FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / SETPOL. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / SETPOL. Show all posts

Wednesday, 21 October 2009

INKUES TEOH : TETAP BUNUH DIRI !




Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Keterangan Pakar Forensik dari Thailand menarik. Tetapi pada pandangan PG ia tidak mengubah apa-apa.

2. Teoh tetap bunuh diri. Keterangan dua pakar Patologist Malaysia adalah tidak berubah. Keterangan Pornthip hanyalah berdasarkan kemungkinan sahaja dan berdasarkan gambar sahaja. Tiada bukti lain yang lebih kukuh.

3. Kesimpulannya Teoh tetap bunuh diri. Itu pandangan PG lah. PG percaya Koroner pun akan memutuskan perkara yang sama. Lagi pun keterangan Pornthip hanyalah keterangan awal dan belum dibuat soalan balas oleh Timbalan pendakwa raya Dato Abd Razak. PG lihat blog-blog PR bukan main lagi , terus menghukum Teoh dibunuh berdasarkan keterangan awal ( yang belum disoal balas ).

4. Apa pun kita tunggu soalan balas / pemeriksaan semula oleh Dato Abd Razak.

Monday, 19 October 2009

INKUES TEOH BENG HOCK : DAH NAIK MELUAT !



KUALA LUMPUR 19 Okt. — Anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock membuat keputusan untuk menunda rawatan psikiatri yang dijadualkan hari ini berikutan peguam keluarga itu tidak dibenarkan turut sama menemani mereka dalam sesi rawatan itu.

Peguam yang mewakili keluarga mendiang, Lim Lip Eng berkata, rawatan yang sepatutnya dilakukan di Hospital Selayang pada pukul 11 pagi tadi, bagaimanapun terpaksa ditunda ekoran pihak hospital enggan membenarkan beliau turut serta menemani keluarga mendiang Teoh.

"Saya tidak dibenarkan untuk menemani keluarga ini semasa rawatan, jadi pihak keluarga telah memutuskan untuk menunda rawatan itu pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Keluarga ini enggan dan menunda arahan polis bagi rawatan psikiatri bagi menilai mental Teoh Beng Hock. Alasanya mudah : arahan psikiatri mudah, peguam tidak boleh hadir.

2. Banyak sangat songelnya. Ini rawatan psikiatri bagi keluarga. Ini bukan perbicaraan. Dibuat oleh pakar. Apa jadahnya peguam pula nak hadir.

3. Banyak sangat songelnya. Menyampah. Kena tang dia semuanya boleh dan mendesak dibolehkan. Apa dahhhhhh.....................Asyik nak bantah bila nak selesai inkues. Meluat melihatkan gelagat keluarga, mangsa dan para peguamnya. Mengalahkan DYMM dari segi kekebalannya.

4. Hanya analisis mudah untuk perkara yang mudah dan tolol. Girl friend ( teman serumah ... he he he he ! ) kawan kita itu pun Teoh ) tak boleh dipanggil . Apa cite ni................. Meluat lah. Inilah yang terakhir. Terlalu menyampah. hakikatnya beliau mati bunuh diri. Muktamad. Patologist dah sahkannya. Apa nak panjangkan.

Tuesday, 21 July 2009

KEMATIAN SETPOL : LIHATLAH BETAPA SEDIHNYA MEREKA INI ?




Penghuni Gua : Semua mereka ini hadir semasa majlis memberi penghormatan terakhir kepada SETPOL yang mati di pejabat SPRM baru-baru ini.

2. Kesian dan sedih juga PG lihat. Bukan kesian dan sedih pada si mati tu ( itu dah semestinya ) tetapi kesian dan sedih melihat muka-muka dia orang ini. Pandainya mereka ini berlakun. Boleh le ganti P. Ramlee, Nordin Ahmad dan yang paling baik ganti pelakon airmata Latifah Omar atau Noormalasari.

3. Pandainya mereka buat muka sedih. Sedih habis muka mereka ini.

4. Lakunan menjadi dari spesis ini. Tahniah. dalam hati mereka, Yahoo, dapatlah aku mengalihkan isu dan kes liwat aku kejap. Bravo!!!!!!

