
KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn. Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.
Penghuni Gua : Biarkan dia pergi. Biarkan dia pergi. Cari penganti lain.
2. Pemimpin yang hanya berjuang apabila ada jawatan dan kedudukan tiada tempat dalam BN. Biarkan ADUN ini meletak jawatan . Kepada MB Perlis, terima sahaja perletakkan jawatannya.
3. Jika dipujuk rayu dan ditawar dengan jawatan pilihan dikuatiri ini akan menjadi ikutan kepada yang lain. Jawatan dan kedudukan bukan tempat tawar menawar tetapi tugas serta tanggungjawab dan amanah.
4. Nyahkan ADUN tidak bertanggungjawab ini. Tiada masa BN untuk melayani kerenah kebudakan ADUN seperti ini.
5. Segerakan terima perletakkan jawatannya. Ramai lagi yang nak jadi calun.Ada pun buat semak aje.
