FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PERKASA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PERKASA. Show all posts

Thursday, 29 April 2010

PESANAN IBRAHIM ALI UNTUK MCA DAN GERAKAN !





Katanya, oleh itu, Perkasa tidak boleh disalahkan bagi menutup kelemahan MCA dalam mendapat sokongan pengundi Cina.

"Bila orang Melayu tidak mengundi calon MCA dalam pilihan raya umum akan datang, bolehlah MCA salahkan Perkasa. Tapi, jangan gunakan Perkasa sebagai alasan kemerosotan sokongan orang Cina di Hulu Selangor.

"Video lucah, tidak berkhidmat kepada rakyat dan pergolakan dalaman MCA sebenarnya punca orang Cina tidak mengundi calon BN," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

........................................................................................Sementara itu, Ibrahim dalam SMS tersebut turut menempelak sikap Soi Lek yang menuding jari kepada Perkasa.

''MCA kalah sebelum Perkasa wujud lagi. Jadi jika nak salahkan Perkasa, salahkan saya kerana lambat tubuhkan Perkasa.

''MCA kalah dan malu alah kepada DAP, maka salah pihak lain. Nasib baik ada Perkasa untuk dijadikan alasan,'' ujarnya.

Penghuni Gua : Betul, betul tu Berahim. MCA dan Gerakan patut salahkan anda kerana lambat ujudkan PERKASA.

2. Boleh jalanlah MCA dan GERAKAN. Anda basuh berak sendiri lagi baik. Tahniah PERKASA dan YB Ibrahim. Bagus juga otak anda ni Ibrahim bila jadi YB bebas!!!!! Teruskan dengan pemikiran bebas anda. Tahniah Ibrahim Ali. Tahniah!

Wednesday, 7 April 2010

SEKURITASIKAN PERLEMBAGAAN NEGARA : PERKASA




Tragedi 13 Mei 1969 membuktikan kegagalan kerajaan mencegah fenomena perkauman yang disemarakkan menerusi konsep Malaysian Malaysia hingga mengakibatkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera diinjak- injak maruah dan harga dirinya.

Tragedi ini meletus dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) 1969. Ketika itu, elemen- elemen antinasional bertindak sesuka hati tanpa menginsafi Islam adalah agama rasmi negara, sementara Melayu dan Bumiputera adalah bangsa teras di Malaysia.

Akibatnya, parti politik Chinese-based termasuk DAP, mendapat kemenangan besar dalam PRU 1969. Beberapa kerajaan negeri juga turut dikuasai oleh parti-parti tersebut.

Dalam beberapa perarakan kemenangannya di Kuala Lumpur, pada 12 Mei 1969, mereka menjerit dan melolong sambil melemparkan kata-kata kesat dan lucah kepada umat Islam, Melayu dan Bumiputera.

Mereka mendesak bangsa teras ini gulung tikar, balik kampung, dan tanam kacang! Lantas, pembunuhan antara kaum terjadi di sekitar bandar raya, dan ramai rakyat terkorban.

Sistem pemerintahan demokrasi turut mati, Parlimen Malaysia digantung buat sekian tahun lamanya, dan Malaysia ditadbir menerusi sistem Majlis Gerakan Negara atau Mageran.

Demikianlah senarionya apabila masalah etnik gagal ditangani secara tegas dan berkesan, dan apabila ada segolongan rakyat Malaysia mempertikaikan status bangsa teras yang dimiliki oleh umat Islam, Melayu dan Bumiputera.

Inilah hakikatnya apabila Perlembagaan Persekutuan dipersenda-sendakan, dan nilai-nilai teras yang menjadi paksi keselamatan negara, termasuk permuafakatan kaum, keharmonian beragama, kesejahteraan rakyat, keselamatan ekonomi, dan ketenteraman awam, tidak dipelihara dalam negara berbilang bangsa.

