FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / SUK SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / SUK SELANGOR. Show all posts

Friday, 31 December 2010

HELO MB SELANGOR !!!: SUK NI DILANTIK IKUT CARA LANTIK JKKK KE ??? KAH KAH KAH KAH !!!!!



Oleh: HELMA HANAFI

Semakin ramai yang angin satu badan dengan sikap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang buat-buat bodoh dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menimbulkan kontroversi.

Ini kerana dah terang-terang sudah tertulis dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, bahawa kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik Menteri Besar dan Jemaah Exco. Jemaah Exco itu termasuklah SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri.

Sebab itu Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamizun Khairuddin berkata ‘regim’ Khalid Ibrahim ini cuba mempolitikkan segala-galanya dalam menguruskan pentadbiran di negeri tersebut.

“Isu perlantikkan SUK Datuk Khusrin Munawi pula hendak dipolitikkan oleh mereka. Apa kuasa MB ? Adakah lantik SUK itu kuasa MB ? Undang-undang mana yang perlu diikut dalam soal perlantikan ini?,” kata beliau kepada Agendadaily petang Khamis.

Menurutnya, undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, dengan jelas disebut antara kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik MB dan Jemaah Exco.

“Jemaah Exco itu termasuklah SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri. Ketiga-tiga pegawai kanan Pentadbiran negeri ini merupakan ahli Exco (Ex Officio) kepada Jemaah kabinet negeri yang disebut Exco itu,” kata beliau yang juga merupakan seorang peguam.

Menerangkan lebih lanjut, kata Hamizun, dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 itu juga secara khusus dinyatakan SUK harus dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

“Suruhanjaya di sini bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun perkataan "awam" tidak ada disebut, namun ia membawa maksud SPA kerana jawatan SUK itu adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kanan.”

“Jawatan PTD kanan ini lahir melalui sistem SPA. Ia juga amalan lazim yang sudah diterima sebagai konvensyen kaedah pelantikan SUK di Selangor yang mewarisi sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.”katanya.

Menurut Hamizun, perkara mustahak yang orang ramai perlu tahu adalah Menteri Besar tidak mempunyai kuasa ke atas pelantikan tersebut.

“Perkenan dan makluman MB tidak perlu diminta. Lantik, perkenan atau maklumkan kepada MB memang tidak disebut dalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri.

“Adakah MB boleh tubuhkan Suruhanjaya ? Jawapannya tidak kerana Suruhanjaya perlu diluluskan oleh Parlimen dengan kelulusan Undang-undang.”

“MB juga tidak ada kuasa di bawah Undang-undang negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya,” katanya

Katanya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bermain pondok-pondok" dengan mewujudkan "panel" menemuduga bakal SUK.

“Lawak sungguh. Apa dia fikir nak lantik SUK ini macam nak lantik ketua kampung JKKK ke?” katanya ketawa.

Menurut beliau, yang perlu diminta perkenan adalah Sultan, kerana baginda diberi kuasa demikian untuk melantik MB dan Jemaah Exco seperti mana yang disebutkan awal ini.

“Oleh yang demikian mempertikai perkenan Sultan merupakan penderhakaan kepada Institusi Beraja yang sekian lama terlaksana di negeri Selangor ini.”

Jelas beliau lagi, kisah pertikaian perlantikan SUK ini bukan pertama kali berlaku di negeri Selangor.

“Di zaman pemerintahan BN dan semasa Sultan Abd Aziz Shah menjadi Sultan, baginda juga pernah tidak memperkenan perlantikan seorang SUK, yang akhirnya calon SUK tersebut digantikan dengan orang lain,” ujarnya.

Menurut Hamizun, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 merupakan undang-undang yang dinobatkan berpandukan pelbagai dokumen yang mengikat zaman-berzaman.

“Undang-undang ini akan terus mengikat sesiapa sahaja yang menjadi pembesar dan pemerintah di Selangor ini,” jelas beliau.

Kesimpulannya terang Hamizun, Baginda Sultan Selangor tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri, seperti yang digembar-gemburkan oleh juak-juak pakatan pembangkang.

“Baginda cuma melaksana kuasa yang diberikan oleh Undang-undang, agar pentadbiran negeri berjalan dengan lancar, baik dan aman untuk kepentingan rakyat jelata,” katanya. Bacaan lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jangan buat bodoh le Khalid dan kerajaan Selangor. Dan jangan baca perlembagaan negara serta undang-undang tubuh Selangor separuh-separuh. Baca dan mengambil bahagian yang sedap dibaca dan hanya nak untungkan diri sendiri sahaja. Baca secara keseluruhan dan baca secara bersama perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri Selangor.

2. Jangan nak putar belit kan isu dan nak bodohkan rakyat. Khalid ini pun bukan cerdik dan mahir dalam bab perlantikan kakitangan awam ini. Sebabnya senang aje. Sebab tak pernah pun dia kerja sebagai kakitangan kerajaan. GLC ada le!!!

3. Jangan dok ikut sangat lembu-lembu DAP seperti Lim Kit Siang tu. Mereka ini kalau bab nak kikis dan memperlekehkan DYMM memang cari peluang aje. Apa lagi, dalam keadaan sekarang ini, ramai juga si Melayu yang berjaya di lembukan oleh DAP dan pemimpinnya.

4. Juga , jangan dok ikut sangat lawyer bodoh Lim Kit Siang ini. Buat Chambering pun tidak. Nama aje kelulusan undang-undang, tapi amalan guaman pun tak ada. Cakap aje lebih. Lebih bukan apa, lebih putar belit. Atau MB Selangor ini nak lantik SUK seperti mana kerajaan PR di Perak dulu kot. Nak lantik JKKK , dengan mengundi. Ape citernya MB Selangor oii.


PETA PELAYAR