FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PRK HULU SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PRK HULU SELANGOR. Show all posts

Wednesday, 28 April 2010

SALAH PERKASA ?




MCA menyelar presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwanya berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Salah PERKASA ke bila undi cina tidak memihak kepada BN di PRK Hulu Selangor? Ada kajian ke. Atau pakai sedap cakap aje.

2. Apa peranan MCA dan GERAKAN di PRK Hulu Selangor? PG ada di sana sejak 19 apr hingga 27 apr di sana. Tak ada apa pun yang dibuat kedua parti ini. Selebihnya hanya membontot PM dan TPM. Kedua pemimpinnya terhegeh-hegeh dan tersengeh-sengeh macam muka tak sudah.

3. Nak bersuara di kalangan orang cina pun ak berani. Apa yang MCA dan GERAKAN dah lakukan sejak PRU 12? Kosong! Hanya DS Najib le ke hulu ke hilir dan siang malam perah otak nak baiki negara dan parti.

4. Nak harapkan 2 parti ini? Sibok dengan perempuan dan bersuara seperti dan jauh lebih teruk dari pembangkang DAP. Cakapnya semua isu perkauman dan jauh lebih buruk dari PERKASA.

5. Sudahlah MCA dan GERAKAN. Cakap aje banyak. Kerja tak buat. Baiki prestasi diri anda. Pemimpin 2 parti ini hanyalah habuk-habuk yang tak berguna semuanya kecuali 2 ke 3 kerat yang baik dan berkeliber seperti ..........................yang lain ? Sampah politik...semuanya.

6. Sesekali fikir , betul juga apa yang Ibrahim Ali cakap tu. Kerajaan sewajarnya tumpukan pembangunan di luar bandar dan kawasan estet. Mereka ini yang lebih perlukan semua itu dan tahu pula mensyukurinya.

HASUTAN NIZAR DI HULU SELANGOR !

Dipetik dari blog : Panglima Perang Cyber

Monday, 26 April 2010

PRK HULU SELANGOR : CONTOHI ADUN DAP TRIANG !




KUANTAN: Kejayaan Kamalanathan itu turut menerima ucapan tahniah daripadapembangkang, Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) yang menyifatkan proses pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam berjalan secara aman dan keputusannya perlulah diterima oleh semua pihak.Leong mengambil kesempatan itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah PG kepada ADUN DAP Pahang ini. Beliau dilihat mempunyai otak sedikit dan profesional. Baliau menerima kekalahan dengan gentelmen dan seperti orang jantan.

2. Yang lain terutama pemimpin PKR harus dan wajib mencontohi ADUN DAP ini. Ini tidak. Sampai ke saat ini berbagai luahan dan kecaman PKR kepada BN atas kekalahan mereka di PRK Hulu Selangor. Ada yang kata BN tak menang, BN menang dalam kalah, BN tabur duit, DSAI pun kata BN belanjakan RM 64 k seorang di PRK Hulu Selangor ( berdasar projek yang djalankan dan diluluskan kerajaan di parlimen Hulu Selangor.

3. Dah kalah tu, terimalah. Menang tak kira le satu undi ke , 10 undi ke. Bertanding ni, matlamat utama nak menang. PAS pun menang dengan kelebihan dan memerintah Kelantan selepas PRU 11 dulu pun memerintah dengan hanya kelebihan 1 kerusi aje. BN tak bising pun. Menang tetap menang.

4. Jadi pemimpin dan penyokong PKR harus mencontohi rakan mereka yang berotak sikit dari DAP ini. Belajar menerima kekalahan dan tahniah kepada yang menang. Yang kalah perbaiki diri. Yang menang perlu kerja keras untuk menambahbaik perkhidmatan kepada rakyat. DSAI jangan cerita le. Semua orang salah. Serupalah macam perbicaraan liwatnya. dari polis hingga Hakim, ahli kimia semua tak betul. Dalam PRK ini pun semua salah. Dari SPR, polis, pengundi semuanya salah. Pengundi Hulu Selangor pun dituduhnya menerima rasuah dari BN dan kerajaan. Kepada orang Selangor: Ingat! Anda dituduh makan rasuah oleh DSAI kerana mereka kalah di PRK ini. Tentukan PR tumbang di seluroh Selangor dalam PRU 13 atas tuduhan berat ini.

5. Tahniah BN. Kalau malas kerja: Kami akan jatuhkan anda nanti dalam PRU 13. Ingat. Jerat tak pernah lupakan pelanduk...............................

Nota : Kepada MCA : Ada pun tak apa. Tak ada lagi baik. Sama le dengan GERAKAN TU. Buat semak aje.

PRK HULU SELANGOR : APA BISING-BISING !


BUKAN MAIN BISING MEDIA CYBER PUAK PR INI , BILA KALAH PRK HULU SELANGOR. APA BISING-BISING. DAH KALAH TU DIAM AJE LE. LIHAT KELEMAHAN DIRI SENDIRI. BILA MENANG SENYAP. BELAJAR LE TERIMA KEKALAHAN. BARU LE KITA DILIHAT SEBAGAI PEJUANG SEBENAR. CAKAP AJE PEJUANG. TAPI BILA KALAH TAK TERIMA PULA KETENTUAN ALLAHI. APALAH.