Sejarah hitam ini jangan direlakan untuk berulang di Malaysia pada abad ke-21. Ia mesti dihindarkan. Seluruh warganegara Malaysia wajar berusaha mencegahnya.Oleh itu, karenah, kenyataan dan tindak- tanduk antinasional, anti-Perlembagaan, anti- Islam, anti-Melayu, dan anti-Bumiputera yang kini muncul semula di Malaysia mesti ditumpaskan habis-habisan.

Bukti-bukti kemunculan ini terkandung dalam jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen, 22 Mac 2010 bahawa sejak April 2008 hingga 31 Januari 2010, terdapat 129 laporan polis mengenai isu-isu melibatkan Islam, Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dibuat oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO).

Inilah bukti padat dan jelas bahawa seluruh peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan kini memang tercabar dan tergugat. Fenomena ini adalah ibarat api dalam sekam.
Seterusnya, kenang kembali peristiwa menjelang PRU 1999, bila Sequi menghimpunkan 2,095 NGO untuk mengemukakan 85 tuntutan di bawah 17 perkara yang disertakan dengan ugutan memboikot pilihan raya umum tersebut jika apa yang dituntut tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Anehnya, tidak ada kaum Cina di Malaysia mengatakan tindakan seperti ini rasis walaupun tuntutan Sequi melampau dan ada yang melanggar beberapa peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan dua pertubuhan pendidikan Cina iaitu Gabungan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zhong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong) pun sama coraknya.

Kedua-duanya bergabung menjadi Dong Jiao Zhong dan mengemukakan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu kerana bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan mencanggahi Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

NGO ini juga tidak dituduh rasis. Sebaliknya, ia mendapat sokongan masyarakat dan akhbar-akhbar Cina. Tetapi, apabila Perkasa wujud dan mula bersuara, organisasi ini pula dituduh dan dikecam sebagai rasis dan Melayu ultra.

Apabila 76 NGO Melayu berhimpun di Dewan Kelab Sultan Sulaiman pada 27 Februari 2010, dan berjaya mewujudkan Majlis Perunding Melayu (MPM), pun sesetengah pihak mengecam dan menyatakan MPM rasis dan ketinggalan zaman.

Pelbagai laman web, termasuk milik pemimpin DAP pula menyifatkan saya dan Perkasa sebagai syaitan. Kecaman juga dilemparkan oleh halaman 'blogger Melayu dan Melayu liberal' yang lupakan nasib bangsanya.

Amat menyedihkan lagi, kini terdapat parti Islam menjual Islam demi kepentingan diri sendiri, dan segelintir pemimpin Melayu yang menjadi dalang perpecahan Melayu. Pemimpin Melayu terbabit, nampaknya disokong oleh segelintir pemimpin Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Islam liberal. Beliau tergamak memperdagangkan nama baik ulama besar Yusuf Al-Qardhawi untuk kepentingan dirinya.

Perkembangan seperti ini menjadikan perpecahan Melayu sampai ke kemuncaknya. Sebab itulah Melayu dan Islam tergugat, kalimah Allah tergadai, ayat suci al-Quran diizinkan dibaca oleh bukan Islam dalam ceramah politik, peruntukan membina masjid diungkit oleh pihak tertentu dan tidak dipertahankan, dan kepala khinzir dihumbankan ke dalam masjid.

Pada waktu yang sama, ada juga parti politik Melayu yang kini teragak-agak untuk bersuara dan mempertahankan Melayu dan Bumiputra secara jelas dan tegas, semata-mata demi menjaga kepentingan politik.

Inilah senario mutakhir kini. Ia menuntut kita insaf untuk menggerakkan semula kesedaran mengembalikan perpaduan dan maruah umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Bersatu Teguh Bercerai Roboh!

Oleh itu, institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kesultanan Melayu jangan dipersenda- sendakan. Hakikat Islam adalah agama rasmi jangan dipertikaikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jangan diungkit-ungkit. Hak-hak istimewa ekonomi serta pendidikan umat Islam, Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan jangan diancam status-quonya.

Dasar-dasar yang disifatkan sebagai memihak kepada Melayu dan Bumiputera dalam konteks jurang perbezaan ekonomi yang masih lebar, juga jangan sekali-kali cuba disanggah dan dirobah hakikatnya.