SATU KEMATIAN ..SATU LESEN BESAR BUAT PEMBANGKANG !


Dipetik dari : Agendadaily


July 21, 2009 : 03.39 AM--->

HANAFIAH MAN--->Oleh: HANAFIAH MAN

Tiada siapa yang waras fikiran walau dari apa fahaman politik sekalipun dapat menerima atau merestui jika siasatan dapati benar kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teo Beng Hock berpunca dari tindak tanduk pegawai dalam pejabat SPRM Selangor. Ia bukan berkait dengan kaum atau politik tetapi ia soal jenayah dan keadilan. Ini juga bukan isu di sebelah sini Barisan Nasional (BN) dan di sebelah sana Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang atau Nik Aziz Nik Mat.

Di celah-celah harapan semua orang untuk mendapat jawapan segera…semakin hari semakin ramai yang terlopong melihat kes kematian Teo berputar dengan segala macam reaksi ke tahap keterlaluan oleh puak-puak pakatan pembangkang hingga ada yang berani ambil peluang untuk gubal syarat itu ini ikut suka hati mereka.

Apa lagi belum pun siasatan selesai,hukuman sudah dijatuhkan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kalau ikut cakap mereka boleh dikenakan hukuman ‘gantung sampai mati’ kerana ‘bersalah ikut standard mahkamah pembangkang’.

Sudah terbentang di depan mata bagaimana kematian Teo kini menjadi isu yang dipolitikkan walaupun hakikatnya tidak semestinya sesuatu kes itu ada kena mengena dengan politik tanah air. Pemimpin-pemimpin pembangkang seolah-olah ‘hilang akal’ atas pentas ceramah termasuk menuduh kerajaan bertanggungjawab atas kematian Teo kerana menubuhkan SPRM.

Sedangkan semasa cadangan penubuhan SPRM, Anwar sekalu Ketua Pembangkang di Parlimen sendiri memuji langkah berani bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi membawa akta penubuhan SPRM ke Parlimen.

Namun hakikatnya, manipulasi kematian Teo ini berlaku di tengah-tengah kekalutan parti-parti pembangkang hendak berhadapan dengan soal integriti apabila SPRM memulakan siasatan terhadap pemimpin parti itu yang kini menerajui kepimpinan negeri.

Jika pembangkang dengan mudah menuduh kematian Teo angkara pentadbiran Barisan Nasional (BN), apa salahnya pula menuduh kematiannya dijadikan perisai untuk menutup penyelewengan dan salah laku pemimpin pakatan pembangkang yang selama ini digambarkan sebagai ‘malaikat’ – bersih, berintegriti dan tak makan suap.

Jika tidak masakan di kalangan pemimpin pembangkang seperti Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dengan terbuka menegaskan mereka tidak akan membenarkan SPRM menyoal siasat mana-mana orang pakatan pembangkang selagi kes Beng Hock tidak diselesaikan.

Kenapa takut disiasat SPRM. Apa yang hendak diselindungkan jika tiada kesalahan dilakukan. Bukankah ini boleh memberikan tanggapan pihak pimpinan kerajaan negeri cuba menyembunyikan sesuatu dan menutup salah laku di kalangan mereka.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga memainkan lagu yang sama apabila berkata “jangan harap kita akan pergi kepada SPRM jika mereka hendak soal siasat kita, mereka perlu datang ke pejabat kita”.

Kenyataannya diiring dengan aksi 40 orang pegawai khas kepada para wakil rakyat pakatan pembangkang negeri itu Isnin sepakat tetapkan syarat mereka hanya boleh memberi keterangan pada SPRM di pejabat masing-masing. Di samping itu mereka dengan berani kata hanya sedia bercakap jika dapat kebenaran daripada bos masing-masing. Dalam satu lagi tindakan nak tunjuk berani engkar, juga Isnin Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Booh Wah menolak permintaan untuk memberikan kenyataannya kepada polis yang kini sedang menyiasat kes kematian Teo.