2. PAS PUN SAMA. CAKAP AJE ISLAM SANA SINI. SEMBAHYANG HAJAT SANA SINI. DAH ALLAH TAK PERKENANKAN HAJAT ANDA SEMUA , MESTI ADA SEBAB MUSABAB DAN HIKMAHNYA. PERCAYA LE KADA DAN KADA ALLAH. MUNGKIN ALLAH TAK BERKENAN DENGAN PR. MUNGKIN. ITU PUN KALAU KITA MAHU MELIHAT KE SITU DAN MAHU BERFIKIR!!!!!!!!!!!!!!!

3. DIAM AJE LAH. MUHASABAH DIRI LAGI AFDAL!!!!!!!!!!! !

Sunday, 25 April 2010

DATO HAJI ZAID IBRAHIM DAKWA DAKWI PULAK DAH !


Malaysiakini

Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S'gor
Jimadie Shah OthmanApr 25, 1010:40pm

............................Walaupun tewas dalam pilihan raya kecil parlimen Selangor, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini. Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 200 penyokong tegar mereka.

Malah Zaid sendiri kelihatan sebak, .......................................................... "Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini"...............................................................................................
"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya........................................... "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi." Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa ni Zaid. Tak puas hati lagi ke? Anda cakap apa ni. Dah kalah tu sudahlah!

2. Anda tuduh PM membeli undi? Ada bukti ke? main tuduh aje , semua boleh tuduh. Buktikan. Anda peguam. Peguam tersohor lagi dan selalu mengwar-warkan hak asasi manusia. Man buktinya. Main tuduh buta macam tak sekolah aje.

3. Dah kalah tu, redha ajelah. Jangan nak salahkan orang dan takdir Allah pula. Periksa kelemahan diri. Jangan asyik dok rasa pandai sangat dan semuanya sempurna.

4. Terimalah kekalahan dengan lapang dada. Masa menang tak berbunyi apa pun. Tak ada hantu, semuanya adil , tak ada rasuah dll. Jadi jangan bila kalah semua nak berbunyi.

5. Kepada Zaid dan PKR ! Terimalah kekalahan ini kerana kelemahan diri dan parti anda yang tiada berperinsip. Betulkan dan lawan bali di Sibu Sarawak. Dicadang , Zaid jadi calun PR di Sarawak. Boleh apa.

6. Kepada pihak polis, tentukan kepada mentol-mentol yang buat kacau di PRK Hulu Selangor diambil tindakan tegas dengan mendakwa mereka. Tidak kira mentol-mentol ini dari parti mana. Ketenteraman diutamakan. Tuduh mereka segera.

7. Akhirnya : Sudahlah Zaid. Talkin untuk anda dalam politik. Cari le pentas lain...............Kepada BN! Kemenangan ini bukan untuk anda berlagak , tetapi kerja keras untuk menunaikan janji anda kepada rakyat. Kalau terus malas, bukan sahaja PG akan membungkusnya, sekalim lagi rakyat akan terus membenamkan anda.

8. Jangan jadi lagi kesilapan yang dilakukan oleh PM terdahulu iaitu di zaman Pak Lah. Semuanya tidor. Sebab itu Zaid Ibrahim, Hj Hadi, Mahfuz, TGNA dan ramai lagi yang suka dan puji Pak Lah kerana mereka senang senang nak bodohkan dan mainkan. Itu aje. Itu le yang Zaid puji Pak Lah masa berucap di padang awam Kuala Kubu Baru malam tadi............Melambung-lambung puji Pak Lah tu.

9. Lihat juga leteran lanjut Haji Zaid di KLIK.

PRK HULU SELANGOR ! SELAMAT MENGUNDI !


SELAMAT MENGUNDI. SEMUGA AMAN DAMAI DAN YANG TERBAIK AKAN MEMENANGINYA! TERIMALAH SEMUA KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH RAKYAT. SEMUGA MALAYSIA TERUS AMAN DAN TERTERAM. AMIN.

Saturday, 24 April 2010

MANIFESTO DAN KENDERAAN KEMPEN PR DI HULU SELANGOR !

Di petik dari blog : Reformasin





Penghuni Gua : Lu fikir le sendiri. Fikirlah pengundi Hulu Selangor.

SERANGAN PERIBADI KERJA BODOH : TGNA



Nik Aziz: Serangan peribadi 'kerja bodoh'
Abdul Rahim SabriApr 23, 1010:12pm

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan". Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Memang betul TGNA. Ini kali pertama PG setuju dengan TGNA.

2. Cumanya kerja bodoh dan kebudakkan tersebut dimulakan oleh PAS. Contohnya , PAS lah yang memulakan kerja bodoh dan kebudakkan tersebut di PRK Permatang Pasir dengan memburukkan peribadi calun BN Rohaizat kononynya beristeri dua. Kerja bodoh dan kebudakkan itu pula diketuai oleh si Mahfuz dan Mat seban si Tantawi tu.