Berasaskan perkembangan semasa juga, Perkasa dan MPM mengadakan sidang meja bulat membincangkan cadangan Model Ekonomi Baru (MEB). Sidang ini menghasilkan memorandum yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara.

Antara kandungannya, MEB mesti mengandungi tindakan afirmatif yang memastikan Bumiputera memiliki 30 peratus ekuiti kekayaan ekonomi negara dalam semua sektor selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru sebelum Malaysia menjadi negara maju pada 2020.

Tuntutan itu selaras dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai sosial-ekonomi, di mana pembahagian kekayaan negara harus berdasarkan kepada peratusan kaum.

Bumiputera kini merupakan 67 peratus penduduk Malaysia. Jika Piagam PBB ini dijadikan aras tanda yang rigid, semestinya 67 peratus kekayaan negara ini dibahagikan kepada Bumiputera. Namun begitu, Bumiputera hanya menuntut 30 peratus. Tetapi, kerajaan mesti menjamin bahawa asas MEB perlu mengambile kira Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Jika ini dilakukan, Perkasa, MPM, umat Melayu dan Bumiputera akan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bagaimanapun, UMNO juga mesti tegas dalam hal berkaitan kepentingan dan tuntutan umat Islam, Melayu dan Bumiputera jika mahu kekal relevan dan terus mendapat sokongan padu.

Oleh itu, sebarang keputusan dasar mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera mesti dibuat secara berhati-hati. Jiwa dan hati nurani umat Islam, Melayu dan Bumiputera jangan sekali-kali diguris, dihiris dan dilukakan.

Insaflah, tanpa kuasa politik yang majoritinya diperoleh daripada undi umat Islam, Melayu dan Bumiputera, keselamatan rejim dan keselamatan politik yang menjadi paksi kekuasaan di negara ini pasti akan terancam dan mungkin pupus.

Hakikat ini pahit. Tetapi, inilah realitinya kerana sejak merdeka sampai sekarang, umat Islam, Melayu dan Bumiputera adalah penyumbang terbesar dan menjadi benteng paling kukuh kepada struktur kekuasaan, keselamatan rejim, keselamatan politik, dan keselamatan negara di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa undi bukan Melayu dan bukan Bumiputera memang menyumbang kepada dinamika dan struktur kekuasaan negara. Tetapi, undi mereka di Malaysia adalah faktor yang berubah-ubah mengikut pertimbangan politik sewaktu pilihan raya umum diadakan.

Berdasarkan semua kenyataan di atas, terbuktilah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sumber utama kepada keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, Perkasa mendesak kerajaan mensekuritisasikan atau securitized Perlembagaan Persekutuan sebagai objek rujukan kepada ancaman negara.

Maksudnya, kerajaan mesti menjadikan pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan oleh seluruh warganegara Malaysia sebagai satu daripada nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan menerusi konsep keselamatan negara.

Maknanya, kerajaan mesti menjadikan tindak-tanduk mempersenda-senda atau mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tindakan yang mengancam keselamatan negara.

Hakikatnya begitu kerana perjuangan memelihara dan mempertahankan keselamatan negara dalam senario Malaysia moden mutakhir ini terpaksalah dilaksanakan secara keras dan tegas. Jika tidak, umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang akan terjejas, dan status-quo kekuasaan dan pemerintahan negara masa kini juga yang mungkin pupus.

Kerajaan juga mesti insaf bahawa Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah sumber yang mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, sebagai undang-undang cegah rintang kepada pelbagai tindakan antinasional yang menjejaskan keselamatan rejim, keselamatan politik, keselamatan masyarakat, keselamatan ekonomi, dan keselamatan negara.

Oleh itu, segerakanlah proses pensekuritisasian Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perkara 149, Perkara 150, dan ISA tidak akan memberikan sebarang makna jika Perlembagaan Persekutuan dipertikai, dipersenda-senda dan cuba untuk dimansuhkan menerusi beberapa mekanisme neo-imperialis antarabangsa.