"Kita sudah menghubungi Tan tetapi beliau menolak, jika beliau menolak untuk tampil ke hadapan, kita terpaksa menyamannya di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah," katanya.

Katanya. polis juga telah mengeluarkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk hadir memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

Begitulah besarnya lesen mereka untuk menentukan apakah bentuk sistem keadilan yang terpakai kepada mereka. Istimewanya mereka boleh menentukan syarat bila, di mana dan cara mana siasatan boleh dijalankan terhadap mereka.

Jika selama ini ada sahaja dakwaan penyelewengan dibuat di sebelah BN merekalah yang dahulu melalak mahukan siasatan segera dibuat. Namun, apabila kena batang hidung sendiri, pelbagai alasan dan isu digunakan.

Terbaru, SPRM dituduh menjalankan siasatan kerana ingin menumbangkan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor. Ahli Parlimen Pantai Remis yang juga bekas Exco Perak, Nga Kor Meng menuduh SPRM melakukan siasatan ke atas beberapa pemimpin kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan BN mengambil alih kerajaan Selangor.

Apa punya ‘gila’ hujah orang yang ‘hilang akal’ ini – semuanya dipolitikkan. Mati politik, siasatan pun politik.

Soalnya adakah semua pemimpin pakatan pembangkang malaikat dan ‘maksum’- tidak melakukan dosa.

Berdasarkan beberapa isu yang melanda para pemimpin pembangkang sekarang, jelas usaha melengah-lengahkan proses keadilan semacam sudah menjadi satu trend.

Lihat sahaja kes liwat Anwar. Hampir sebulan lagi, genaplah setahun sejak kes tersebut dilaporkan kepada polis oleh mangsa yang mendakwa diliwat oleh Penasihat PKR itu, Saiful Bukhari Azlan tetapi sehingga kini belum pun mula dibicarakan.

Bermula daripada mahu menentukan mahkamah mana yang patut mendengar kesnya, hakim mana yang layak, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dipertikai dan pelbagai helah perundangan cuba digunakan untuk melengah-lengahkan proses keadilan dijalankan.

Kalimat popular di kalangan pengamal undang-undang iaitu ‘ keadilan dilengahkan, keadilan dinafikan’ yang juga turut dikongsi bersama oleh para pemimpin pembangkang apabila hendak menyerang kerajaan, seakan-akan tidak terpakai kepada mereka.

Mereka bukan sahaja boleh melengahkan proses siasatan tetapi juga proses perbicaraan. Kematian Teo berlaku tepat pada masanya – tatkala pembangkang tercari-cari perisai untuk menutup malu atas angkara dan salah laku mereka yang baru sahaja 16 bulan memegang tampuk kuasa.

Dengan slogan bersih, telus, berintegriti – siasatan SPRM sudah tentu mencalarkan imej bersih yang cuba ditonjolkan pembangkang selama ini bagi mengabui mata rakyat. Pokok pangkalnya,selagi misteri punca kematian Teo tidak terungkai secara pasti menerusi siasatan rapi polis - ‘sandiwara’ puak-puak ini untuk raih markah politik melalui berbagai-bagai aksi yang ‘ over’ akan buat lebih ramai makin menyampah daripada bersimpati.-21/7/2009

Penghuni Gua : Bagus tulisan ini untuk kita semua fikirkan.

Monday, 20 July 2009

TINDAKAN BODOH , KITA KOMEN BODOH !



Penghuni Gua : Lihat berita di atas. Seorang warga emas dikatakan mati tercekik rambutan. Adakah ada kewajaran agar satu Suruhanjaya DiRaja atau badan bebas patut ditubuhkan?

2. Senario kedua, jika ditakdirkan pula , pak chik yang mati ini adalah dari pada DAP, PKR atau PAS, PG rasakan mungkin juga kematian ini akan dipolitikkan dan satu suruhanjaya dan badan bebas didesak agar ditubuhkan. Dipusingnya fakta, siapa yang bagi rambutan, mungkin rambutan itu di sumbat masuk ke dalam mulut si mati, si mati dipaksa makan. Ada racun pada rambutan dan berbagai lagi lah andaiannnya.