3. Jadi kepada TGNA : hamburkan cemuhan kebodohan dan kebudakkan itu kepada 2 pemimpin anda tersebut. Beri didikan islam yang betul kepada mereka. Kami ini kurang islamnya. Jadi kami semua mengikut contoh pemimpin anda yang lebih islam seperti dakwaan anda. Jadi serangan peribadi tersebut dilihat direstui oleh PAS dan dua makhluk tersebut. Jadi kamimkira halallah. Sebab itu kami semua ikut.

4. Jadi ludah muka sendirilah Tok Guru. Jangan dok ludah muka orang. tahi itu anda yang bawanya ke mana-mana. Tak libatkan orang lain pun. Ludahlah muka anda dan pemimpin anda sendiri.

5. Semakin meluat melihat kepuraan mereka.

Friday, 23 April 2010

PELAN 16 SEP GAGAL TAKDIR ALLAH ? SILAP TU DSAI !




..................................................."Bagaimanapun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Anda , DSAI , jangan memutar belit kenyataan dan nak membabitkan Allah pula dalam kegagalan pelan 16 septenber anda.

2. Anda jangan cuba menipu pengundi dan penduduk Hulu Selangor. Mereka dan kami semua bukan bodoh dan boleh diperbodohkan oleh anda.

3. Anda katakan kegagalan pelan 16 sep adalah kerana takdir Allah. Silap DSAI. Silap besar anda sebenarnya.

4. Keadaan sebenarnya ialah Allah tak izinkan ianya terjadi. Allah akan halang ianya terjadi . Ini kerana Allah Maha Mengetahui siapa anda. Allah tak akan izinkan Malaysia ini ditadbir oleh mereka yang buruk perangainya dan pendendam. Allah tak akan izinkan sampai bila-bila.

5. Pengundi di Hulu Selangor ! Anda jangan sesekali mengundi parti dan calun dari pemimpin ini. Jangan sesekali lakukan kesilapan. Anda boleh lihat apa yang berlaku. Seorang demi seorang pemimpin utama PKR telah keluar. Adakah semuanya salah MP dan ADUN - ADUN PKR ini.? Atau memang benar kata mereka semua bahawa anda seorang pembelit dan hanya pentingkan diri sendiri ?

6. PG berpendapat DSAI dah tak ada modal dan juga kepanasan kerana ayam sabung dan kuda sabungnya masih berada di belakang calun BN di PRK Hulu Selangor......Panas! Panas!

Thursday, 22 April 2010

KAPAL SELAM : MAHFUZ MINTA PM CUTI : BIAR BETUL MAHFUZ !!!



Kapal selam: PAS suruh Najib bercuti
Joseph SipalanApr 22, 104:25pm


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mempertimbangkan cadangan supaya beliau bercuti bagi membolehkan siasatan perhubung pembelian kontroversial kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dapat dijalankan.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua: Apa cerita Mahfuz, Cuti apanya. Anda ingat PM ini tadbir sekolah pondok ke?

2. Mengapa anda tidak mendesak TGNA dan ADUN Melor juga bercuti kerana rasuah haji dulu. Ia masih di siasat lagi oleh SPRM?

3. Mengapa anda tak arahkan ADUN Melor yang tidak memberi nafkah pada bekas isteri kembojanya dan masih dibicarakan di mahkamah?

4. Mengapa tidak mendesak Ketua Dewan Ulama PAS Perlis bercuti dari jawatan partinya kerena mendera isterinya?

5. Anda masih berakal Mahfuz? Sudah-sudahlah Mahfuz! Jangan hipokrit. Kalau ada bukti , buat repot polis. Ini cakap itu seleweng, ini seleweng. Mana buktinya untuk buka jalan polis jalankan siasatan. PG pun boleh tuduh anda makan kedarah rasuah balak di Kelantan dan di mana-mana pun. Tapi isunya bukti.

6. Sekadar nak tuduh semua orang boleh tuduh. Tapi nerakalah tempatnya. Dahlah anda beri fatwa kuda lumba Zaid tu haram dan amalan Rasullallah. Kuda Zaid tu kudi pertaruhan. Bukan kuda riadah atau kuda endurance. Itu pun anda nak berbelit. Salah kata lah salah. Jangan kerana politik anda menghalalkan perkara yang haram. Jangan sembunyi fakta tentang kuda Zaid tu..............

7. Sudahlah Mahfuz. Menyampah!!!!!!!!!!!

Wednesday, 21 April 2010

KUDA LUMBA : TAK APA / HALAL ! FATWA DATO HAJI ZAID IBRAHIM !

( Sukan kuda lumba halal. Sama le dengan sport TOTO. Sport ! )




Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno."Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,” jelas Zaid.Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi."

Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” katanya.Meskipun Zaid tidak bertaruh dalam perlumbaan kuda tetapi nilai kudanya bergantung kepada prestasinya dalam perlumbaan berkenaan dan kepopularannya di kalangan kaki judi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bagus juga fatwa Hj Zaid Ibrahim ini. Memiliki kuda lumba dan orang lain bertaruh atas kuda tersebut. Tak haram. Halal. Sebab Hj Zaid kata dia tak berjudi cuma menyedia dan memiliki kuda untuk berjudi aje.
2. Macam tu senang aje le, PG pun boleh le buka kelab malam dan buka kedai runcit jual arak . Bukan salah kalau ikut fatwa Hj Zaid Ibrahim. PG tak minum tapi buka kelab malam dan jual arak aje. Tak haramkan? Tak salah fatwa Hj Zaid. Tok Guru Haji Hadi dan TGNA kata dia dah insaf dan baru balik haji. Jadi takkkan fatwa Pak haji boleh salah.

3. Nak mimta komen PAS sikit. Pemimpin mereka kan orang warak dan kekasih Allah. Jadi mungkin fatwa Haji Zaid ini boleh di endorse oleh PAS. Jadi tak le jadi isu kalau kerajaan Selangor nak jual arak di Seven Eleven yang dibantah keras oleh Dato Hassan Ali. Hassan Ali Oii. Faham sikit dengan fatwa Hj Zaid ini. Jual arak tak apa. Minum aje tak boleh. Jadi apa bising-bising jual arak di seven eleven di Selangor.

4. Lepas ini kalau Hj Zaid menang senang le manusia penjual dan kaki arak di Selangor. Semua boleh jual arak termasuk orang islam. Jual aje , bukan minum.

5. Jadi begitulah analogi mudah , kalau kita membaca kenyataan dan penjelasan Dato Haji Zaid Ibrahim yang baru balik haji ini. iaitu

" memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi."Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,”...

6. Oooohhhh lupa, sukan rupanya Haji Zaid cakap. Yang PG tahu, ia adalah sama aje. Ia perbuatan subahat. Sama le dengan berjudi. Entah le. Mungkin PG silap. PG tak pergi haji lagi. Mungkin halal le kot. Pak haji yang cakap. Sukan judi Kuda.

6. Sukan judi? Ha ha ha..... Bagus-bagus!!! Zaid !. Makna nya orang ramai pun boleh le membeli judi ekor ini terutamanya SPORT TOTO. Ia sport / sukan. . Sukan judi. Namanya pun sport. Jadi apa salahnya kita berjudi di sport Toto . Sukan juga. Apa salahnya. Betul tak TGNA? Betul tak TGHH? Sport katakan!!!!!!!!!

7. Haji Zaid insaf selepas pergi haji? Ini jawapan Haji Zaid : "Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan."

8. Ia masih berbangga dengan kudanya. Jadi lu orang di Hulu Selangor: Lu orang fikirlah sendiri.

9. PG hanya menunggang dan memasuki sukan kuda endurance aje. Tak tahu la kot kalau TGNA atau TGHH kata , sukan endurance ini judi juga.

10. Liberal katakan. PAS pun dah tak berbunyi bab hudud. Dah diliberalkan oleh Haji Zaid... Keh keh keh........

Nota : Untuk TGNA dan TGHH satu pertanyaan : Insaf ke Haji Zaid tu dengan kenyataannya begini.........................

KECAMAN PAS TERHADAP ISLAM LIBERAL ZAID DAN KES LINA JOY !


Dipetik dari: Harakah Daily

.....................................................................................................................................
B. Kenyataan Zaid Ibrahim

Semasa ditemuramah oleh majalah Off the Edge keluaran April 2006, Zaid telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:-

"You have in Kelantan, the ban of manora, Mak Yong and Main Puteri by people don't know what it is all about; their reasoning is totally flawed. You cannot issue fatwahs on things based on their own orthodox views to the exclusion of those who know more about culture."

"So to me this desire to dominate or impose your views is untenable, For example , when a teacher says you must wear a tudung in school, or that you cannot play a netball if your dress shows your pusat, he is putting his own judgment on a matter that belongs in the public domain."

(Terjemahan)

"Kamu ada di Kelantan, larangan ke atas Manora, Mak Yong dan Main Puteri oleh orang-orang yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut dan alasan-alasan mereka (terhadap larangan tersebut) adalah secara mutlaknya tidak betul. Kamu tidak boleh mengeluarkan fatwa terhadap sesuatu perkara berdasarkan pandangan-pandangan ortodoks dengan mengenepikan mereka yang lebih mengetahui tentang budaya."

"Jadi bagi saya hasrat untuk mendominasi dan memaksa pandangan kamu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sebagai contoh, apabila seorang guru berkata bahawa kamu mesti memakai tudung di sekolah atau kamu tidak boleh bermain bola jaring sekiranya kamu berpakaian yang menampakkan pusat kamu, dia (guru tersebut) meletakkan pendapatnya dalam perkara yang manjadi milik masyarakat umum."

Pendapat Zaid ini selaras dengan perjuangan golongan Islam liberal yang mempromosikan apa yang dipanggil "do not legislate or police morality" (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang).

