FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / SAIFUDDIN BN. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / SAIFUDDIN BN. Show all posts

Thursday, 12 August 2010

AMARAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN KEPADA DATO SAIFUDDIN !!! JANGAN NAK MEMANDAI-MANDAI !!!





PUTRAJAYA 11 Ogos - Jemaah Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institusi Pengajian Tinggi Awam menghormati dan menyambut baik keputusan kerajaan yang melarang mahasiswa menyertai parti politik.

Presidennya, Ahmad Wafi Sahedan berkata, beliau yakin kerajaan telah membuat penelitian dan pertimbangan menyeluruh sebelum membuat keputusan tersebut.

Bagaimanapun beliau meminta kerajaan memperkasakan saluran sedia ada supaya suara mahasiswa boleh diambil kira dalam pembangunan negara.

''Kami memohon kerajaan untuk memperkasakan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kerana ia merupakan pentas yang amat penting untuk mahasiswa bersuara.

''Diharapkan juga kerajaan lebih terbuka dalam menerima pandangan atau kritikan daripada pemimpin mahasiswa kerana kita juga ingin terlibat sama dalam memajukan negara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ahmad Wafi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa larangan mahasiswa melibatkan diri dalam kancah politik kepartian adalah kekal.

Muhyiddin bagaimanapun menjelaskan, larangan itu tidak bermakna mahasiswa dilarang terus daripada membicarakan hal ehwal politik semasa yang berlaku di negara ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Jadi sudah jelas, TPM dah beri kata putus. mahasiswa dilarang berpolitik. Kepada Dato Saifuddin Tim Menteri Pengajian Tinggi, baik diam. Jangan sibok naik mencari populariti di kalangan mahasiswa yang banyak membawa akibat burok dari baiknya.

2. Kalau nak projek diri pun atau nak lekas naik dalam politik pun, jangan le politikkan hal-hal berkaitan pelajar dan pelajaran. Cari isu lainlah, Saifuddin.

3. MPP pun dah akur dengan pandangan TPM. Jangan kita sebagai Tim Menteri Pelajaran pula nak lebih-lebih dan nak memandai sendiri serta merosakkan sistem yang sedia ada yang telah terbukti berkesan. Jangan rosakkan landasan kukuh yang Tun Mahathir bina.

4. Kepada Dato saifuddin, carilah isu lain untuk mendapat populariti. carilahidea bagi nak perkasakan otak melayu supaya anggun dan cemerlang dalam pelajaran. Jangan gah aje politik , belajar hanya cukup makan. Ada tu ( sedang dibicara kes liwat tu ), kena mengulang lagi kerana tak lulus semasa ijazah pertama. tapi cakapnya!!! Wah berdegar-degar.

5. Hentikan Dato Saifuddin . Lupakanlah hasrat anda untuk mempergunakan mahasiswa bagi faedah diri anda. Lupakan.!!!!!

Nota : Wakil mahasiswa ada menyuarakan pandangan bahawa mahasiswa perlu ada pendirian dan idealisma sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak !!!! Ya ke!! Tunjukkkan. Sipembakar . cuba bakar dewan kuliah tu pun kata begitu juga. tetapi penyokong PAS tegar. Cakap aje boleh le sekadar nak sedapkan halwa telinga. Bab konsep dan teori aje semua orang boleh cakap. Negara ini bukan kedai kopi. Ditiup ribut boleh dibaiki semula. Negara jika dah kacau bilau, sukar nak memulihkannya. kami pernah merasainya....................

Nota : PG dah tuliskan mengenai ini sebelum ini : KLIK

PETA PELAYAR