
Dipetik dari Blog : Kerabu Bersuara
KUALA LANGAT, 1 Oktober - Kerajaan Selangor hari ini bercadang mewujudkan sistem penilaian prestasi kerja yang dikenali sebagai “E-KPI” kepada pemimpin setiap peringkat di Selangor, dua bulan lagi.
Penilaian ini turut membabitkan Menteri Besar, Exco Selangor, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis dan Ketua Kampung di seluruh Selangor.Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ia adalah inisiatif Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memastikan pemimpin yang dilantik, mencapai prestasi yang ditetapkan agar kredibiliti mereka tidak dipersoalkan kelak oleh mana-mana pihak.Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : YB Rodziah diantara YB dan exco yang tercerdik ( dia rasalah ) di Selangor. Cakapnya mengalah semua orang. Tidak ada perkara yang dia tidak tahu. Tidak ada perkara yang dia dan partinya tidak boleh selesaikan.
2. Alih-alih dengan muka selamba dan tidak ada air mukanya , mula meniru KPI yang disarankan dan dari idea DS Najib ( orang yang paling dibenci oleh YB Rodziah dan partinya dan tidak pernah ada yang baik berkenaan DS Najib ). Cuma di tambah dengan " E " sahaja.
3. Tak payah cakap berdegarlah lain kali. Semua dan akhirnya meniru dari kerajaan BN juga le. Cakap berapi. Habok pun tak ada. Akhirnya meniru idea dari orang yang anda kutuk, keji dan hina serta orang yang anda dok fitnah hari-hari.
4. Tak malu ke? Jawab sikit.