3. Itulah politik dan itulah pembangkang. Semua perkara yang menguntungkan mereka dan dapat mengalihkan daripada masalah dalaman pribadi atau parti kan dipusing dan dieksploitasikan.

4. Kepada kerajaan : jangan layan desakan untuk tubuhkan suruhanjaya dan badan bebas ini. Tiada istimewanya si n penyiasat yang mati SETPOL tersebut. Badan penyiasat yang ada pun adalah badan yang terbaik di dunia.

Saturday, 18 July 2009

NYALAAN LILIN NIZAR UNTUK KEMATIAN SETPOL : ISLAM BENARKAN?


Dipetik dari Blog : Awekz Bukit Gantang



Penghuni Gua : Adakah islam membolehkan orang islam bersama-sama menyalakan lilin bagi upacara kematian seorang yang beragama buddha? Bukankah ini perbuatan haram?

2. Apa komen PAS? Nizar ini dapat undi tertinggi Naib Presiden semasa muktamar agung PAS di Selangir baru-baru ini? Mungkin inilah cara orang beriman PAS memperingati dan menunjukkan simpati kepada mereka yang beragama buddha. Islam PAS membenarkannya kot?

3. Minta komen sikit Dr Harussani? Apa komen Mahfuz? Jahanamlah islam kalau diperintah oleh pemimpin dan parti yang sebegini. Berbagai warna mereka ini bertukar. Boleh berubah mengikut tempat.

4. Bila bab sumpah yang dibuat oleh Saiful katanya tak islam, ikut kristian. Minta contoh sumpah ikut islam tak nak tunjukkan. Inilah jenis munafik yang sebenar. Nerakalah tempatnya.

TPM TIMBANG BADAN BEBAS : TIDAK PERLU !





Penghuni Gua : Kepada TPM : PG berpandangan siasatan bebas atau satu badan bebas tidak perlu untuk menyiasat kematian SETPOL ini. Negara ini memang bebas. Cukuplah mempertikaikan kredibiliti agensi yang berkaitan dengan siasatan.

2. Dengan ditubuhkan badan ini, ia dilihat cuba merendahkan dan mempertikaikan kredibiliti agensi yang berkaitan dengan siasatan ini. jangka masa panjang , ia akan memberi kesan buruk kepada agensi yang berkaitan dan akhirnya kerajaan juga yang mnerima kesan buruknya..

3. Apa perlu lagi badan bebas. Semalam PG sudah mengulas isu ini. ( KLIK ). Jadi apa perlunya. Agensi yang ada adalah yang terbaik dalam siasatan dan kerap diminta oleh negara luar untuk membantu mereka. Kita sendiri pula tidak mempercayainya.

4. Tidak perlunya badan bebas ini kerana siasatan ini bukan hanya melibatkan polis. Polis akan menjalankan siasatan. Menentukan sebab kematian adalah Patologist. Kemudian setelah selesai siasatan kertas siasatan akan diserahkan kepada peguam negara untuk tindakan lanjut. Sekiranya PeguamNegara mendapati siasatan polis telah selesai, kertas siasatan ini akan dihantar ke mahkamah untuk Inkues. Pihak Coroner akan dilantik untuk mengesahkan samada sesuatu kematian mengejut itu sah atau ada kesalahan jenayah atau ada keraguan tentang sebab kematiannya.


5. Jadi apa perlu lagi satu badan bebas untuk menangani masalah ini? Tidak cukupkan dengan isnstrumen yang sedia ada?

6. Adakah Coroner bukan satu pihak yang bebas? Adakah Patologist bukan satu pihak yang bebas? Jangan dan cukuplah melayan permintaan dan desakan politik ini. Letih dibuatnya. Jangan nanti kerajaan dilihat lemah oleh semua kakitangan awam.

7. Cukup dan cukuplah.

Nota : Lapuran Patologist setakat ini tiada mengesan sebarang unsur jenayah berkaitan kematian SETPOL tersebut. ( Sila baca : KLIK )

PETA PELAYAR