Prinsip ini tidak mengendahkan soal halal dan haram kerana bagi golongan ini kebebasan individu adalah segala-galanya.

Prinsip ini adalah bersandarkan teori "harms to others" yang diperjuangkan oleh ahli falsafah perundangan barat yang terkenal iaitu John Stuart Mills yang menyatakan, "I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others" (saya adalah tuan kepada badan dan minda saya selagi mana saya tidak mengganggu orang lain").

Mereka yang berpegang dengan prinsip ini membenarkan seseorang itu melakukan apa-apa sahaja selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai malahan bercium di khalayak ramai adalah satu kebebasan yang perlu dihormati selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah contoh lidah bercabang PAS. Dulu kecam Zaid tentang islam liberal Zaid. Kini menjilat ludah mereka semula. Terkinja-kinja menghalalkan Zaid sebagai calon PR.

2. Malas nak komen panjang-panjang. Petikan dan komen di atas bukan sebarangan orang yang komen tetapi bijak pandai PAS iaitu Penasihat Undang-undang PAS juga. ( Hanipa Maiden ).

3. Dari kenyataan mereka ini tentang Zaid sekarang, PAS bukan pejuang islam atau memperjuangkan islam tetapi tidak lebih dari menggunakan islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

4. Pengundi Hulu Selangor : Fikirkanlah baik-baik . Adakah kita mahu memberikan amanah kepada pemimpin dan parti serta gabungan parti yang tidak berprinsip ini?

5. Bertambah meluat dengan mat-mat kopiah dan berjanggut ini. Cakap tak serupa bikin. Harapkan jubah aje meleret ke tanah. Tetapi amalannya hampas. Percakapannya lebih teruk dari si kafir. Hari ini haram, esoknya halal asalkan menyebelahi mereka.

6.Islamkah ini? Apa pula komen PAS tentang sokongan Zaid terhadap kes murtad Lina Joy yang dulunya PAS mengecam keras Zaid dengan memberi berbagai gelaran. TGNA pun tumpang semangkuk . Termasuk TGHH. Sekarang memuja Zaid separuh nyawa. Serban keduanya pun seolah nak di beri kepada Zaid. Ape le!!!!!!!!!!! KLIK. Kalau tak percaya. Bukan dari sumber salah tetapi dari Harakah Daily juga. Sekarang mereka jilat semua muntah mereka kepada Zaid.

Tuesday, 20 April 2010

ZAID ! ZAID ! MENGAPA PAS SENYAP!

Dipetik dari blog : GAP



Penghuni Gua : Zaid ! Zaid. Apa fatwa PAS? Inikah contoh pemimpin yang akan melaksanakan hudud PAS nanti. Boleh ke undi beliau. Kalau undi UMNO kafir seperti kata TGHH dalam amanatnya , kalau undi Zaid bagaimana.

2. Hj Hadi kata dia dah pergi haji. Habis mengapa perkara yang sama tidak diambil kira oleh pemimpin PAS sebelum memfitnah dan menyerang pemimpin UMNO secara peribadi seperti mereka menyerang PM dan Tun Mahathir dulu? DS Najib dan Tun Mahathir pun pergi haji.

3. Jawab TGHH. Jangan jadi munafik. Kalau orang semua haram. Kena tang muka sendiri berak kapor jadinya.

4. Pengundi muda : Fikirkan! Fikirkan baik-baik dalam skala yang besar dan luas. Bukan isu Zaid itu yang nak diperkatakan. Tetapi sifat munafik pemimpin PKR dan PAS dalam pandangan dan pendapat mereka. Semuanya dikaitkan dengan islam bagi menghalalkan perbuatan mereka. Tetapi perkara yang sama tidak pula digunakan semasa mereka bercakap dan memfitnah pemimpin UMNO.

5. Zaid! Zaid! Liberal katakan! Mungkin PAS nak liberalkan hududnya dengan mengundi Zaid. Kalau tengok gayanya memang begitulah. PAS sekarang langsung tak berani nak war-warkan akan laksana hudud kalau menang. Mengapa ya! Mana amanat haji Hadi tu. Dulunya , amanat ini ditinta emaskan oleh penyokongnya disetiap ruang kosong dirumah. Dibontot kereta pun ditampalnya. Sekarang habis dicabutnya kerana bimbang kena sergah oleh DAP dan Singh tu.

6. Fisabillilah apa lagu tu. Penakut pahit dan hipokrit. Kalau dah berjihad dan perkatakan islam untuk perjuangan, teruskanlah dengan lagu hudud tu. Mengapa sekarang berak kapor dengan hudud dan amanat Haji Hadi tu.

7. Meleret sikit. tak apa juga. Satu lastik , kita tembak tiga peluru. Itu aje yang termampu dibuat oleh PGbagi kepentingan agama dan bangsa dari tergadai ke kumpulan hipokrit ini.

