
Penghuni Gua : Sekejap lagi akan berlangsung penamaan calun bagi PRK Galas di Gua Musang dan Bt Sapi di Sabah.
2. Kepada pihak berkuasa, selamat bertugas dan perlu beri perhatian kepada puaka-puaka piliharaya yang banyak berkeliaran di kawasan berkenaan bagi membuat onar dan kacau bilau. Tak kiralah parti mana, tetapi puaka ini akan buat apa sahaja asalkan mereka menang. Kalau kalah apatah lagi.
3. Kepada pihak berkuasa terutama PDRM , ambil tindakan segera dan setegas mungkin kepada semua puaka ini jika mereka membuat onar. Jangan dok bagi amaran, amaran keras dan amaran terakhir. Akhirnya buat habis ke boreh aje.
4. Selamat bertugas dan PG doakan semuga keadaan keselamatan aman sepanjang penamaan calun ini seterusnya sehingga ke hari pembuangan undi. Selamat mengundi di PRK Galas Gua Musang dan Bt Sapi di Sabah..
