
ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Jelas ! Gabungan yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dan hanya berlingkar di kalangan 2 ke 3 orang pemimpin serta hanya bermotif berkepentingan peribadi sedang mereput dan akan terus mereput.
2. Inilah gabungan peliwat-peliwat politik yang hanya memikirkan kepentingan politik masing-masing dan individu tertentu. Sebab ini gabungan ini tidak putus-putus dilanda musibah sejak PRU12.
3. Pengistiharan ADUN Pelabuhan Kelang keluar dari PKR dan menjadi ADUN bebas di atas adalah tanda terbaru bahawa gabungan ini hanya nampak kukuh diluaran sahaja. Hakikatnya berbagai masalah yang jelas menunjukkan kerapuhan kesatuan mereka. Begitu juga lah dengan gabungan ini ( PR ).
4. Sudah 4 ADUN PR keluar parti dan menjadi bebas. Juga Jeffry Kitingan dan ketua Bahagian PKR Kota Kinabalu juga sudah letakkan jawatan dalam parti. Mereka kini menjadi ahkli biasa. Zaid ( pakar segala pakar ) pun sudah bercuti panjang. S/U Agung PKR juga hampir pasti akan keluar PKR.
5. PAS juga bergolak kerana TGNA keluar fatwa. Minta EGM dapat hanya mensyaurat khas. TGNA minta disingkirkan 3 orang pemimpin yang bermasalah, pucuk pimpinan PAS hanya memberi surat tujuk sebab kepada perhubungan Selangor. Sorry le TGNA. Mereka tak dengar pun sabda dan fatwa TGNA.
6. Pakar-pakar PAS dari Terengganu yang menentukan segalanya. Nak marah apa. Ahli yang tidak bijak memilih pemimpin PAS dari negeri yan g kalah dan mereka ini jelas KPI nya amat rendah. Hanya boleh bercakap berdegar-degar sahaja. Akhirnya Terengganu diambil semula oleh BN. Sepenggal sahaja. Mata ahli PAS rabun. Dipilihnya juga kumpulan dari Terengganu untuk menerajui PAS. Mungkin pemimpin PAS Terengganu , serbannya lebih besar dari Serban pemimpin PAS di Kelantan. Sekarang PAS di dominasikan oleh mereka.
7. Kesimpulannya, masa sedang berjalan. Pereputan terus berlaku. Kita lihat adakah masih ada saki baki tulang-tulang untuk kita semua analisi DNA PKR, PAS dan DAP . Juga boleh dianalisis DNA PR juga.
8. Sadakalah Hul Azim. Geli hati juga mendengar alasan Badrul keluar PKR : katanya kerana kes liwat DSAI yang dilihatnya DSAI banyak sangat buka langkah silat. Silatnya pula sumbang. Kepada yang lain ! Fikirkanlah. Liwat itu benar....... Liwat itu benar, ....Liwat dan kejadian liwat itu benar , dari yang terdahulu dan terkini. Yang terdahlu , mahkamah dan Ahli Kimia sudah sahkan DNA liwat dan perzinaan DSAI. Buka lah mata anda seluas dan selebarnya.