Nota : Masa PRK Bagan Pinang , PAS , DAP dan PKR menyerang YB Isa Samad kononnya perasuah ekoran dari tindakan tatatertib parti UMNO terhadapnya kerana dikatakan terlibat politik wang. Macam-macam dikatanya kepada Isa Samad.

Tetapi Zaid juga digantung oleh UMNO selama 6 bulan tak silapnya kerena terlibat dengan politik wang dalam pemilihan UMNO di bahagiannya. Senyap pulak PKR dan PAS serta DAP bila Zaid bertanding , malah mengalukan dan mendakwa Zaid terbaik. Terbaik apa! Kalau menggunakan sifir yang mereka gunakan untuk menyerang ISA Samad kerana rasuah politik, sepatutnya sifir yang sama apabila melibatkan Zaid. Jadi inilah sifat munafik mat-mat kopiah ini. Mulut kumat kamit berzikir sepanjang hari. Tapi otak dan hatinya busuk dan bercakap bercabang dan berbelit.

Fikirkan..................Itulah kebesaran Allah. Tak lama. Allah dah tunjukkan sifat munafik mereka. Berbagai cara Allah berikan petunjuk dan isyarat. Jadi gunakanlah akal untuk mentafsirnya. Itu pun kalau kita nak berfikir...................

Monday, 19 April 2010

DR HALILI KELUAR PKR : YANG LAIN PUN, SEDARLAH SEGERA!



Dr Halili keluar PKR masuk Umno


Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah Dr Halili kerana anda telah sedar dari mimpi dan berjuang dalam parti orang kecewa dan parti yang tiada dasar dan tidak berperinsip.

2. Orang yang sebersih anda pun boleh DSAI ketepikan dengan melantik tahi arak menjadi calun. Jadi bayangkanlah apa nasib yang bakal diterima bangsa dan negara. Itulah wajah PKR. Agenda peribadi melebihi segalanya.

3. Kesian melihat dan menonton aksi pengikut-pengikut PKR yang lain yang terus diperbodoh dan dipermain serta dipergunakan oleh pemimpin PKR bagi kepentingan diri mereka. Itupun mereka masih belum sedar.

4. Kesian melihat mereka. PG harap , mereka cepat sedar dan terus sedar. Kalau apa yhang kerajaan lakukan tidak baik dan ada kesilapan, betulkanlah , bukan dengan menentangnya. Semuanya boleh diperbaiki secara beransur-ansur. Kerajaan yang ada sudah baik. Cuma bebarapa perkara yang cacat itu boleh diperbaiki. Cuma masa aje.

5. Menjadi pembangkang dan menentang kerajaan membabi buta bukan jalan dan kaedah penyelesaiannya. Jangan mengahrapkan kepada yang belum pasti. Kerajaan yang ada sudah pasti dan nyata. Rekodnya ada.

6. Kepada pemimpin dan penyokong PKR yang lain, sedarlah cepat. Kepada pengundi muda Hulu Selangor : Lihat dan fikirkan dengan baik semua yang telah berlaku seminggu dua ini. Tak susah untuk kita menilai baik dan buruknya antara kerajaan yang ada dengan PR/ PKR yang belum pasti asal usulnya. Bercakap dan berjanji memang senang dan sedap. Nak melaksana aje yang susah.

7. Fikirkanlah.

Nota : Minta blogger-blogger PR khasnya blogger PKR agar sampaikan salam PG kepada Azmin Ali. Bagi tahu kepada dia cabarannya kepada sesiapa yang menuduh Zaid Ibrahim tahi arak agar buktikan telah di jawab dan dibuktikan oleh Zaid sendiri semalam. Dah puas Azmin! Kalau orang nak bukti. Yang anda dok fitnah sana sini, tuduh sana sini tak tunjuk bukti pun. Dulu katanya nak nak dedahkan ahli UMNO yang bakar gereja .

Semua sudah ada dalam poket. Ini dah masuk bulan ke 4 dah, habok pun tak ada. Masa anda katakan ada bukti dan akan dedah ahli UMNO yang bakar gereja tu, bukan main blogger cabuk anda mengwar-warkan dalam blog mereka. Akhirnya terkulat-kulat macam cicak berak kapor bila sehingga kini tak ada pun pendedahannya. Hidup-hidup kena tipu dek Azmin. Itu pun blogger mereka masih belum sedar mereka terus ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka. Sedarlah cepat.

Kesian juga....................

Sunday, 18 April 2010

PKR KECAM SERANG PERIBADI CALUN ? LIHAT DIRI SENDIRILAH !




Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, daripada tuduhan beliau peminum arak tegar.

Sebaliknya, menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sudah berubah selepas menyertai parti itu.Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PKR kata Zaid sudah berubah. Bagus le kalau dah berubah. Tapi pergi haji tak semestinya dah berubah. Lihat aje lah yang kena tangkap khalwat, rasuah dan sebagainya. Sebahagiannya Dato-Dato dan semuanya haji. Macam tu juga. Pak Nik Aziz dan TGHH pun pergi haji juga . Dah belas kali.