Lantaran itu juga, kerajaan mesti bertindak radikal dan berani demi keselamatan negara. Kerajaan mesti tegas dan keras untuk melakukan pensekuritisasian ini demi keselamatan politik dan keselamatan rejimnya.

Kerajaan mesti proaktif untuk memperjuangkan status umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang menjadi warganegara teras di Malaysia. Ini penting kerana perjuangan memelihara keselamatan negara adalah hak negara dan pemerintah untuk menentukannya.

Proses mensekuritisasikan sesuatu objek rujukan kepada keselamatan negara, dalam konteks ini mensekuritisasikan Perlembagaan Persekutuan, juga adalah proses yang dalam bidang kuasa kerajaan untuk melakukannya.

Ini kerana dalam konteks keselamatan negara, kerajaan adalah pihak yang menjadi autoriti untuk melaksanakan proses pensekuritisasian atau proses securitization tersebut.

(Artikel ini adalah sebahagian daripada ucapan Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali di Perhimpunan Kebangkitan Perpaduan Melayu sempena Mesyuarat Agung Perkasa Kali Pertama pada 27 Mac 2010 di PWTC)

Penghuni Gua : Tahniah PERKASA. Teruskan perjuangan anda dan pertahankan terus hak Melayu yang tercatat dalam perlembagaan. Jangan mundur walau sikit pun. Anda semua adalah pejuang. Anda yang mempertahankan perlembagaan. Tak lebih atau tidak kurang.


2. Kecaman adalah asam garam dalam perjuangan. Hidup PERKASA.

Tuesday, 30 March 2010

UCAPAN TUN MAHATHIR JIJIK ? BOLEH JALANLAH GERAKAN !

( Inilah wajah Parti GERAKAN sekarang )


Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pergi Jahanam kau GERAKAN. Otak dan fikiran anda yang rasis dan menjijikkan. Buat tuduhan tidak usul periksa. Siapa anda dan parti anda yang nak persoalkan Tun Mahathir?

2. Cuba tunjukkan di mana ucapan Tun Mahathir yang rasis dan menjijikkan. Cuba lihat ucapan Tun Mahathir di KLIK. Tiada apa pun yang rasis dan menjijikkan serta menjejaskan 1Malaysia dan menghina PM DS Najib.

3. GERAKAN ! Anda dan parti anda jangan biadap dan kurang ajar. Andalah parti rasis dan menjijikkan. Menuntut sesuatu perkara untuk menjejaskan hak orang melayu yang telah dipersetujui oleh nenak moyang anda sebelum kemerdekaan dengan berbagai tolak ansur dari berbagai kaum.

4. Parti andalah yang biadap dan amat perkauman. Cuba menghapuskan dan menguruangkan hak orang Melayu dan pribumi . Banyak sekali tuntutan dan desakan anda untuk mengugat hak orang melayu dan pribumi . Dari hak istimewa orang melayu, biaisswa, papan tanda, bahasa dan sebagainya.

5. Apa yang orang melayu telah mengambil hak anda ? Kami hanya pertahankan hak kami mengikut perlembagaan. Begitu juga PERKASA dan Tun Mahathir.

6. Adakah pertahankan hak kami seperti dalam perlembagaan satu yang rasis dan menjijikkan. Otak dan fikiran anda dan parti andalah yang buruk dan menjijikkan. Siapa anda untuk mempersoalkan Tun Mahathir. Apa jasa dan hak anda?

7. Kepada GERAKAN, baik anda jaga rumahtangga anda sendiri. Pulau Pinag pun anda tiada wakil. Presiden anda yang pandai bercakap lembut ) tu pun tiada tempat berpijak. Hanya ehsan PM Najib , barulah anda presiden anda terkentut-kentut bersuara. jangan cakap lebihlah. Lebih baik anda buat pelan strategik jangka panjang bagi memulihkan parti anda yang hanya melukut nyawa-nyawa ikan dan akan mati bila-bila masa.

