PUTRAJAYA: Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata, ketika proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan "Agency Link-Up System" (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih. Bercakap dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini, beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik. Berita lanjut :
Penghuni Gua : Ha !!!! Apa lagi. SPR dah cabar PR . Buktikanlah, Jangan cakap aje!!! Mana hantunya. Atau pengundi hantu tu ciptaan Pakatan Rakyat kot. Atau mereka sendiri hantunya. Tak ada hantu, tapi mereka dakwa nampak hantu. Hantu aje yang boleh nampak hantu.
2. Tak gitu ?
3. Otak hantu. Akal kurang. Cakap hantu sana, hantu sini. Tapi bila menang di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, tak pulak mereka nampak hantu di negeri mereka menang. Hanya nampak hantu di negeri mereka kalah. Pelik tu. Istiharkanlah ada hantu di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dan Kedah kalau berani. Kemudian mereka boleh bubar DUN untuk buat pilahanraya semua.
4. Berani ke ?
5. Senang cerita !!!! Merekalah hantunya. Hantu aje yang nampak hantu !!!!! Betul tak ? SPR dah cabar untuk buktikan hantu nya. Apa lagi!!!! Buktikanlah terutama di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Berani?
6. Lawak, lawak !!!!!!!! Hairannya yang kerap nampak hantu nya ialah Mahfuz, Tantawi, Samsul pendek tu dan paling kerap nampak hantunya ialah lelaki Y tu le !!!!!! Mengapa ye ????