2. Tapi apa kurangnya. Makan sponsor haji juga. Katanya sedekah. Kalau UMNO buat begitu katanya rasuah. Dua-dua orang ini juga pergi haji tapi balik haji dok fitnah orang sebaik buka mata di setiap ceramah. Mendoakan bala, memaki hamun. Celakakan orang. Cukup lengkap. Tapi tak ada pula PG denga Tun Mahathir dan PM Najib ni, memaki hamun seperti mereka walaupun tak war-warkan hajinya. Jadi nilailah sendiri nilai haji pemimpin ini dan pemimpin PKR. Apa ada pada title haji kalau perangai ..............Ya Allah mengalah kita yang belum haji.

3. Lihat ajelah apa yang tak di kata oleh pemimpin-pemimpin PAS yang sebahagain besarnya pak haji terhadap Tun Mahathir dulu. Maha firaun le, zionis le, dan semua maki hamun apa yang tak dikatakan kepada Tun oleh Pak haji ini.

4. Jadi jangan hairan dengan perangai pak haji ini. Lihat aje le, ketua dewan pemuda PAS perlis tu pun, apa kurangnya. Seksa bini juga sampai repot polis. Seorang lagi ADUN di Kelantan tu pun dah 4 ke 5 kali pergi haji , tapi nafkah pada bekas isteri pun sampai ke mahkamah. Boleh jalanlah kalau itu dijadikan alasan.

5. PKR kata tak patut serang peribadi Zaid. Mereka kecam pemimpin BN kononnya serang peribadi calun. Bab ini senang aje jawab nya. Lihat diri sendirilah. Apa kurang dan siapa mulakan dulu . Lihat aje di blog penyokong PKR. Apa yang tak ada. semua nya dan setiap hari serang peribadi pemimpin BN, PM, TPM dan sebagainya.

6. Jadi sebelum kecam orang tu, lihat diri sendirilah. Telanjang diri anda dan lihat depan cermin. Baru boleh cakap. Sudahlah. Lihat aje le Pak-Pak Haji Pas seperti si Tantawi tu, serang calun BN Rohaizat di PRK Permatang Pasir. Jadi bab serang menyerang peribadi tu, PKR ludah muka dan diri sendirilah. Termasuk juga PAS. Di Bagan Pinang, apa yang tak diserangnya peribadi Isa Samad. Habis ditelanjangnya Doraemon tu. Nak lagi buktinya, boleh PG senarai panjang serangan peribadi PAS, PKR dan DAP terhadap calun lawan dari dulu. ...........No problem.

7. Kepada Zaid : Kalau dah berhenti minum tu bagus lah. Semoga berterusan hendaknya. Jangan kerana nak bertanding pilihanraya aje.

8. Semuga PRK Hulu Selangor berjalan dengan aman. Semua pihak harus bertenang. Kepada pihak berkuasa : ambil tindakan sekeras mungkin terhadap semua pengacau PRK ini.

Nota : Salahuddin Ayob tak mahu komen pasal hal Zaid ini kerana katanya hal peribadi. Pandai pula. Otak dia tak ada ke. Minum arak bukan hal peribadi. Ia masalah masyarakat dan umat. Yang sibuk PAS nak hukum orang dalam hudud termasuk merotan orang ikut hudud tu sebab apa. Kalau dah minum arak hal peribadi, jangan cakap le bab hukum islam dan hudud. Pakai akal le. Sebab itu PG dah kata dari dulu lagi : Hukum hudud PAS ini hanya agenda politik. Tak lebih dari itu. Sudahlah.

Saturday, 17 April 2010

ZAID NAK UNDI MELAYU : KENAL DULU SIAPA ZAID !!!!




Di sebalik imej 'liberal' yang sering dikaitkan padanya, calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yakin dapat memenangi hati pengundi di kawasan parlimen tersebut, termasuk masyarakat Melayu.

Katanya, walaupun terdapat tinjauan bahawa orang Melayu selesa dengan pendekatan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - yang lantang bersuara dalam isu-isu Melayu - beliau "tidak akan menggadaikan prinsip demi populariti".Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nak gelak pun ada. Kesian pun ada. Zaid yakin menangi undi melayu? Ada hati juga nak unddi dari orang melayu. Selama ini beliau lah yang beriya nak liberalkan semuanya. Tak ada melayu, cina , india. Hak melayu dalam perlembagaan pun nak diubah. Liberal katakan.

2. Kepada orang melayu, fikirkan sebelum mengundi Zaid. Kenal siapa Zaid. Kami dah kenal lama dah. Sebab itu beliau tidak diterima di cawangan kawasan rumahnya pun di kota Bharau. Bahagian jauh sekali. Itu yang merempat bertanding di Hulu Selangor tu hari ini.