8. Jangan bawa isu perkaumanlah untuk menarik sokongan masyarakat cina. Cukuplah GERAKAN hanya mnjadi penjilat dan selalunya kelihatan bodoh.

9. TUN Mahathir jauh lebih bijak dan berjasa dari anda. Kepada PM, PG syorkan agar nyahkan aje GERAKAN ini dari BN. Ada pun buat semak aje. Presidennya pun hanya menteri yang memakan gaji buta aje. KPI dan NKRA pun berjalan apabila di bantu oleh Dato Idris Jala. Jika harapkan Presiden GERAKAN, sampai dunia kiamat pun KPI dan NKRA yang diarahkan oleh PM DS Najib agar Presiden GERAKAN gubal pun tak siap-siap.

10. Sudahlah GERAKAN! Cakap aje banyak. Jaga nyawa anda sendirilah. Parti anda pun nak berkubur dah . Hanya menunggu tarikh yang sesuai aje dan memilih lokasi pengkebumiannya sahaja. Samada di Pulau Pinang atau.........

Monday, 8 March 2010

PERKASA : TERUSKAN PERJUANGAN ANDA !



Pasaran bebas ancam Melayu, kata Ibrahim Ali

Salhan K Ahmad & Hazlan ZakariaMac 8, 104:18pm


Usaha mengangkat perjuangan Melayu melalui Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) bukanlah satu usaha perkauman, malah perlu, untuk memastikan pembahagian ekonomi negara yang setara, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali. Ibrahim berkata demikian bagi mempertahankan pendiriannya sebelum ini yang menyeret beliau ke kancah konflik kerana mengambil sisi perkauman.

Becakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu juga berkata usaha ini akan dibawa melalui Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) yang dianjurkan pertubuhan ini - meliputi 76 buah pertubuhan Melayu dan Islam dalam negara, katanya lagi.

Tambahnya, usaha ini perlu digembleng memandangkan negara dilihat semakin cenderung mengamalkan dasar pasaran terbuka yang dikhuatiri akan menjejaskan persaingan di kalangan golongan itu. Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan.

Apakah pendirian PERKASA dalam cadangan Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan perdana menteri? Pada kita ia tidak mempunyai apa-apa makna dan dan ia amat bahaya sebab kalau semata-mata 'market driven', (sekiranya) semua (modal) berada di kalangan syarikat-syarikat besar yang gagah dan dominan. Sebab itu PERKASA kita mencadangkan 'market driven with affirmative action'.

Maksudnya pasaran terbuka tetapi diikat dengan tindakan kesungguhan. Adakah ini melalui pengenalan semula Dasar Ekonomi Baru? Ini bukan pengenalan semula DEB, ini kita kira paling penting kerana perlu ada affirmative action dan equitable distribution. Maknanya pembahagian kekayaan yang adil di kalangan rakyat. Bagaimana pasaran bebas ini akan membahayakan kepentingan Melayu? Memang, dia bukan sahaja membahayakan Orang Melayu (malah) membahayakan golongan-golongan yang tidak berada, akan ditindas.

Saya nak berkongsi pendapat, cuba rujuk buku Prof Amy Chua, seorang profesor di Universiti Yale, Amerika Syarikat. Beliau seorang perempuan Cina dan agak terkemuka. Dia menulis buku World On Fire. Dia mengatakan kalau ekonomi ini didominasi oleh pasaran bebas, di mana golongan kecil mendominasi golongan yang lebih besar, ini amat bahaya kepada sesebuah negara. Ia akan menimbulkan kesan ketidakstabilan politik dan huru-hara kepada sesebuah negara. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di negara-negara Asia tenggara.

Kita tengok bagaimana orang Filipina membakar kedai milik orang Cina di Filipina. Kita tengok bagaimana orang Afrika Selatan membakar kedai orang India di negara itu. Begitu juga di Indonesia. Apakah yang dicadangkan oleh PERKASA bagi mengatasi keadaan ini? Golongan minoriti ini mendominasi golongan yang lebih besar melalui pasaran terbuka. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, ia juga perlu disusuli dengan affirmative action.

