok juga tarian si loyar buruk ini. Senget ke lurus ke. Rasanya tempang. Berdemo , menumpang tuah orang semangkok bolehlah. Sejauh ini tak nampak kejayaan pun si loyar ini bawa kes. Hanya tumpang tuah orang lain aje!!!