3. Orang Kelantan kenal siapa Zaid. Nampak aje fizikalnya melayu. Fikiran dan cita rasa melayunya tak ada pun. Sebab apa dia kalah dan tidak diterima di negeri kelahirannya? Orang Kelantan tahu. Agenda Daily dah dedahkan hari ini. KLIK

4. Kami semua dah tahu lama. Lama dulu. Itu yang disko dan dadah pun nak dihalalkan.Apa kata Zaid semasa di parlimen dahulu? Sila KLIK. Apa fatwa PAS kali ini, bagi menjawab persoalan Agenda Daily tersebut dan dari blog Putra Merdeka.

5. Masih lagi nak mengundi zaid.? Fikirkanlah. Itulah gambaran sebenar Zaid. Kepada Zaid: Lupakanlah nak mengemis undi melayu. Ibrahim Ali tahu dan masak benar perangai anda!

Thursday, 15 April 2010

ADUN BAKAR ARANG KELUAR PKR : HE HE HE HE !!!!




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini. Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.

Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.

Penghuni Gua : Berak kapor le DSAI dan PKR kali ini. Itupun nanti nak salahkan BN.
2. Berapa pulak BN rasuahkan ADUN ini? Sebelum PKR dakwa BN rasuahkan ADUN ini , ada baiknya PG tanya lebih dulu. Sebabnya itulah yang selalu digunapakai oleh parti orang kecewa ini.

3. Kepada pengundi di Hulu Selangor, fikirlah. Adakah PKR ini adalah parti yang boleh membela anda atau suara anda? Fikirkanlah kejadian dan kisah di atas. Jangan rugikan masa dan tenaga anda pergi mengundi , hanya untuk mengundi parti sampah ini.

4. Fikirkan.......................

Wednesday, 14 April 2010

PRK HULU SELANGOR: ZAID IBRAHIM CALUNNYA ? HE HE HE !!!!




Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Pemilihan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan sebentar tadi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di satu majlis perjumpaan rakyat di Serendah, Hulu Selangor.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Zaid? Zaid? Zaid? Keh keh keh keh! Dia cakap MPdan ADUN yang keluar PR sebagai katak. Tetapi katak tersebut ada juga jawatan nya. Yang dia ni, katak tak berjawatan dalam UMNO. Dalam PKR pun hanya dapat jawatan yang dianugerah oleh tuan gurunya. Sudahlah.

2. Jadi Menteri pun atas ehsan dari Pak Lah setelah diberi jawatan Senator. Bukan itu sahaja. Bertanding ketua cawangan dan ketua bahagian UMNO di kampungnya pun kalah.

3. Bagus juga si Zaid tu bertanding di Hulu Selangor. Nak tengok juga kehebatannya setara mana. Sebab? Sebabnya dia ni cakap aje berdegar-degar dengan liberalnya dalam semua perkara. Semuanya terbuka. Hak istimewa orang melayu pun nak diubah supaya terbuka, biasiswa pun terbuka, isu Allah pun terbuka, dan semuanya terbukalah.............

4. Kepada orang melayu ! pilih lah Zaid untuk keterbukaannya. Beliau akan beri semua dan membuka semua hak orang melayu seperti yang tercatit dalam perlembagaan kepada kaum lain. Semuanya terbuka dan saksama.

5. Ingat pengundi muda! Terbuka dan kesaksamaan bukan nya keadilan. Ia dua perkara yang berbeza. Keadilan ini maksudnya meletakkan sesuatu ditempatnya. Kalau itu dah hak kita dan kita melayu memerlukannnya maka itulah keadilan. Bukan kesaksamaan. Keadilan bukan memberikan sesuatu kepada orang lain. Dan keadilan bukan memberikan sesuatu kepada orang lain lebih-lebih yang bukan hak mereka dan mereka tidak memerlukannya berbanding kita.

6. Fikirkan pengundi muda. Jangan menyesal kemudian hari. Banyak pak pandir moden di zaman ini yang lebih teruk pandirnya berbanding pak pandir di dalam cerita rakyat dahulu.

7. Fikirkan.........................

Nota : Nak minta fatwa dari TGNA : Boleh ke PAS dan penyokongnya mengundi Zaid Ibrahim? Dulunya haram sebab Zaid saman hukum hudud PAS Kelantan. Sampai sekarang masih belum selesai dan tersangkut di mahkamah. Halal ke haram sokong Zaid? Nak dengar juga fatwa terbaharu PAS. Nak tengok dan nak dengar juga fatwa dari lidah-lidah bercabang dalam PAS ini.

Monday, 29 March 2010

PRK HULU SELANGOR !


Bagi PRK Hulu Selangor pilihan PG ialah UMNO. G Palinivel dari MIC yang sudah 3 penggal berada di Hulu Selangor dan telah ditolak mentah-mentah oleh pengundi di sana semasa PRU 12 sudah menjadi sejarah.

2. Pilihan PG ialah Mike Tyson. Itulah lawan sebenar bagi PR yang dijangka akan meletakkan Zaib Ibrahim.

3. Biar sekali lagi PR mengigit jari. Khususnya DSAI , yang cakap lebih tu. Hulu Selangor akan menjadi tanah perkuburan bagi DSAI dan PKR.

4. Hidup Mike Tyson.

PETA PELAYAR