Dulu kita ada tindakan ini melalui Dasar Ekonomi Baru. Ini pada PERKASA, mesti diteruskan selagi mana berlaku ketidakadilan dari segi pembahagian kekayaan negara. Kita tengok kekayaan negara sekarang ini dikuasai 60 peratus lebih oleh golongan Cina manakala Bumiputera masih lagi ketinggalan jauh, tak sampai pun 20 peratus, malah makin menurun. Sebab itu kita katakan affirmative action ini perlu diteruskan cuma perlu dikenal pasti instrumen-instrumen berbeza daripada dulu.

Ini akan dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi dalam sidang meja bulat nanti. Yang akan diumumkan perdana menteri dan Model Ekonomi Baru itu cuma kenyataan dasar sahaja dahulu, belum lagi pelaksanaannya yang terperinci yang akan diumumkan pada Oktober. Jadi kita masih ada masa untuk mengenal pasti instrumen yang kita boleh cadang, apa instrumen yang boleh dilakukan kerajaan.

Apa perlunya tindakan seperti ini diambil sekarang? Ini penting kerana akhir-akhir ini kita memang ada perbezaan pendapat dengan beberapa pihak. Saya telah diserang oleh MCA, yang disiarkan oleh Malaysiakini mengenai kenyataan saya di Kluang. Saya mengatakan kerajaan harus berhati-hati (dalam) memberi projek-projek besar kepada tokoh-tokoh korporat Cina. Saya mengatakan demikian sebab saya nak rujuk seminar model ekonomi baru anjuran Dewan Perniagaan Cina Malaysia yang disiarkan (akhbar) The New Straits Times pada 9 Februari 2010.

Pengarah urusan YTL Group Tan Sri Francis Yeoh berkata: 'There should be brutal competition for Malaysian business environment to thrive. The country could no longer have a little brother mentality where businesses are protected by the government. It has lured us into an economic model that could not be sustained.' Maknanya dia menganjurkan satu bentuk persaingan brutal iaitu, siapa kuat dia menang. Ini cadangan Francis Yeoh. Maknanya pada dia, kerajaan kena mengenepikan segala bentuk pertolongan dan mengenepikan apa jua bentuk subsidi.

Jadi saya berpendapat ini kenyataan yang tidak betul dan amat tidak insaf, kenyataan sombong dan bongkak sebab pada saya Francis Yeoh dan Kumpulan YTL itu sendiri berjaya kerana apa? Bukankah dia sendiri mendapat faedah yang besar daripada kerajaan? Contohnya beliau telah menjual (elektrik daripada) penjana tenaga bebas (IPP) kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) dengan harga yang penuh kontroversi. Kemudian dia dapat lagi berbagai kemudahan dengan kerajaan.

Bukankah ini yang dinamakan pertolongan, ini lebih daripada subsidi. Bagaimana keadaan ini membentuk ketidaksamarataan ekonomi? Ini juga satu affirmative action tetapi kepada tauke-tauke besar sahaja. Sebab itu kita tengok bagaimana Robert Kuok boleh jadi billionaire sebab dia monopoli gula. Kita tengok Vincent Tan bagaiamana dia boleh berjaya, sebab dia ambil alih penswastaan Berjaya Sports Toto. Kumpulan Genting berjaya kerana monopoli lesen judi. Kita tengok Ananda Krishnan berjaya kerana monopoli (melalui) Astro dan mendapat hak Maxis.

Kalau kita tengok apa yang mereka dapat bukankah ini satu pertolongan dan ini juga satu affirmative action tapi untuk tauke-tauke Cina. Yang saya katakan, apa yang mereka dapat, jika dibandingkan dengan orang Melayu? Kontrak yang diagihkan kepada orang Melayu ini (bernilai) berapa sen sahaja (jika) dibandingkan dengan apa yang mereka dapat?

Penghuni Gua : Teruskan perjuangan anda PERKASA. Tentang mereka yang seperti gergasi YTL yang tak sedar diri ini.

2. PG sentiasa bersama anda.

PETA PELAYAR