
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen Bebas pada Khamis mendakwa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.
"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.
"Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Inilah rupa perjanjian syaitan. PG percaya ia memang ada. Perjanjian ini memang ada dibuat antara PKR dengan PAS dan DAP.
2. IKtulah sebabnya DAP danb PAS seperti lembu dicucuk hidung. Mengikut buta aje apa yang PKR buat. Semua betul dan halal.
3. Sedegil-degil DAP ini kita lihat, patah tengkok dengan DSAI dan PKR. Karpal Singh yang dulunya meminta DSAI bertaubat tiba-tiba korner baring. Boleh menjadi sekutu yang amat akrab. Sebabnya ialah DSAI dan PKR memang cekap dalam mengujudkan perjanjian-perjanjian syaitan tersebut.
4. Kepada pengundi muda, hati-hati dan fikirkanm dengan serius apa yang YB Zul katakan diatas. Bukan orang lain, bekas pemimpin mereka juga.
5. Puak-puak ini , khususnya PKR apatah lagi DSAI, mereka akan buat apa sahaja, asalkan hajat mereka sampai. Mereka ini bukan ada prinsip perjuangan. Yang mereka ada cuma nak lepaskan tengkok masing-masing dan ingin menjadi PM . Itu aje. Hal lain tolak tepi dan difikirkan kemudian.
6. PKR dan DSAI ini, dia buat dulu, baru dia fikir. Inilah parti dan individu yang telah begitu banyak merosakkan negara dan bangsa.
7. Pengundi muda: Hati-hati dengan perjanjian syaitan ini. Hati-hati dengan pelacur politik ini. Hati-hati dan fikirkan. !!!!
